•••
* flashback *
Bunyi satu hentakan kuat kedengaran. Alexa sebagai saksi pergaduhan ibu bapanya menyorok dibucu ruangtamu itu sambil memeluk lututnya. Alexa sangat takut.
" Ini yang kau nak kan?! " ucap bapanya lalu menghentak kepala ibunya beberapa kali di meja. Puan Lee meraung kesakitan. Butir-butir mutiara gugur dari mata Puan Lee.
" Mama.... " satu-satunya perkataan yang mampu keluar dari mulut Alexa yang ketika itu masih berusia 9 tahun. Tubuhnya menggigil ketakutan.
Setiap perbuatan dan perkataan yang keluar dari mulut Encik Lee betul-betul menyeksa minda Alexa. Memang beginikah lelaki? Memang kejamkah lelaki? Apakah ini kelakuan sebenar lelaki? Pelbagai persoalan yang bermain di minda anak kecil itu.
" Kau dengan anak kau ni sama je!!! " tangan Alexa direntap kasar oleh Encik Lee. Alexa tersentak. Encik Lee mencabut tali pinggang seluarnya.
" Abang! Jangan! " kata Puan Lee lalu cuba menghalang suaminya. Tetapi sayang sekali, Puan Lee hanya seorang wanita yang lemah. Encik Lee menampar Puan Lee hingga dia terjatuh lalu kepalanya terhentak di lantai.
Bahagian belakang badan Alexa di sebat oleh Encik Lee di ikuti dengan sumpah seranahnya pada anak beranak itu. Alexa meraung kesakitan. Apa salah dirinya dan ibunya hingga diperlakukan sebegitu rupa?
Lelaki adalah penyeksa. Perkataan itu terus melekat pada minda Alexa.
* end flashback *
•••
" Sakit! Mama! Tolong! Alexa sakit! Papa pukul Alexa!!! "
Alexa menjerit meronta-ronta dibucu biliknya. Airmata kesakitan membasahi wajah Alexa. Rambutnya menjadi kusut masai. Serabut.
" Sakit.... Tolonglah.... " Alexa terbaring di lantai sambil memeluk tubuhnya. Wajahnya kelihatan begitu merana.
" Kakak!! " Michell meluru masuk kebilik kakaknya. " Michell! Kakak sakit!! Papa pukul kakak! " ucap Alexa sambil menunjuk di belakangnya. Tiada sesiapa.
" Shhh. It's okay. I'm here with you. " kata Michell sambil memeluk Alexa erat. Dia cuba untuk menenangkan kakaknya. Rambut Alexa di elus lembut dengan penuh kasih sayang. Dia mengerti perasaan Alexa. Peritnya apabila kisah silam menyelubungi diri. Michell mengambil telefon bimbitnya dah menghantar pesanan ringkas pada seseorang.
•••
Michell menempatkan Alexa yang sudah terlelap di atas katil. Wajah Alexa ditenung sedalam mungkin. " Kami akan cuba sedaya upaya untuk sembuhkan kakak. Kakak bertahan lah ya? Percaya pada kami. Seksaan ini akan pulih suatu hari nanti. " Michell bermonolog.
Selimut berwarna hijau muda di tarik untuk menutup sebahagian tubuh Alexa. Satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon bimbit Michell.
" From : My Mama.
18:02Mama dalam perjalanan ke sana. Tolong jaga kakak kamu. Mama risau. "
•••
Yoongi bersandar di bawah satu pohon yang rendang di taman itu. " Ahhh assignment ni. " kepalanya yang tidak gatal digaru. " Kes apa yang aku nak persoalkan ni? " ucap Yoongi. Sekali lagi dia menggaru kepalanya. Tiba-tiba fikirannya mula beralih pada kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi tadi.
Imbasan kembali pada kelakuan gadis itu. Terseksa. Merana. Teruk sangatkah kisah silam gadis itu? Bermacam persoalan bermain di minda Yoongi. " Tentu ada sesuatu yang dah terjadi pada dia. Tapi apa yang berlaku? Tentu kejadian tu satu kejadian yang teruk dan memberi kesan yang dalam. " monolog hati Yoongi.
Tablet dari beg tepi Yoongi dikeluarkan. Tangannya mula menaip ' Androphobia '. Dia menekan satu link laman web. Yoongi memberi sepenuh tumpuan ketika membaca artikel mengenai androphobia.
Tidak sia-sia dia membuat kajian tentang phobia itu. Memandangkan Yoongi mengambil bidang undang-undang di universiti yang dia belajar, sudah tentu ia dapat membantu sedikit sebanyak dalam pelajaran Yoongi.
" Kes dera. Mangsa boleh menerima kesan trauma seperti androphobia. Ahh interesting topic! Aku kena kaji lagi! Then cari evidens yang kukuh. " kata Yoongi sambil tersenyum.
•••
Pintu yang terletak di ruang tamu utama di kuak. Puan Lee masuk secara melulu dan pergi ke arah Michell yang sedang duduk di sofa.
" Mana kakak kamu? Macam mana dengan dia? " soal Puan Lee. Riak wajahnya tampak risau.
" Dia dah tidur. Macam biasalah mama. Mesti dia teringatkan kejadian lama. " jawab Michell lembut. " Tambahan pula pagi tadi, masa kat universiti kakak sakit lagi. Terkejut agaknya. " sambung Michell lagi sambil bertentang mata dengan Puan Lee.
Tangan Michell digenggam erat oleh Puan Lee. " Mama risau. Mama dah kata, kita daftarkan dia di universiti perempuan. Tapi Michell degil. " kata Puan Lee. Dahinya berkerut kerana risau.
" Habis kalau kita buat macam tu, sampai bila kakak nak terus sakit macam tu? Lagi pun doktor dah nasihat kita untuk buat ni sebagai sebahagian daripada rawatan. Sampai bila kakak nak takut untuk hadapi dunia luar? Kita bukan selama-lamanya dengan dia. " kata Michell. Puan Lee menunduk. Airmatanya mengalir.
" Alexa kena hadapi semua ni. Mama nak dia sihat kan? Kakak tak boleh terus hidup dalam gelombang ketakutan. Michell tak sanggup tengok dia terus macam ni. " sambung Michell lagi. Tangannya mengesat airmata Puan Lee.
Puan Lee mengangguk faham. " Semua ni salah-- " kata-kata Puan Lee terhenti tatkala Michell meletakkan jarinya di bibir Puan Lee. " Kita tak dapat merubah apa-apa dengan asyik menyalahkan papa. Semuanya dah terjadi. " Michell memeluk Puan Lee erat.
YOU ARE READING
[INCOMPLETE] Androphobia » Min Yoongi «
FanfictionHAHAHAHAHAHAH JANGAN BACA NI GAK. MINDBLOWN AKU BACA CARA PENULISAN SENDIRI. Republished :- 05 October 2016