Chapter Nine

825 97 22
                                    

" Kakak tak nak pergi kuliah ke? Dah lama tau kakak duduk terperap dalam rumah. " pujuk Michell sambil dia mengelus lembut rambut Alexa.

Selimut yang menutupi hampir seluruh badannya dipeluk erat. " Tak nak. Kakak takut. " balas Alexa. Dia betul-betul tak mahu keluar dari rumahnya. Diluar sana, terlalu ramai manusia yang berjantina lelaki yang mungkin akan menyakiti dirinya.

Michell mengeluh kecil. " Kalau kakak tak nak pergi kuliah, kakak nak tinggal dengan siapa? Mama pergi outstation untuk seminggu. Jadual kuliah Michell pun padat sangat. " beritahu Michell pada kakaknya.

Tetapi Alexa masih berkeras tidak mahu pergi ke kuliah. Dia tak kisah jika dia perlu tinggal seorang dirumah asalkan tidak dipaksa keluar. Dia takut. Di mata dan mindanya, dunia luar terlalu kejam.

" Michell pergi lah kuliah. Kakak nak duduk rumah. " itulah jawapan yang seringkali meniti keluar dari bibir Alexa. Michell terpaksa akur dengan Alexa. Dia tak mahu keadaan Alexa bertambah teruk jika dia terus memaksa.

Michell berjalan menuju ke arah pintu keluar bilik Alexa. " Nanti kalau ada apa-apa, telefon Michell. " Alexa hanya mengangguk sebaik sahaja mendengar kata-kata Michell.

***

Michell Lee mengeluarkan telefon pintarnya. Dia menekan nombor seseorang. Alexa tidak boleh dibiarkan berseorangan dirumah. Pernah pada suatu ketika dahulu, Alexa mengalami mimpi buruk tentang kisah silamnya dan selepas itu dia cuba untuk membunuh diri dengan menggunakan kapak yang terletak didapur.

Telefon pintarnya dilekapkan pada telinga menunggu penerima panggilan itu mengangkat.

" Yeobuseyo? "

" Oh. Yeobuseyo, oppa. " balas Michell.

" Ada apa Michell call oppa? "

Michell menggigit bibirnya sebelum dia menjawab. " Oppa.... Emm. Oppa sibuk tak? " soal Michell dengan nada ragu-ragu.

" Tak. Kenapa? "

Michell menarik nafas sedalam mungkin. " Michell nak minta tolong oppa. " balas Michell.

" Tolong apa? "

" Tolong tengokkan Alexa dekat rumah kami, boleh? Hari ni Mama pergi outstation untuk seminggu. Michell pula sibuk. Michell risau kalau kakak bertindak luar kawalan. "

" Mestilah boleh. Tapi... Tak apa ke? Oppa risau kalau-- "

" --dia tak terlalu takut pada oppa. "

" O-oh. Baiklah. Oppa akan pergi sana dengan segera. Annyeong. "

" Annyeong. " Michell mematikan panggilan telefonnya. Dia tersenyum kecil sebelum dia keluar dari rumah agamnya itu.

***

Dahi Alexa dibanjiri dengan peluh keresahan. Matanya terpejam rapat. Tubuhnya menggigil dengan sangat hebat. Dia takut.

* flashback *

" Masuk!!! " lelaki bertubuh agak gempal itu merentap kasar lengan Alexa sehingga dia terjatuh terjelupuk dilantai. Dadanya berombak dengan kencang. Airmatanya tidak berhenti mengalir dari pipinya.

" Lepaskan aku lah!! Tolong!!!! " jerit Alexa sekuat yang mungkin dengan harapan akan ada orang yang akan mendengar jeritannya.

PANGGG!!!

Tamparan yang amat berbisa singgah dipipinya. Alexa menyeringai kesakitan. Bibirnya pecah akibat tamparan yang kuat itu.

" Diam lah! " marah lelaki itu dengan nada yang amat mengerikan. Alexa menangis teresak-esak sambil memanggil Pn. Lee.

Rambut Alexa direntap kebelakang menjadikan kepalanya mendongak ke atas. " Aku tak tahu lah kenapa bapa kau tu berperangai macam binatang sampai sanggup upah aku untuk seksa kau. " ucap lelaki itu dengan nada sinis.

Air liurnya diludahkan tepat pada muka Alexa. " Tapi asalkan aku dapat duit, aku sanggup buat apa je. " ucap lelaki itu sebelum dia menumbuk perut Alexa hingga terkeluar darah dari mulutnya.

* end flashback *

" Sakit!!!!!!!!!! Jangan pukul lagi!!! " nyaringnya jeritan Alexa membuatkan rumah agamnya terisi dengan jeritannya.

Alexa sudah terjelupuk dilantai meronta-ronta kesakitan. Tubuhnya terasa begitu sakit. Pada ilusinasinya, ada seseorang memukulnya. Dia phobia.

Dia bangun dari terbaring dilantai. Airmata yang sudah membasahi wajahnya dibiarkan sahaja. Fikirannya asyik mengatakan yang dia perlu pergi dari sini.

Alexa terus bertindak keluar dari biliknya dan menuruni anak tangga dengan jeritan raungan kesakitan. Tetapi langkahnya terhenti apabila dia terlihat seorang lelaki masuk ke dalam rumah agamnya.

Lelaki itu terus panik dan lantas menuju ke arah Alexa. " Jangan dekat!!! Pergi!!! " pinta Alexa. Dia menangis hingga terduduk. Badannya yang terasa sakit dipeluk erat.

" Yah kenapa ni? "

" Pergi!!! "

Tubuh Alexa terus dirangkul kemas oleh lelaki itu. Alexa meronta-ronta cuba untuk keluar daripada dakapan lelaki itu tetapi tenaganya sudah kehabisan.

" Ini aku, YoonGi. Jangan menangis. Aku ada untuk kau. " YoonGi mengeratkan lagi pelukannya. Alexa menangis teresak-esak dibahu YoonGi. " Lepaskan... " pinta Alexa lemah.

" Tak. Aku tak akan lepaskan kau. Kau perlukan aku. Aku tak akan sakiti kau. Percayalah. " pujuk YoonGi sambil dia mengusap belakang Alexa.

Alexa tidak membalas namun dia terus terkulai lemah.

***

Suhu badan Alexa meningkat secara mendadak selepas dia pengsan tadi. YoonGi meletakkan kain yang telah dibasahkan diatas dahi Alexa. Selimut yang dia ambil dari bilik siapa entah ditarik untuk menutup tubuh Alexa yang sedang berbaring di atas sofa.

Wajah Alexa ditatap dengan penuh perasaan. Dia mempunyai perasaan yang bercampur baur terhadap Alexa. Mungkin itu adalah perasaan yang dinamakan cinta. Rambut Alexa dielus dengan penuh lemah lembut.

Alexa membuka matanya perlahan. Matanya terbuka luas apabila dia melihat seorang lelaki berada disisinya. Baru sahaja dia hendak menjerit, bibirnya ditutup dengan lembut oleh YoonGi.

" Jangan takut. Ni aku, YoonGi. " pujuk YoonGi sambil dia memegang kedua-dua belah bahu Alexa. Airmatanya Alexa mengalir lagi

YoonGi terkedu melihat aliran airmata Alexa. Entah kenapa tiba-tuba mengalami perasaan yang sukar untuk diungkapkan kepedihannya melihat airmata Alexa mengalir.

" Don't hurt me. Let me go. " rayu Alexa. YoonGi menggeleng perlahan sebelum dia menyeka airmata gadis itu. " Aku tak akan sakiti kau. Jangan risau, okay? " balas YoonGi.

Dengan tindakan yang tidak disedari oleh YoonGi, YoonGi terus mengucup dahi Alexa lama.

[INCOMPLETE] Androphobia » Min Yoongi «Where stories live. Discover now