BAB 6
"ASSALAMUALAIKUM miss." pembelajaran di dalam kelas Miss Hazirah terganggu dengan kemunculan seorang lelaki. Irsyad! Serta-merta pen yang Zara pegang itu terlucut jatuh. Kuatnya aura Irsyad. Terkejut. Dia sedang berfikir soal Irsyad sebenarnya. Tentang penolakannya yang membawa seribu rasa kesal dan terkilan dalam diri.
Terkilan kerana dia terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri untuk insan bergelar kawan. Tentu Irsyad tidak mahu memandang wajahnya lagi selepas ini. Selepas peristiwa semalam, Zara tidak yakin bahawa Irsyad akan menegur dia lagi. Salahnya juga. Apalah salahnya dia menyambut huluran Irsyad? Kawan sahaja! Tapi, tegakah dia hendak memendam rasa sampai bila-bila sesudah mereka bergelar kawan?
Mata dia tidak habis-habis mencuri pandang ke arah Irsyad yang kelihatan segak berbaju kemeja berwarna kelabu bertali leher putih itu, gulp. Nampak macam ahli korporat pula. Rambut Irsyad hari ini digel dengan bergaya sekali. So handsome! Wait a minute. What?! Zara, sedar tak yang kau puji tu, kekasih kepada perempuan yang ada di sebelah kau?! Zara cuba mengingatkan dirinya agar tidak terjebak dengan sebarang rasa terhadap Irsyad. Shila di sebelah dipandang lama. Shila leka memandang Irsyad di hadapan dengan senyuman. Senyuman manis pula.
Hati Zara sakit lagi... cemburu kerana bukan dia di tempat Shila. Shila beruntung. Beruntung sangat...
"Waalaikumsalam. Yes Irsyad, what can I help you?" soal Miss Hazirah yang mengajar subjek BEL atau English itu. Cis! Miss Hazirah pun dah kenal siapa Irsyad. Memang popularlah nampaknya lelaki itu di UiTM ini.
Zara tertunduk-tunduk apabila perasan mata dia dan Irsyad bertamu seketika. Kantoi yang dia sudah merenung muka Irsyad tadi. Aduhai. Kenapa tak jaga mata ni Zara? Zara bermonolog lagi. Wajah Irsyad berubah tegang tatkala memandang wajahnya. Irsyad masih marah... fikirnya.
"I'm looking for Shila." kata Irsyad sambil melilau mencari kelibat Shila.
Pandang sana dia nampak Zara, pandang ke laluan lain, matanya masih tak jemu nak pandang Zara. Comel sungguh Zara pada hari itu. Gadis itu memakai skarf yang bereben besar di rambut perangnya. Comel! Rambut perang beralun gadis itu dibiarkan lepas tanpa bertocang. Comelnya! Macam anak patung!
Sekali lagi Irsyad meneruskan pencarian Shila. Rasanya tidaklah ramai anak murid Miss Hazirah. Tapi, kenapa mata asyik nampak Zara sahaja? Di mana pula perginya budak bertuah itu? Zup sana zupp sini, dammm!! Jumpa pun Shila. Tepi Zara aje pun. Aduhai! Kuat betul aura Zara sehinggakan dia tidak perasan pada Shila yang memandangnya dengan penuh berharap. Jangan kantoi yang dia sibuk merenung Zara sudah. Mahu kecoh satu kampus itu nanti. Jangan buat main dengan Shila.
"Yes, there you are!" Irsyad tersengih apabila terjumpa kelibat Shila. Dia memetik jarinya kegembiraan setelah akhirnya terjumpa si Shila. Zara mengetap bibir mendengar betapa gembiranya Irsyad dapat bertemu kekasih hati.
"Can I borrow her for a sec?" soal Irsyad penuh berharap. Miss Hazirah mengangkat bahu. Dia seperti sedang berfikir-fikir.. nak bagi pinjam ke tak nak? Nak bagi ke tak nak?! Zara menahan dengusan. Cemburunya! Kenapa rasa cemburu itu tak mahu 'pergi' dari hatinya? Hendak mendengus, bimbang Shila dengar pula. Naya nanti.
"Just one sec." balas Miss Hazirah akhirnya memberi kata putus bersama tersenyum menyakat. Shila sudah tersengih lebar. Dia bangkit menghampiri Irsyad.
YOU ARE READING
Something Stupid
RomanceCerita ni dah ada di kedai okey? Di bawah penerbitan Lovenovel Publication. :) Jadi, anda boleh dapatkannya di kedaii. Yahoo! Saya dihina oleh awak depan orang ramai, saya ditolak mentah-mentah. Bila saya datang nak menghulur bantuan...