BAB 8
"SIAPA yang sudi ke pentas untuk menyanyi ni?" soal pengacara di Dataran Intergrasi itu. Zara ditolak Shila untuk ke pentas. Kononnya Shila meminta untuk dia menyanyikan lagu di khalayak ramai. Itu kerja gila! Zara bukannya pandai menyanyi! Dia Cuma pandai merosakkan telinga orang dengan nyanyiannya. Silap besarlah Shila jika dia rasa Zara mampu lakukannya.
"Pergilah tunjuk bakat you." Shila berbisik ke telinga Zara. Automatik Zara tergelak. Bakat? Bakat apa yang dia ada?
"Ah, tak mahu I! Kang semua pengsan." Katanya berseloroh.
"Hahaha. Takkanlah ada sampai yang pengsan..." bahu Zara ditepuknya lembut.
"Apa kata kalau you yang pergi? I tak pandai menyanyi. Seumur hidup I, I menyanyi pada volume paling rendah tahu?" Zara berkata benar. Dia memang payah untuk menyanyi. Jika di gembira, dia akan menyanyi. Itupun payah!
"Alah, I suruh you, you suruh I pulak." Shila mencemik.
"Hey, Shila, Zara..." tiba-tiba Irsyad muncul. Zara mula berasa tidak selesa.
"Heyyyy..." leret Zara dengan malas-malas.
"Icat! Go! Naik ke pentas dengan Zara..." Shila menepuk belakang badan Irsyad, mengarahkan supaya Irsyad naik ke pentas. Zara terbelalak dibuatnya. Gila apa nak suruh dia naik pentas dengan Irsyad?
"Huh? Kenapa?" Irsyad nampak blur.
"Tak dengar ke tadi?" soal Shila. Zara mengeluh. Bila dua orang ni dah berjumpa, tiada maknalah dia di situ lagi.
"Icat baru sampai laa." Kata Irsyad yang tidak tahu apa-apa itu.
"Oh... tu dah ada orang naik." Shila mencemik. Baru dia rasa nak kenakan Irsyad dan Zara. Tiba-tiba ada seorang gadis naik ke pentas tersipu-sipu. Lega Zara. Tidak perlulah Shila menyuruhnya naik ke pentas lagi.
"Kenapa?" Irsyad masih lagi tidak dapat menangkap apa-apa.
"Tadi emcee tu cakap, silalah naik ke pentas bagi sesiapa yang nak menyanyi... Icatkan pandai menyanyi... boleh tunjuk bakat." Kata Shila dengan geram.
"Tak ada kerjalah..." Irsyad mencemik.
"Hmmm.... Siapa nak berduet ni? Lelaki? Jadi Robbie William. Adik kita ni minta untuk menyanyikan lagu Something Stupid." Emcee itu bersuara, membuat pengumuman.
"Haaaa! Lagu favorite Icatlah! Icat naik. Tunggu kat sini ye." Irsyad tanpa berlengah lagi terus naik ke pentas.
Shila sudah menepuk tangannya dan bersorak. Sorakan menjadi lebih kuat sebaik sahaja orang ramai melihat Irsyad naik ke pentas. Si gadis yang sedang memegang mikrofon untuk menyanyi itu juga sudah tersipu-sipu malu apabila lelaki idaman ramai ini sudi menyanyi dengannya. Zara mendengus. Urgh. Kenapalah Irsyad ni suka sangat mencari perhatian?
"Lagu ni untuk dia yang saya cinta!" tangan Irsyad terpanah ke arah Shila dan Zara.
Shila bersorak dan bertepuk tangan sekali lagi. Zara mendengus. Tentu Irsyad tujukan buat Shila. Dasar lelaki mulut manis! Cuma mata Irsyad saja yang tidak putus-putus memandangnya. Mungkin juga lelaki itu memandang Shila. Jarak yang agak jauh begitu membuatkan Zara tak berapa yakin dengan pandangan matanya.
YOU ARE READING
Something Stupid
RomanceCerita ni dah ada di kedai okey? Di bawah penerbitan Lovenovel Publication. :) Jadi, anda boleh dapatkannya di kedaii. Yahoo! Saya dihina oleh awak depan orang ramai, saya ditolak mentah-mentah. Bila saya datang nak menghulur bantuan...