Bab 12
"ASSALAMUALAIKUM.." Irsyad memberi salam dengan debaran yang menggila. Haraplah mood Aiman okey sahaja. Berkajang-kajang doa yang telah dibacanya sebelum memberi salam kepada tuan rumah. Berharap benar agar Aiman sudi memaafkannya atas apa yang telah berlaku. Selepas peristiwa enam tahun lepas, dia tidak lagi mendengar khabar berita mengenai Aiman dan Zara.
Mereka sudah habis belajar. Sewaktu menerima ijazah pula, Aiman gagal menghadirkan diri. Cuma wakilnya sahaja yang tampil. Itu pun Irsyad tidak kenal siapa. Mereka benar-benar telah lesap!
"Waalaikumsalam..." jawab satu suara garau yang baru membuka pintu. Eh eh! Aiman! Badannya dah nampak tegap sekarang! Lebih katang dari dulu. Gulp. Irsyad menelan liur. Makin katang, makin kuatlah! Bila makin kuat, maka makin barailah dia ditumbuk dan dibelasah Aiman. Lama wajahnya diperhati oleh Aiman. Irsyad semakin gugup. Ditenung atas dan bawah begitu.
"Lah! Kau Cat?!" terus tubuh Irsyad dipeluk. Irsyad ternganga. Aiman. Dia tentu tidak tahu menahu mengenai kejadian enam tahun lepas! Itu yang dapat Irsyad rumuskan berdasarkan layanan Aiman terhadapnya. Lambat-lambat Irsyad membalas pelukan Aiman.
Jika Aiman masih belum tahu perkara yang sebenar, maknanya masalah semakin besarlah! Bagaimana dia hendak menceritakan hal sebenar. Dia lebih rela didebik terlebih dahulu.
"Masuklah! Macam mana kau tau alamat rumah aku?" soal Aiman. Irsyad membontoti langkah Aiman ke dalam rumah.
"Hadi. Aku tunggu kau datang rumah aku." jawab Irsyad. Aiman ternganga.
"Kau kenal Hadi?" soalnya. Irsyad mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Baru kenal..." ujar Irsyad lantas duduk di sofa rumah Aiman setelah dipelawa duduk.
"Aku tak ingat macam mana nak ke rumah kau." hanya itu yang dibalas Aiman. Dia berlalu ke dapur setelah meminta diri untuk membuat air seketika. Irsyad merenung ke segenap rumah itu. Boleh tahan besar. Aiman dah berkerjaya sekarang nampaknya. Seketika kemudian, Aiman muncul bersama dulang berisi cawan dan jag air.
"Asal pindah sini?" soal Irsyad.
"Saja. Zara yang nak pindah ke sini." jawab Aiman. Zupp! Nama Zara dah disebut. Tapi reaksi Aiman masih sama.
"Oh, adik kau, Zara apa khabar?" soal Irsyad lagi.
"Hah? Tak jumpa dia lagi ke? Hadi dengan Zara tu mana pernah berenggang. Habis, mana kenal Hadi kalau Zara pun kau tak jumpa lagi?" soal Aiman semakin pelik. Irsyad tersentak. Cemburunya meruap-ruap sesaat terdengarkan mengenai Hadi dan Zara. Namun disabarkan hatinya. Kerana cemburu, dua hati menderita. Dia tidak mahu lagi berprasangka buruk.
"Jumpa. Tapi sekejap. Tak sempat nak bertegur." jawab Irsyad perlahan. Bukan tak sempat. Tapi Zara terlebih dahulu melarikan diri.
"Eh, macam mana kau tau dia adik aku?" soal Aiman pelik. Ya! Memang dia tak cerita.
"Bahari." jawab Irsyad sepatah.
"Kenapa kau rahsiakan hubungan kau dengan Zara dulu?" kalau tak tentu aku tak buat benda bukan-bukan kat dia!! Sambung Irsyad di dalam hati.
"Saja. Dia nak mengelak dari lelaki 'pelik-pelik' yang mengurat dia. Aku pulak... kau tahulah, kan? Nak mengelak dari Zarina punya pasal..." cerita Aiman pula. Takut dia membayangkan kegedikkan Zarina dulu.
YOU ARE READING
Something Stupid
RomanceCerita ni dah ada di kedai okey? Di bawah penerbitan Lovenovel Publication. :) Jadi, anda boleh dapatkannya di kedaii. Yahoo! Saya dihina oleh awak depan orang ramai, saya ditolak mentah-mentah. Bila saya datang nak menghulur bantuan...