Bab 9

1.8K 63 0
                                    

BAB 9

"YEAYYY!!!" jeritan mereka bergema. Tak mustahil jika satu UiTM boleh dengar! Zara, Nurain dan Annur terkinja-kinja memegang kertas soalan terakhir mereka iaitu subjek MGT. Bahagianya rasa! Mereka hanya perlu mengemas dan menghantar borang clearance sebelum pulang ke rumah. Wee hee...

Irsyad hanya memerhati dari jauh. Dia tersenyum sendiri melihat betapa gembiranya Zara apabila 'merdeka'. Comel betul. Mengikut perkiraan, cuma tinggal lagi tiga jam untuk Zara bersiap dan pulang. Dan, dalam tempoh itulah dia perlu mencari idea untuk menumpangkan Zara pulang ke Kuantan. Lama dia menunggu Zara untuk keluar daripada DSG itu. Ya, sudah dua jam dia menunggu kelibat Zara dari bangunan Audi yang berhadapan dengan Dewan Serba Guna itu.

"Melihat Zara berjalan pulang sendirian membuatkan dia terkejut. Eh? Kenapa sahabat yang lain menghala ke bandar ya? Kenapa Zara seorang sahaja yang mahu pulang ke kompleks? Hm. Tak sabar nak balik, mungkin?

Irsyad berjalan ingin mendekati Zara namun langkahnya mati apabila terdengar bisikan nakal budak lelaki di hadapannya.

"Aku nak kenakan Zara weh." si lelaki jambu bersuara. Dia memegang sebuah kotak. Cantik berhias. Sudah siap berbalut. Apa isinya? Terdetik juga persoalan itu dalam diri Irsyad. Nak kenakan apa? Berani betul!

"Weh, kau nak kenakan apa?" si lelaki skema ternganga-nganga.

"Katak... she hates frog and I love to see her in the most shocking time." lelaki jambu itu tergelak-gelak. Hanya lelaki jambu itu sahaja yang tergelak sedangkan rakan skemanya sudah berubah riak. Marah mungkin? Bukan lelaki skema itu sahaja yang berubah riak, Irsyad pun turut sama berubah riak.

"Weh, janganlah! Aku tak sukalah kau kenakan anak dara orang macam tu. Tak eloklah. Kesian dia." lelaki skema cuba menahan.

"Kau jangan takut... ni nanti, cuti sem, kot? Lepas ni, semester depan kita minta maaf ajelah! Buat penat aku kutip katak ni semalam." lelaki jambu itu berbunyi. Mendidih hati Irsyad mendengarnya. Ada hati nak kenakan awek aku?! Nak kasi katak? Ee. Irsyad sendiri pun geli dengan katak. Minta ampunlah!

"Tak payah buatlah! Kejam sangat tu! Dosa kenakan orang, dah sekian. Dosa menyeksa binatang pun sekian lagi." lelaki skema itu masih tidak berputus asa hendak membantah. Dia cuba merampas kotak berbalut cantik itu tetapi si lelaki jambu mengelak.

"Kau diamlah!" marah lelaki jambu itu. Dia mengejar langkah Zara dan meninggalkan sahabat skemanya. Irsyad turut berlari mengejar langkah lelaki itu.

"Zara." panggil lelaki jambu itu. Zara berpusing.

"Eh... Nik! Kenapa?" soal Zara ramah. Nik nama lelaki itu? Huh! Menyampah! Bisik hati Irsyad. Zara terkejut melihat kehadiran Irsyad selepas Nik. Ada apa pula lelaki ni?

"Saya ada hadiah untuk awak." Nik bersuara. Tangannya menghulurkan kotak berisi katak itu kepada Zara. Zara tidak menyambut.

"Untuk apa?" soal Zara pelik.

"Untuk meraikan hari terakhir kita semester ni. Ambillah." Nik masih setia menghulur. Baru lagi Zara hendak menyambut huluran itu, tiba-tiba Irsyad merampas kotak itu lantas mencampakkan kotak itu sejauh mungkin.

"Kau, jangan ingat aku tak tahu tujuan kau nak bagi sampah tu pada Zara! Kau blah sebelum aku hentak kau kat sini!!" Irsyad menjerkah Nik. Terhinggut bahu Nik dan Zara mendengarnya. Zara membuntangkan mata. Bukan main berlagak lagi Irsyad. Mana boleh dia mengugut Nik macam tu?! Eee. Teruk betul. Hadiah yang berbalut cantik dipanggil sampah? Urghh!!

Something StupidWhere stories live. Discover now