Bab 10

2.1K 67 0
                                    

Bab 10

Enam Tahun Kemudian...

IRSYAD MERAUP wajahnya berkali-kali. Hari ini dia terganggu lagi dengan bayangan kisah silamnya. Kisah silam yang penuh dosa dan menyebabkan dia berasa menyesal seumur hidup. Peristiwa di mana kesabaran dan imannya dihakis oleh satu rasa. Tercabar...

"Zara." panggilnya lembut.

Setiap hari dalam tempoh enam tahun, sepatah nama itu masih lagi setia meniti di bibirnya. Tidak pernah sekali pun dia tidak menyebut nama Zara dalam masa sehari. Di mana gadis itu menghilang? Marah lagikah dia? Tentu! Akan selamanyakah dia berdendam pada aku? Persoalan wajibnya menunjal lagi akal fikiran. Ah! Puas Irsyad cuba untuk merasa hidup normal. Tiada perasaan bersalah dan tidak mengenang dosa lampau namun tidak juga berjaya. Dalam hatinya masih terukir indah nama Zara. Dalam fikirannya masih ada Zara dan dalam tidurnya juga tetap ada Zara.

Puas dia bertaubat. Pintu hatinya masih lagi terasa kelam. Siang malam dia bersujud kepadaNya namun tetap dia merasakan bahawa sujudnya itu tidak mampu membasuh khilafnya terhadap Zara. Selagi tiadanya Zara, selagi itulah dia diserbu rasa bersalah. Selagi kemaafannya tidak diampunkan Zara, selagi itulah dia menggalas rasa bersalah ini. Janganlah Zara berubah menjadi orang yang tidak elok perangainya, ya Allah! Kau kuatkanlah imannya di mana sahaja dia berada... doanya sepanjang hari.

Kertas kerja di atas meja dipandang sepi. Mana-mana dia pergi pun, dia tetap ternampak dosa semalamnya. Apa sahaja yang dilakukannya, dia tetap diganggu khilafnya. Memikirkan betapa kejamnya perbuatan dia pada Zara membuatkan hatinya langsung tertutup untuk mengenali mana-mana gadis.

Siang malam dia tercari-cari satu wajah itu. Wajah yang sama. Serata negara dia pergi, tetap juga tidak jumpa. Cuma hari ini... hari ini ingatannya terhadap Zara begitu kuat sekali. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

Zara, agak-agaknya, di mana awak? Saya berdoa siang dan malam agar dapat bertemu dengan awak semula. Saya berdoa agar Allah mengampunkan setiap dosa yang saya lakukan terhadap awak. Saya mendoakan setiap saat agar awak sudi memaafkan saya. Saya betul-betul khilaf. Saya minta maaf! Zara... jika ditakdirkan kita bertemu semula, hukumlah saya! Hukumlah saya sampai awak puas...

Saya takkan lepaskan awak lagi. Saya tak kisah walau apa pun dugaan yang bakal menimpa saya. Saya hanya mahukan kemaafan daripada awak! Saya berjanji akan bertanggung jawab atas apa yang saya dah buat pada awak. Tapi macam mana kalau awak dah berkahwin? Adakah saya perlu berundur? Tidak! Tidak sesekali. Saya tetap akan tunggu awak.

Zara... muncullah semula. Izinkan saya perbaiki kesilapan saya dulu meskipun saya tahu awak takkan sesekali membenarkan saya mendekati awak lagi. I want to make things crystal clear. Zara... kenapa awak lari hari tu? Zara, kenapa awak tak buat laporan polis tentang kejadian malam tu? Saya lebih rela kalau dikenakan tindakan asalkan saya dapat bertanggung jawab pada kesalahan saya. Zara... kenapa awak menghilangkan diri terus lepas kejadian tu?

Kenapa Aiman tidak langsung datang ke rumah saya? Aiman tahukah tentang peristiwa itu, Zara? Kalau dia tahu pasti dia mencari saya. Kenapa awak tak memberitahu dia? Segalanya akan mudah jika dia mencari saya dan memukul saya... tentu saya akan tahu di mana awak.

Irsyad mengesat air mata yang mula mengalir ke pipi. Hidup dihantui dosa sangat menakutkan! Hidup dihantui perasaan bersalah lebih-lebih lagi menakutkan! Ya! lebih bersalah lagi apabila mengetahui status sebenar Aiman dan Zara. Memang dia rasa tidak mahu hidup saat itu juga! Itu pun secara tak langsung, Shila tersebut nama penuh Zara sekali dengan nama bapanya. Nama Aiman berbinkan nama yang sama dengan bapa Zara!

Something StupidWhere stories live. Discover now