-008-

100 8 0
                                    

"Ahjushi nanti saya call ahjushi bila nak balik."

"Nae cik soo jung."

Dalam masa yang sama, Jin menelefon taxi dan membawa menuju ke rumah Yeri. Dia menggengam erat tangan Yeri sepanjang perlan ke rumah Yeri. Sesudah sampai berada di hadapan rumah Yeri, Krystal sudah membuka pintu memberi Jin masuk dahulu dengan mengangkat Yeri

"Mana bilik yeri?"

"Atas belah kanan."

Jin membawa Yeri dan berjalan ke bilik Yeri dan meletakkan di atas katil. Jin menyelimut Yeri hingga ke paras dada. Krystal memasuki bilik Yeri dengan muka yang penuh risau.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"
"Aku tak tahu. Aku ingat nak tegur dia tadi last-last dia pengsan tu yang ada kat aku." Krystal menggelengkan kepalanya.

"Aku turun bawah dulu nak buat bubur."

"Bahan-bahan dalam almari tau." Jin menggangguk dan berjalan keluar. "Haih kau ni Yeri." Krystal mengeluh perlahan. Dia memegang dahi yeri.

Panasnya.

Dia mengambil tuala kecil di dalam almari dan memerah kain itu dan meletakkan di dahi Yeri. Jin meneliti bahan di dalam peti sejuk dapur rumah Yeri.

"Sayur, carrot, potatoes, daging." Jin tersenyum dan mengambil bahan dan memulakan masakannya.

Yeri membuka mata perlahan-lahan . Dari mata kabur hingga jelas. Dia memandang kiri dan mendapati krystal sedang membuka almari.

"Krystal." Yeri memanggil krystal dengan perlahan. Suaranya yang serak membuatkan Krystal berpaling menghadap Yeri. Krystal tersenyum dan berjalan menuju ke yeri.

"Aku kat mana ni?"

"Ada kat rumah kau."

"Bukan aku kat kedai ke tadi?"

"Tadi kau pengsan, lepastu ada orang angkat kau ke sini." Krystal mencuba berlawak.

"Siapa yang bawak?"

"J...."

Tiba-tiba pintu dikuak oleh seseorang.

"Makanan dah siap." Jin senyum pada krystal.

Jin angkat aku?

Yeri berpaling kekanan tidak mahu Jin memandang mukanya yang sudah berona merah. Jin meletakkan dulang yang berisi dua bubur mangkuk dan dua gelas berisi air di atas meja.

"Krystal, awak bagilah Yeri makan bubur ni. Saya ada hal lepas ni. And satu lagi bubur untuk awak okay." Jin tersengih dan menggosok belakang tengkuknya. Krystal hanya tersenyum dan melihat jin keluar dari bilik yeri.

"Amboi sweetnya." Yeri mematikan lamunan Krystal.

"Dah tak payah nak merepek nah makan bubur Jin buat ni." Krystal mengambil bubur itu dan memberikan kepada Yeri. Yeri dan krystal makan bubur itu.

"Mashitta." Yeri dan Krystal berkata serentak.

Rasa sama macam dulu.

Krystal mengulum senyuman.

"Teringat kenangan lama lah tu." Yeri mengusik Krystal lagi sambil mengacau buburnya.

"Ah kau memandai jer. Aku tengah fikir nak teman kau atau aku nak balik rumah." Krystal berkata sambil memakan bubur. Yeri hanya mengulum senyuman.

Aku tahu kau suka dia lagikan?

-tbc-

Noted.
Huhu dah start sekolah. Hahaha. Maybe saya post 1 part 1 hari. Hehehe.

I'll Wait. ⓒ (edit)Where stories live. Discover now