Bab 2

2.3K 178 6
                                    

Ye In memandang ke dalam cermin besar yag terletak di dalam biliknya. Dia memerhatikan matanya.
"Kelabu. Memang mata aku berwarna kelabu. Tapi,kenapa? Gambar aku sewaktu kecil menunjukkan bahawa aku dilahirkan dengan mata berwarna hitam. Lainla,Oppa Daehyun. Mata dia memang berwarna Brown."

Kini pandangannya beralih kepada pergelangan tanganya.
"Tanda lahir aku dan Oppa Daehyun memang pelik. Aku mempunyai tarikh lahir berbentuk bintang dia pulak..."

"Dongsaeng!Adik kecikku tengah buat apa tu?" Daehyun masuk ke dalam bilik YeIn yang tidak tertutup rapat. Dia mengambil tempat di atas katil YeIn

"A'ahh...?Oppa Daehyun ni kacau jelah. Baru YeIn nak tengok YeIn comel ke tak" YeIn tersenyum ke arah Daehyun. Dia pun mengambil tempat di sebelah Daehyun.

"Adik ni..suka sangat tipu Oppakan?Aishhh...Mujurla Oppa boleh baca hati YeIn" Daehyun menarik pipi YeIn.

"Oppa! Sakitla! Oppa ni byuntae betullah. " YeIn memegang pipinya yang merona merah akibat ditarik oleh Daehyun.

'Chupp' Satu Kiss hinggap di dahi Yein yang membuatkan YeIn terkejut.
YeIn lantas memukul lengan Daehyun. Daehyun pun get ready untuk melarikan diri.
1,2,3.....Aksi kejar mengejar pun bermulalah.

"Byuntae Oppa!!!!!" YeIn mencapai bantal di dalam biliknya dan mengejar Daehyun yang berlari ke ruang tamu.

"Ye! Adikku yang kecik!" Daehyun pula mencapai bantal yang berada di ruang tamu.

"Siap Oppa! Nak cium tu pergilah cium awek Oppa!" YeIn membuat aksi seperti ingin memukul Daehyun. Begitu juga dengan Daehyun.

"YeIn lah awek Oppa!" Daehyun pun membuat satu pukulan dengan menggunakan bantal ke kaki YeIn. Kali ini, YeIn pula memukul DaeHyun di kepalanya. Aksi MWE berterusan sehinggalah bonda tercinta mereka keluar dari dapur.

"Budak-budak bertuah ni!Yay!Jung Daehyun!Jung Yein!" Puan Jung menyising lengan bajunya. Seperti ingin turut serta dalam rancangan MWE yang disiarkan secara live.

"Hehe...Omma!"Yein dan Daehyun berhenti secara serentak. Yein duduk di atas belakang Daehyun seperti aksi smackdown.

"Kamu ni dah nak masuk umur 18 Tahun!Minggu depan genap umur kamu 18 tahun. Faham ke tidak ni?" Puan Jung menarik pipi Daehyun dan Yein serentak.

"Omma,Arghhhh! Sakit" Jerit Yein dan Daehyun mintak untuk dilepaskan.

"Sebagai dendanya,kamu berdua kena pergi kedai. Belikan mama barang-barang dapur sikit." Puang Jung melepaskan cubitan tersebut.

"Ye. Omma!" Jawab mereka berdua serentak sambil tangan memegang pipi masing-masing. Sakit. Pipi mereka berdua menjadi 'pinky'. Biasalah,cubitan Puan Jung memang berbisa.

"Mandi ke tak lagi ni lepas balik sekolah?" Puan Jung tersenyum melihat gelagat mereka berdua. 'Anakku cukup istimewa'desis hati kecilnya.

"Mandi la omma." Jawab yein.
Manakala Daehyun hanya tersenyum.
Mata yein dan puan jung memandang tepat ke arah Daehyun. Sambil memegang hidung mereka.
"Busuk! Ada orang tak mandi lagi." Kata Yein dan ommanya serentak.
"Yelah! Daehyun memang busuk. Yein jom pergi kedai". Daehyun membuat muka pou.
"Eh! Lupa ke?" Daehyun dan Yein saling berpandangan. Kemudian,mereka menghampiri omma mereka dan mencium pipi Puan Jung secara serentak. Daehyun di pipi kanan. Yein di pipi kiri.

"Ok. Take care!"

Setibanya di kedai STARLIGHT, daehyun dan Yein mencari barang-barang yang dipesan oleh ommanya.

" Yein,kamu pergi ke sebelah sana dulu. Oppa pergi cari barang di sebelah sini."
Yein pun pergi ke sebelah sana.
Yein memandang jam tangan miliknya.' Tepat pukul 6 petang mesti puan Im Yoona dah balik' desis hatinya.

"Eh! Yein! Kamu pun ada dekat sini. Sorang-sorang je ke?" Sapa satu suara yang amat dikenali oleh Yein.
"Cikgu YoonA ..tak saya pergi dengan Daehyun" Yein terus tunduk hormat ke arahnya dan bersalam dengannya.
Yein memerhatikan tanda bintang di atas dahi cikgu YoonA. Ianya menyala. Bermaksud masa cikgu YoonA untuk 'pergi' sudah hampir.Yein berasa sebak di dada. Ingin sahaja dia memberitahu tentang hal itu. Tapi, tidak mungkin dia melakukan sedemikian rupa. Jika diberitahu, nyawa dia sendiri turut melayang. Kelebihannya itu harus dirahsiakan. Even, Omma dan Appanya sendiri tidak mengetahui hal itu.

"Cikgu beli apa?" Soal Yein sambil tanganya ligat mengambil barang di atas rak.

"Cikgu nak beli barang dapur sikit. Yein, nanti kamu jemputlah Ibu dan bapa kamu datang ke majlis perkahwinan cikgu minggu depan". Puan YoonA mengeluarkan kad jemputan. Yein bertambah sebak. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Kenapa mesti dia 'pergi' sebelum seminggu perkahwinannya? Mesti teman lelaki cikgu bertambah sedih.

"Yein, kalau apa-apa terjadi pada cikgu boleh tak tolong bagi surat ni kepada Leo Oppa. Teman lelaki cikgu. "
Puan YoonA sekali lagi mengeluarkan sesuatu dari begnya. Tetapi, ini adalah surat kepada teman lelaki dia.

"Cikgu..tapi..saya tak kenal dia." Jawab Yein gagap. Dia sendiri mengetahui yang cikgunya akan pergi tidak lama lagi. Dia berasa agak ragu untuk menjawab.

" Kamu kenal dia. Dia merupakan abang kepada senior kamu,Joy. Kamu rapat dengan dia kan?"
" Ye..." Yein sebak.
"Kalau macam tu cikgu pergi bayar dulu. Cikgu rasa cikgu perlu balik dengan segera.

"Cikgu...!" Yein mengejar cikgunya.
Selesai sahaja cikgunya membuat bayaran, dia pun keluar dari kedai itu dan menuju ke keretanya yang berada di seberang jalan.
Puan YoonA pun melintas. Tanpa disedari,Sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahnya. Dan. Satu kemalangan jalan raya berlaku. Puan YoonA disahkan meninggal di tempat kejadian kerana mengalami cedera di bahagian kepala yang amat teruk.
Yein terkedu. Semuanya berlaku sekelip mata. Dia menanggis di situ. Dan orang mula mengahampiri tempat itu. Pemandu kereta itu ditahan untuk disoal siasat. Daehyun menghampiri Yein dan menarik tangan Yein untuk mengajaknya pulang. Kerana itu yang terbaik bagi mengurangkan rasa bersalah Yein.
Dalam perjalanan pulang, Yein masih lagi dalam keadaan sebak. Di sekelilingnya, dia memerhatikan orang ramai berjalan. Hampir separuh di antara mereka mempunyai tanda. Sebahagian darinya sudah menyala. Yein melepaskan tangan Daehyun dan berlari dengan laju. Ye! Dia berasa amat tertekan. Tertekan dengan situasinya. Dia berlari sambil menutup mukanya. Takut melihat keadaan di sekeliling.

"Jung Yein! Jaga-jaga- kereta di hadapan kamu!" Daehyun menjerit ke arah Yein. Suasana malam menyukarkan pandangan mereka. Sekarang masa sudahpun menginjak ke pukul 8 malam.

Dengan pantasnya Daehyun cuba mendapatkan Yein. Tetapi tidak sempat. Daehyun jatuh terduduk. Daehyun melihat kereta itu sudah pun berlalu pergi. Tetapi, Yein? Di mana Yein?

"Huh! Rasakan. Aku memang nak kamu berdua mati pun. Sekarang Yein dan selepas ni kamu". Daehyun mendengar satu suara halus yang berbisik ke arahnya. Dia memandang sekeliling tapi tiada sesiapa. Dia lantas berlari ke arah tempat Yein tadi. Tapi,...

- TBC-

Hehehe...maaf kalo mengarut. Saya pon tak tahu apa yang saya tulis ni. Btw, hope korang enjoy. Please komen dan beri pandangan korang. Thanks sebab sudi membaca fanfiction saya. *Bow 90 darjah*

THE EYES 'Who Can See The Death'Where stories live. Discover now