Bab 8

2.1K 183 45
                                    

"Yein...Yein..Tolong omma dan appa..Se..selamatkan kami". Hanya kedengaran suara Puan Jung Yang bergema dalam sebuah rumah yang usang. Kelibat mahupun bayangan mereka langsung tidak kelihatan.

"Omma...appa..Omma appa dekat mana?" Yein melangkah dan terus melangkah. Namun, kelibat omma dan appanya masih belum kelihatan.
Cuma, kedengaran suara ommanya yang seakan-akan terdesak mahukan pertolongan.

"Omma..appa..tolonglah..kembali..Yein sanggup buat apa sahaja. Yein Nak keluarga kita bahagia macam dulu".

Tiba-tiba pandanga Yein tertumpu pada sebuah bilik kosong yang hanya dipenuhi tumbuhan hijau yang meliar di merata-rata tempat. Yein melangkah dengan berhati-hati Namun nasib tidak menyebelahinya. Dia akhirnya tersadung seperti nangka buruk apabila kakinya tersepak tumbuhan meliar.

"Auchh..sakitnya". Yein meniup-niup luka di lututnya. Cecair putih mengalir keluar dari lututnya seolah-olah darah mengalir keluar. Dia menyapu cecair putih tu dengan dedaun yang berada di sekitarnya. Tetapi, semakin dia lap Cecair tersebut, semakin banyak ianya keluar. Yein terus mengelap dan mengelap. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjilat Cecair di lututnya itu.

"Luka tu..dah hilang? Macam mana boleh hilang macam tu je lepas aku jilat? Must..mustahil". Yein Cuba berdiri dan kakinya yang dirasakan sakit tadi hilang begitu sahaja.

Yein baru sahaja ingin melangkah keluar dari bilik Itu. Tiba-tiba ada cecair yang menitik di atas kepalanya. Dia memandang ke atas.

"OMMA...!APPA!"Kelihatan mayat Omma dan Appanya tergantung di atas. Kedua-dua mulut mayat itu ternganga dengan luas. Kepala mereka sedikit terkulai. Sebahagian badan mereka telah dimamah oleh ulat.

"KE..Kenapa..boleh jadi macam ni?"Tangisan Yein semakin kuat. Dia hanya mampu memandang mayat kedua-dua ibu yang tergantung seolah- olah mereka membunuh diri.

Tiba-tiba mayat ibubapanya jatuh betul-betul di atas riba Yein. Manakala, kepala mereka masih tersangkut pada tali di atas.

"Omma!Appa!". 'Pang' satu tamparan hinggap di pipi Yein. Yein terjaga dari tidurnya. Dia memandang keadaan sekeliling. Pelik. Kerana dia seolah-olah berada di sebuah dunia fantasi. Biliknya dipenuhi dengan bunga - bunga yang cantik. Serta beralaskan rumput sebagai lantai.

"Hoii betina! Kau pandang Apa lagi? Tak puas lagi ke berangan?Aku lempang lagi baru tahu. Dah ganggu aku tidur". Lelaki tersebut menarik selimut yang membaluti tubuhnya.

"Oh..hehe..Maaf" Yein masih dalam keadaan terpinga-pinga. Dia menggaru sedikit kepalanya Yang tidak gatal.

"Maaf ye Wu Yi Fan. Eh..sekejap". Yein memandang Wu Yi fan yang sedang lena tidur di sebelahnya. Sekatil dengannya dan satu selimut dengannya.

"Eh. Camner..Camner Kau boleh Ada dekat Se..sebelah Aku? Kau..Kau buat apa dekat Aku??" Yein menarik selimut. Dia memandang pakaiannya.
Mukanya terus bertukar menjadi pucat.

"Kau..Kau Ke salin baju Aku????!!!"
Sekali lagi satu tamparan hinggap di pipi Yein.

"Kau ni bisingla! Pergilah tidur! Kau sendiri yang salinkan?takkan lupa? Kau sendiri jugak yang suruh Aku tidur sebelah kau? Setakat perempuan macam kau, tak hingin aku. Dah pergi tidur. Atau kau nak aku yang tidurkan kau?". Wu Yi fan smirk. Dia menghampiri Yein perlahan-lahan. Yein pula mengundur perlahan-lahan. Akhirnya Yein pun jatuhlah dari katil. Wu Yi fan pun menggelakkan Yein Tanpa belas kasihan. Kerana malu, Yein keluar dari bilik Itu. Dia berlari Tanpa arah tujuan Dan mengambil keputusan untuk keluar dan menghirup udara malam sekaligus membuang perasaan malu yang masih bersisa.

"Wah..cantikknya pemandangan malam. Bulan penuh". Matanya memandang liar ke kawasan sekelilingnya. Di hadapannya pula terdapat sebuah pantai yang begitu cantik di tambah sinaran bulan penuh. Dia termenung sendiriran. Memikirkan setiap bait dan kata-kata lelaki itu. Perlahan-lahan ingatan siang tadi kembali.

"Kau..Kau bukan Jungkook! Kau bawak aku masuk hutan ni kenapa?" Yein memandang tepat ke arah Wu Yi Fan. Tapi, tiada sebarang jawapan dari Wuyifan.

"Jawabla!!" Yein lantas menyepak kaki Wuyifan. Tapi, Kerana ketinggian Wuyifan,mencecah 187cm, langsung tidak meninggalkan sebarang kesan.

"Dah. Kau pergi salin baju dan mandi. Kalau kau nak kau selamat dari aku. Baju, kau pilih je yang mana kau suka dekat dalam almari tu . Bilik kau kat hujung sana. Aku penat. Aku Nak rehat". Wu Yi fan pun pergi meninggalkan Yein dalam keadaan yang terpinga-pinga.

"Ishh..bodoh betul lah aku. Buat malu diri sendiri Je. Padahal aku yang salin sendiri". Yein mengetuk-ngetuk sedikit kepalanya.

"Jap..Tapi betul ke aku yang suruh dia tidur sebelah Aku?. Tapi Kenapa?". Sekali lagi Yein Cuba mengingati.

"Ributttt!!!". Yein terus berlari keluar dari bilik tu dan secara spontan dia berlari masuk dalam bilik Wuyifan. Tampa banyak soal, dia terus memeluk Wuyifan. Akibat terkejut, Wuyifan terus menolak Yein dan Yein terjatuh dari katil. Kerana hentakan Yang kuat Yein terus pengsan.

"Aishh..bodohla aku Ni. Camner Aku boleh pengsan?Haha..lawak" Yein menepuk-nepuk pipinya kerana malu.

"Bagi aku..darah kau.. Aku Nak kehidupan aku balik" Satu Suara garau tiba-tiba kedengaran dari belakang Yein.

"Aku nak makan kau! Bagi Aku darah kau". Kedengaran suara yang berbeza datang dari sudut lain. Tiba-tiba, kawasan sekitar Yein bertukar menjadi kawasan yang menyeramkan. Pantai yang jernih tadi bertukar menjadi pantai yang dipenuhi dengan darah.

Yein memandang sekelilingnya. Dia perasaan ada beberapa lembaga Yang cuba menghampirinya. Keadaan lembaga itu cukup mengerikan. Seolah-olah mereka yang mati dalam keadaan yang cukup tragis. Ada di antara mereka tangan terkulai, tiada kepala. Tiada kaki dan Hanya berjalan menggunakan tangan. Bilangan mereka semakin bertambah sedikit demi sedikit. Yein ketakutan. Dia menjerit meminta pertolongan Tapi tiada yang membantu. Akhirnya, mereka berjaya menangkap Yein. Tiba-tiba......

-TBC-

Saya betul2 mintak maaf sebab lambat nak update. Saya ada masalah yang tak dapat nak dielakkan. Lagipun, lepas Ni Dah mula babak romance N babak seram..jadi, saya kekurangan idea.😭😭..Nak2 babak romance..Saya mana pernah bercinta. BTW, maafla kalo bab ni agak menghampakan. Nanti, sya Akan Cuba buat yang lebih baik. Thanks sebab bagi sokongan selama Ni. Sebarang cadangan dan komen amat diharapkan. Hope korang enjoy. Jangan lupa vote..Hehe..Maaf sebab pendek.



THE EYES 'Who Can See The Death'Where stories live. Discover now