Dia lantas berlari ke tempat Yein tadi tapi tiada sebarang petanda yang menunjukkan Yein berada disitu. Daehyun menjerit memanggil Yein. Tetapi tiada sebarang sahutan.
Dia pun berlari mengelilingi kawasan itu. Kawasan yang gelap menyukarkan pandangannya. Tiba-tiba, dia terdengar suatu bisikan suara.
'Adikmu di sini. Pusing ke belakangmu.' Daehyun bergerak mengikut petunjuk suara itu."Aku berada disini". Kata seorang lelaki yang memakai baju berwarna putih dengan penutup di atas kepalanya.*Bayangkan baju yang sama jungkook pakai dalam gambar di atas*. Daehyun tidak dapat melihat rupa lelaki itu kerana dia memakai topeng seperti bridal.
"Kau saper? Kenapa kau dukung adik aku macam pengantin? Kau ingat adik aku pengantin kau!" Jerkah Daehyun. Lantas, dia mengambil Yein yang tidak sedarkan diri dari pangkuan lelaki itu.
" Aku yang selamatkan dia. Kalau tidak,dia dah mati!" Lelaki itu tersenyum sinis.
" Kau tak berhak nak marah aku!" Tambah lelaki itu lagi."Ma..maaf.." Jawab Daehyun gugup sambil mendukung Yein ala bridal.
"Panggil aku JK. Atau lebih tepat JOKER." JK mencium rantai miliknya. Di atas rantai itu jelas tertulis perkataan JK.
" Aku tahu pasal kau dan adik kau. Bila keadaan lebih teruk kita akan berjumpa lagi. Jaga Yein baik-baik" JK berlalu pergi dan dalam sekelip mata dia hilang dari pandangan.
Daehyun terkesima. Dia terkejut. Dia ingin mengetahui lebih lanjut, tetapi bayangan JK telahpun hilang. Dia memandang Yein dan berjalan membawanya pulang ke rumah yang berada berdekatan.
"Siapa kau?.." Daehyun bermonolg sendirian.
Dari jauh terdapat kelibat seorang perempuan. Wajahnya bengis. Dia memandang susuk tubuh Yein dan Daehyun dengan penuh tajam dan tidak puas hati.
"Ahhhhhh! Kenapa kau masih hidup Yein! Joker kau telah menggagalkan rancangan aku".
"Omma! Saya akan pastikan misi ni terlaksana". Kata seorang budak lelaki yang berusia dalam lingkungan Yein dan Daehyun yang muncul tiba-tiba di sebelah perempuan itu.
"Bersumpalah demi keturunan kita!" Kata perempuan itu sambil memandang tepat ke arah lelaki itu.
"Baik, Omma". Kelibat mereka berdua pun hilang di sebalik kegelapan malam.
Yein tersedar dari tidurnya. Dia berasa pening. Ada sesuatu yang menggangu fikirannya. Dia mengimbau kembali memori semalam saat hampir di langgar kereta. Dia memejam kembali matanya. Cuba mengimbau kenangan itu.
" Yein! Jaga-jaga ada kereta di depan kamu ". Teriak Daehyun.
" Biarlah...Aku lebih rela mati" Yein bermonolog sendirian.Dia melangkah dan terus melangkah sehinggalah kereta itu berada betul-betul hampir dengannya.
" Pabo! Kau nak bunuh diri kau macam tu je?" Kata seorang lelaki sambil merangkul erat tubuhnya untuk menyelamatkannya.
"Kau siapa? Macam mana kau boleh selamatkan aku. Mustahil! Kereta tu terlalu dekat tadi" Yein memandang tepat ke arah mata lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Siapa pun aku tak penting. Tugas aku cuma untuk jaga kau. Tapi,maaf...aku kena tidurkan engkau." Kata lelaki itu sambil tangannya menutup mata Yein."Kau...' Yein tertidur.
"Ahh! Macam mana aku boleh tertido macam tu je. Siapa dia?" Yein mengusutkan rambutnya. Dia pelik. Siapa lelaki itu. Kenapa dia berkata sedemikian terhadapnya?
"Yein....bangun sayang!" kata Puan Jung sambil mengetuk pintu bilik Yein.
Yein hanya mendiamkan diri. Fikirannya bercelaru.
Puan Jung menghampiri yein yang duduk termenung di atas katilnya.
"Yein nak pergi ke sekolah ke tak? Harini ada majlis khas untuk mendiang ciku YoonA". Puan Jung mengusap lembut kepala Yein.Yein baru sahaja ingin menggelengkan kepalanya. Tetapi perbuatan itu terbantut setelah dia melihat ke arah meja studynya di hadapan. Sekeping surat dari Puan YoonA yang diamanahkan olehnya untuk diberikan kepada Joy.
"Saya pergi. " Yein lantas mencapai kain tualanya yang tergantung di tepi almari. Dia pun bersiap-siap untuk pergi ke sekolah.
" Hari ni kita akan buat sedikit majlis bagi mengingati jasa cikgu YoonA yang telah berbakti selama 4 tahun di sekolah ini". Kata encik Kim. Pengetua sekolah itu.
Keadaan sebak menyelubungi seluruh pelusuk dewan itu. Ada pelajar yang menanggis. Ada pelajar yang berduka. Ada pelajar yang hanya mendiamkan diri. Yein dan Daehyun hanya mendiamkan diri. Cukuplah dia menanggis semalam.
Setelah selesai upacara itu, Yein menghampiri Joy yang masih berada dalam keadaan sebak. Leo, tunang Cikgu YoonA pun turut hadir. Yein menghulurkan surat itu kepada Leo dan Joy. Mereka saling berpandangan.
"Surat dari cikgu yoonA. Dia berpesan supaya saya serahkan pada Encik Leo". Leo mengambil surat itu.
Surat itu dibaca perlahan tetapi masih jelas didengari oleh Yein dan Joy.
Kehadapan Leo,my sweetheart. Saat awak baca surat ni mungkin saya sudah pergi jauh. Mungkin. Saya tahu,awak mesti pelik dengan kehadiran surat ini. Lebih-lebih lagi, ini kali pertama dan mungkin juga kali terakhir saya menulisnya bagi awak. Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya tergerak hati untuk menulis dan berkata sedemikian. Mungkin takdir datang menjemput saya? Leo, secara jujurnya saya nak awak tahu, saya cintakan awak sangat-sangat. Mungkin saya tak pernah bagitahu awak, tetapi awak ingat tak ada seorang gadis yang menulis surat untuk awak? Dia menggunakan gelaran budak nerd a.k.a Pabo. Saya adalah gadis itu. Saya selalu memerhatikan awak dari jauh. Ye! Memang kita seperti langit dan bumi. Awak adalah idola sekolah. Manakala, saya cuma gadis nerd atau pabo yang selalu awak gelar. Ingat tak? Awak selalu buli saya dulu. Tapi,awak selalu protect saya. Sebab tu saya cuba ubah jadi diri saya sekarang ni. Waktu last kita date baru ni, saya ada tanya awak, siapa first love awak. Dan awak meminta maaf kepada saya kerana saya bukan first love awak . Awak cakap yang first love awak ialah gadis Pabo tu. Awak tahu tak saya tersenyum girang ketika itu? Kerana saya adalah gadis itu. Mungkin kerana takdir kita bertemu kembali ketika kita sama-sama menuntut di Seoul National University. Dan mungkin kerana takdir juga kita bakal berpisah. Sesungguhnya,saya amat takut untuk kehilangan awak. Tetapi,jika benarlah saya akan pergi jauh dari sini, saya harap kita akan bersama di hayat akan datang. Ingatlah daku dalam kenanganmu. Tetapi,janganlah kau bersedih jika ku pergi. Aku hanya ingin melihat kau bahagia walaupun tanpa kehadiran ku disisi mu. Yang mencintaimu,YoonA.
Leo jatuh terduduk di atas lantai. Dia menanggis semahu-mahunya. Joy cuba menenangkannya. Yein melangkah pergi dari situ. Dia tidak mahu air matanya yang jatuh itu dilihat oleh mereka berdua.
'Kenapa takdir begitu kejam!' Monolog Yein di dalam hatinya sambil berlari ke tandas."Takdir tak kejam! Setiap orang memiliki takdir yang berbeza. Sama ada gembira mahupun sedih, seseorang tu takkan pergi melainkan dia sudah mendapatkan happy ending". Suara seorang lelaki kedengaran di telinga Yein. Langkah Yein terbantut. Dia mengesat air matanya. Lantas memerhatikan sekeliling. Dia menyangka leleaki itu ialah Daehyun. Kerana Daehyun seorang sahaja yang boleh mendengar suara hati orang lain. Tetapi, sangkaannya meleset. Tiada siapa di sekelilingnya. Tiada sesiapa.
- TBC-
Hahaha....macam mengarut je pulak ^_^...Hope korang enjoy!
YOU ARE READING
THE EYES 'Who Can See The Death'
FantasiaSeorang gadis yang bernama Jung Yein mempunyai kelebihan untuk melihat tarikh kematian seseorang sejak dilahirkan lagi. Pelbagai rahsia demi rahsia terbongkar tentang keluarganya. Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang terjadi dalam keluarganya. Siapa...