Balik sahaja dari sekolah Hyemi terus masuk ke bilik Jungkook untuk menanyakan sesuatu..
"Kookie-ah..aku nak tanya kau soalan boleh??"tanya Hyemi dan duduk di katil Jungkook..Jungkook yang dari tadinya baring terus duduk..
"Tanya apa??"ringkas Jungkook..
"Betul ke yang Mark tu anak orang miskin??"soal Hyemi dengan ragu²..
"Betul lah??kenapa nuna tanya tiba² ni.."soal Jungkook hairan kerana tak pernah² Hyemi tanya pasal Mark dekat dia..
"Takde lah tadi kitaorang gi makan kat Mark's.T cafe.."kata Hyemi..
"Dah tu??"soal Jungkook lagi..
"Kau tak pelik ke..nama cafe tu sama dengan nama dia..Mark Tuan and Mark's.T..kan sama tu.."terang Hyemi dengan sempurna..
"Nuna..kat Korea ni bukan dia je yang nama Mark Tuan ramai lagi nama sama dengan dia kat luar tu.."kata Jungkook kerana tak nak Hyemi tertanya tanya..
"Apa² je lah..aku rasa dia sembunyikan sesuatu dari aku.."kata Hyemi..Jungkook kat situ hanya berdiam..
"Dah lah buang masa aku je cakap benda ni..kalau dia tipu pun kenapa??dia bukan siapa² aku pun.."sambung Hyemi lagi dan mengatur langkah keluar dari bilik Jungkook...
"Mianhae nuna..Kookie terpaksa tipu nuna..Kookie taknak rahsia Mark terbongkar..Yang Mark ni pun bodoh sangat bawa nuna aku gi cafe dia buat apa??"bisik hati Jungkook sambil memandang Hyemi sehinggalah Hyemi keluar dari biliknya..
Sebenarnya Jungkook pun baru tahu yang Mark tu ialah anak orang kaya itu pun sebab Jackson terlepas cakap semasa latihan besball..
******
Hyemi pov
Aku bangun di awal pagi akibat matahari yang menyinari ruang bilik..siapa pulak lah yang selak langsir aku pagi² ni.."baru jam 7.00 am..nak buat apa arhh??"otak aku terfikir nak buat apa pagi² selalunya kalau cuti ni aku bangun lambat..
"Jogging??lama tak jogging..ajak Kookie lah.."kataku dan terus mencapai tuala dan mandi..
Selepas mandi aku terus masuk kebilik Kookie tanpa mengetuk pintu.."yah!!Kookie-ah palli ireona..jom kita jogging.."ajak ku sambil menggoncangkan badannya..
"Malas.."ringkas Jungkook..aku tak menyerah kalah aku tetap bangunkan kan dia sampai lah dia setuju nak temankan aku..
"Nuna-ah kan Kookie dah cakap yang Kookie taknak nuna pergi lah dengan kawan nuna.."kata Jungkook geram dan mencapai bantal menutup kepalanya..Ermmm terpaksa mengalah..aku pun keluar dari biliknya dan turun kebawah..
"Monink omma,appa"sapaku dan duduk dimeja..
"Mimpi apa Hyemi bangun awal ni??selalunya kalau cuti mesti bangun lambat.."perli ommaku dan menuangkan air teh panas untukku..
"Entah toyol mana lah yang selak langsir Hyemi pagi² ni..tu yang bangun awal.."balasku dan meneguk air di hadapanku..
"Hyemi kata omma toyol??sampai hati Hyemi.."kata omma dalam nada sedih..oh god kenapa lah mulut aku macam ni..
"Hehehehe!!mianhae omma..jeongmal mianhae.."pujuk ku sebaik mungkin dan memandang appa supaya appa tolong pujuk tapi appa boleh buat bodah je.."Erghh appa ni bukan nak tolong.."bebelku dalam hati..
"Tahu pulak nak pujuk..omma gurau je.."kata omma..omma ni pagi² dah nak buat lawak tak kelakar okey..
"Okeylah Hyemi nak jogging dulu.."kataku dan bersiap-siap untuk keluar..
"Elok lah tu..biar kurus sikit badan tu..appa tengok Hyemi dah makin gemuk dah.."usik appa..omma pula dah tersengih-sengih..
"Appa!!!tak nak kawan.."jeritku dan terus keluar rumah...
End pov
******
"Arhhh..nyamannya udara pagi ni.."kata ku sambil memanaskan badan sebelum mulakan aktiviti..Hyemi terus teringat kata² appanya sebelum keluar tadi..
"Betul ke aku dah gemuk??ni tak boleh jadi ni..aku kena kurus balik.."kata Hyemi dan memulakan lariannya..
Mark pov
Pagi ni tiba² hati tergerak pulak nak gi taman hirup udara segar..aku pun berjalan-jalan di sekitar taman tu nak jogging lupa pulak yang aku ni pakai selipar so berjalan jelah...
Masa berjalan kat tasik tu aku melihat seseorang yang aku sangat kenal aku pun tersenyum melihat yeoja tu.Tiba² niat jahat aku keluar pulak nak kacau dia..aku pun mengikutinya dari belakang sehinggalah dia duduk di bawah pokok sambil meregangkan kaki..
Aku pulak dah bersembunyi di belakang semak takut² dia perasaan aku.Aku mencapai batu kecil dan baling dekat dia..
End pov
"Siapa yang baling ni??"kata Hyemi sambil mencari susuk tubuh yang membaling batu kearahnya malangnya dia tidak jumpa sebab kat situ hanya ada dia sorang je..
"Kalau aku dapat orang yang baling ni memang aku---ARGHHH!!!"Hyemi menjerit secara tiba² kerana seseorang telah mengejutkannya dari belakang...Mark kat situ dah ketawa terbahak-bahak sampai dah takde suara nak ketawa..
"Yah!!!Mark Tuan..kau nak aku mati ke eo??"marah Hyemi tapi dihiraukan oleh Mark sebab sibuk ketawa..Hyemi apa lagi terus menarik rambut Mark dengan kasar..
"Arhhh..appo!!!"adu Mark tetapi Hyemi masih lagi menarik rambut Mark.."yah!!!lepas lah..ingat tak sakit ke??"marah Mark dan menarik tangan Hyemi supaya melepaskan tangan Hyemi dari rambutnya..
"Kau start dulu kan..kalau aku kena serangan jantung tadi macam mana??"kata Hyemi geram..
"Mianhae..aku saja je tadi ingat kan kau tak terkejut.."balas Mark..
"Mesti yang baling batu dekat aku tadi kau kan.."kata Hyemi..Mark hanya tersenyum melihatkan barisan giginya..
"Omo..cutenya dia senyum..ehh!!apa aku cakap ni..sedar Hyemi sedar.."bisik hati Hyemi dan menampar-nampar pipinya supaya sedar...Mark hanya memandang pelik..
"Kau ni dah kenapa??tiba² tampar diri sendiri..gila punya yeoja.."kata Mark memandang tepat kearah Hyemi..
"Biarlah sibuk je..Mark belanja aku air.."kata Hyemi.Mark terus memasukkan tangannya dalam poket seluarnya mencari sesuatu..
"Aku tak bawa duit..apa kata kau belanja aku air.."kata Mark sambil mengangkat kening kirinya..
"Aku pulak..aku suruh kau belanja aku bukan aku belanja kau..aishh jom lah.."kata Hyemi geram dan bangun meninggalkan Mark..
"Hyemi esok jalan² jom.."ajak Mark ragu² takut Hyemi tak nak..
"Jom.."ringkas Hyemi sambil meneguk airnya..
"Jinjja???kalau macam tu aku datang rumah kau jam 10.00 am..kalau kau lambat kau kena belanja aku makan.."kata Mark dalam nada gembira..Hyemi hanya memandang tajam kearah Mark..Mark pun tersenyum apabila berjaya mengajak Hyemi keluar..
"Please jangan senyum macam tu..jantung aku dah berdegup tak betul dah ni.."bisik hati Hyemi dan mengalihkan pandangannya dari memandang Mark terus..
---tbc---Vote jangan tak vote..penat otak pikir ni..
YOU ARE READING
The WaterBoy | Mark.T
FanfictionDia kaya tapi bekerja sambil belajar dan menjadi budak air di sekolah.