Hyemi pov..
Memandangkan hari ni cuti,mungkin lebih baik aku duduk rumah.kemas bilik.Aku tengok bilik ni dah macam tongkang pecah dah.Bersepah gila.Bukan bersepah dengan baju tapi buku.
Maklumlah final exam dah nak mula mesti study betul-betul.Sebelum mengemas,aku menghidupkan speaker yang berada di sudut bilik.full volume.Hamik kau bergegar satu bilik dengan lagu daddy-psy.
Aku mula mengutip buku di atas katil.Kemudian di bawah katil.Macam mana boleh ada kat bawah ni pun tak tahulah.Aku beralih pula ke meja belajar yang tak serupa macam meja..dah macam tong kitar semula untuk kertas pun ada juga..
Semasa aku sibuk mengemas,menyanyi dan menari,pintu aku di ketuk kuat macam kena sepak pakai kaki pun ada juga.Aku memelankan lagu lalu menuju ke pintu bilik untuk membukanya..
"Waeyo??"soalku langsung dekat budak bunny tanpa pakai baju ni...
"Mark ada dekat bawah.."balasnya
Mark??apa lagi lah mamat tu nak??dia tak tahu ke masih marah dekat dia??aku memandang datar kearah Kookie..
"Suruh dia balik.."kata ku dan ingin menutup pintu tetapi di halang dengan kaki Kookie..
"Dia suruh nuna baca chat yang dia hantar.."katanya lagi..
"Hrmm.."hanya gumaman yang aku ucap dan terus menutup pintu..
"Mana aku letak phone aku ehh??"aku menggaru kepala ku untuk mengingati di mana aku letak phone aku..
bawah bantal takde.Atas katil takde.Bawah katil takde.Atas meja tepi katil takde.Mana aku simpan phone aku ni???
every day,every night..
Aku terdengar bunyi panggilan masuk.Aku terus mengikuti arah bunyi tu datang.Sampai dekat meja solek,aku mengeledar di sekitar tu.BINGO!!akhirnya jumpa juga phone aku yang terselit antara almari dengan meja solek.Macam mana boleh ada kat sini pun entah lah..
Aku terus membuka log panggilan.Aku mengerutkan dahi..
"Mak oii banyak gila mamat air ni call aku.."kata ku sambil scroll kebawah..
Aku membuka chat yang di suruh oleh Kookie pula..
"Jom date"
"Chagia??"
"Saya datang rumah awak okey.."
"Turunlah saya dekat bawah ni.."
Baca mesej dia yang terakhir je aku terus berlari menuju ketingkap melihat kearah luar.Okey memang betul dia ada.Dengan langkah yang malasnya aku mencapai tuala dan membersihkan diri..
Selepas mandi,aku kembali melihat phone..
"Chagia..saya dah tunggu nak dekat 1 jam setengah dah ni.Lama lagi ke??"
"1 jam ke,2 ke ada ku kisah??"aku membaling phone keatas katil dan mula menyiapkan diri..
Just simple.kemeja lengan panjang warna cream,jeans panjang koyak di bahagian lutut.Makeup??pakai simple² sudah.Oh yeah!!my cap paling penting.Biar lah orang nak cakap gaya macam lelaki asalkan selesa..
Siap dah semua tu,aku turun kebawah."Mana dia??"soalku kepada Kookie yang sedang melantak potato chip..
"Ada dekat luar.."balasnya..
"Omma??"soalku lagi..
"Date dengan appa.."jawabnya..
Aku terus keluar rumah.Aku melihatnya yang sedang bersandar di kereta di bawah panas terik dengan cermin mata hitam dia lagi.Baju kemeja dah sama dah.Jeans pendek.Okey perfect tapi cuma peluh dia je lah yang buat dia comot sikit..
YOU ARE READING
The WaterBoy | Mark.T
FanfictionDia kaya tapi bekerja sambil belajar dan menjadi budak air di sekolah.