Wafeey yang sedang sakit hati terhadap Atyha yang telah membuat pantang hidupnya dilanggar buat kali pertama. Telefon bimbitnya telah dicerobohi oleh seorang seorang perempuan bernama Atyha! Memang hatinya sudah lama berbara terhadap perempuan tersebut. Dengan pantas dia ters mendail nombor Atyha dan membuat panggilan.
"Assalamualaikum, Atyha. "
"Waalaikummussalam, Hi, my dear. Why, my dear?" tegur Atyha.
"Hoi, perempuan. Kau ni tak habis habis menghancurkan masa depan lelaki dekat muka bumi London ni. Lepas ni kau nak hancurkan masa depan aku pulak ke?!" jerkah Wafeey yang sememangnya sudah hilang sabar terhadap Atyha. Dia sudah memendam marahnya begitu lama. Dia tidak mahu memarahi Atyha kerana dia menganggap Atyha mempunyai masa untuk berubah, dan selagi perkara ini tidak terjadi padanya, selagi itu dia tidak angin dengan Atyha. Tetapi kali ini, Atyha telah mencabar tanggapan Wafeey terhadap Atyha.
"Rileklah, sayang. Kau sendiri tahu aku sayang kau, tapi kau yang tolak, aku akan buat diri kau yang kena tolak nanti." Ugut Atyha
"Woi, Atyha. Kau kena ingat, aku takkan suka dekat orang lain selain Aneesa tahu tak!!? Jangan mimpilah aku nak suka dekat kau."
Wafeey terus meletakkan telefonnya. Dia memang sudah lama tidak bertikan lidah dengan Atyha. Dan kali ini, Atyha sendiri menimbulkan kemarahannya.
"Wafeey, apa pasal kau marah marah ni? Kau bertengkar dengan siapa?" tegur Ilham yang selalu menjadi teman yang suka mendengar masalah Wafeey di London. Ilham yang mengambil jursan yang sama dengan Wafeey itu tinggal serumah dengan Wafeey dan juga merangkap kawan rapat Wafeey selain Hamidi.
"lebih baik kau ssiapkan projek kita tu dari kau terus menerus berang macam ni. Esok nanti kena marah dengan lecturer,baru lah nak menyesal." Nasihat Ilham.
"Yelah yelah, menurut perintah, Eamlina. Hehe." Perli Wafeey yang tahu tentang skandal Ilham dengan Halina yang dulunya satu kuliah dengannya. Siap main pandang pandang malu lagi. Bak kata orang, 'malu tapi mahu'.*****************************
Bakhtiar yang sedang leka membaca surat khabar di ruang tamu sambil menikmati secawan escafe terkejut dengan kehadiran penghantar surat di muka pintu.
"Encik Tengku Bakhtiar Shah ada tak?" ujar penghantar surat itu.
"Ya saya. Kenapa ya?"
"Oh, ada surat penting untuk encik."
"Ouh, terima kasih ye." Jawab Bakhtiar yang agak pelik dengan surat yang diterimanya itu.
"Surat apa ni? Hah!! Surat dari USM lah!!"
"Izzat!! Izzat!! Lekaslah datang sini!!" pekik Bakhtiar dari arah ruang tamu.
Izzat yang sedang memasak di dapur terkejut beruk dengan pekikan Bakhtiar yang kuat itu. Nasib baiklah dia sedang menggoreng nasi, jikalau masa itu dia sedang menuang air ke dalam teko, memang tumpah lah jawabnya akibat pekikan itu.
"Ya! Ya! Aku datang lah. Jangan lah terpekik macam aku duduk sebatu dengan kau!!"
Setibanya Izzat di sebelah Bakhtiar, Bakhtiar terus memeluk Izzat dengan seronok sekali.
"Woi, kenapa ni? Tiba tiba ja jadi kaum Nabi Lut ni. Ish, gelilah!!" ujar Izzat yang cuba meloloskan diri pelukan Bakhtiar yang hilang kawalan tersebut.
"Ni haa. Aku dapat tawaran ke USM yang sama dengan Aneesa. Yeah!"
"Hish, Bakhtiar, kau ni seronok sebab Aneesa ke sebab dapat sambung belajar?" Tanya Izzat
"Bakhtiar, aku nasihatkan kau kena bah tabiat kau yang memang hilang kawalan kalau dengar sahaja tentang Aneesa. Kau kena lupakan dia, Bakhtiar. Aku nasihat sahaja, kalau kau nak hubungan kau dengan Wafeey baik baik ja. Kau tahu kan kalau Wafeey tu dah mengamuk, padah yang kau dapat."
Benar juga apa yang Izzat nasihat. Wafeey it sahabatnya. Dia tidak boleh mengkhianati Wafeey. Dia perlu berubah.
"Ok..Oklah, start hari ini, aku akan cuba lupakan Aneesa."
"Alhamdullillah, Bakhtiar, kau sedar jugak akhirnya. Doa aku telah dikabulkan." Syukur Izzat.******************************
Hari pertama Bakhtiar melangkah masuk ke USM yang di mana tempat dia akan cuba melupakan Aneesa. Dia telah adakan beberapa rancangan yang bakal mengubah masa depan Aneesa dan dirnya sendiri.
"Bakhtiar!! Kat sini!!" jerit Aneesa dari belakang.
'Dia dah datang..' ujar Bakhtiar di dalam hati
"Tak sangka awak sekali kampus dengan saya." Tegur Aneesa.
"Kau nak apa ha??!! Pergi lah dari sini jangan kacau aku masa aku belajar dekat sini, Faham??!!" tengking Bakhtiar.
Aneesa yang masih terkejut dengan tuturan kasar yang dilemparkan terhadap dirinya mengajukan soalan pada Bakhtiar.
"A'Ar, kenapa ni?? Tiba tiba saja nak tengking orang. Kalau tak sudi nak berkawan, bagitau sahaja lah. Jangan tengking tengking macam ni.!!" Marah Aneesa.
"Pergilah!!! Aku tak mahu tengok muka kau lagi." kata Bakhtiar.
Aneesa yang terkilan dengan kata kata Bakhtiar berlalu pergi dengan membawa hati yang diguris dengan kasar sekali. Dia berlalu sambil menangis teresak esak akibat dek tengkingan itu.
'Kenapa dengan Bakhtiar tu. Tiba tiba sahaja aku kena marah. Aku ada buat salah ke dekat dia?' Tanya Aneesa di dalam hati.**************************
"Haa . Balik daa anak mak nihh,haha." gurauan Izzat bagaimanapun tidak diendahkan oleh Bakhtiar yang melulu masuk ke biliknya.
"Dah kenapa pulak budak nihh,hish" keluh Izzat dalam hatinya.
Tatkala Izzat merapati pintu bilik sahabat karibnya itu , kedengaran bunyi tangisan yang sayup sayup . Namun jelas dapat didengari oleh Izzat yang memang pakar dalam kegiatan mencuri dengar ."Weyh . Asal kau nangis weyhh . Tak kan pasal anak kutt? Ok2 . Aku yang anak mak . Ok?"kata Izzat yang sedang mengetuk pintu bilik rakannya itu. Dia sungguh berasa bersalah kerana apa mungkin kata kata dia telah melukakan hati rakannya. Tangisan itu semakin kuat dan memecah keheningan malam. Membuatkan Izzat bertambah risau.
" Weh,Bakhtiar .. Manjanya dia. Meh sini abg Izzat pujukkan ye?" pujuk Izzat untuk cuba bergurau. Tiba- tiba,pintu bilik yang dikunci rapat dibuka sedikit . Ruang yang ada hanya cukup untuk mengintai sahaja. Namun peluang itu dimanfaatkn oleh Izzat yang terus menceroboh masuk ke dalam bilik dlam rumahnya sendiri."Pukkk,aduhhh" satu tumbukan hinggap di mata kiri Izzat . " Aduhh.. Wei, ni dah melampau !" Izzat yang bingkas bangun dengan keadaan marah ingin mebalas perbuatan Bakhtiar.
Bagaimanapun , Izzat membatalkan niatnya apabila melihat Bakhtiar yang menyepikan diri di sudut bilik sambil menahan kesakitan. Bukan , bukan kesakitan fizikal yang dimaksudkan tetapi kesakitan sanubari yang ibarat luka yang masih baru ditikam kembali. Begitu lah rasanya apabila Bakhtiar yang terpaksa menyakitkan hati buah hatinya itu demi kebahagiaan seorang sahabat.
Ditambah lagi kesakitanya apabila disuruh mengahwini wanita yang dia sedang cuba untuk mengelak.Tetapi, wanita itu jugalah yang dia cintai. Dia dapat merasakan satu tekanan yang amat mendalam terhadap dirinya. Silap haribulan bolaeh dapat penyakit phyiskology.
Izzat menyapa dari belakang" A'ar , asal nih?"
Lantas izzat dipeluk erat oleh sahabat karibnya itu ." Pelukan ni sebab kau sedihkan? Bukan sebab 'lain' kan".
Gurauan itu sedikit-sebanyak dapat melukis senyuman dalam tangisan Bakhtiar.
"Story ahh . Mana tahu aku boleh tolong . Kalau tak pun , siapa lagi yang nak tolong kau kan . Anak mak. Hehe" gurau Izzat" Sebenarnya...sebenarnya.. Ummi aku.. Ummi aku.."
"Ummi kau? Sakit? Sakit apa?"soal Izzat cemas.
" Ummi aku nak aku kahwin" Jawab Bakhtiar lemah.
" Ler. Kahwin! Best lah . Aku jadi pengapit kau ok ?"
*pangg* Satu tamparan hinggap di pipi kiri Izzat
. "what the fish?!" marah Izzat" Aku kena kahwin dengan Annesa Qisara!!!" Bakhtiar menengking Izzat.
"Ha? " Izzat terpinga pinga.
"Ya , Annesa Qisara yang kau suruh aku jauhi tu" Balas Bakhtiar
" Bakhtiar, kau boleh tipu aku, tipu ummi kau even kau boleh tipu Annesa.. Tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri bro. " jelas Izzat
" Maksud kau?" soal Bakhtiar yang bingung."Kau nak kahwin tak dengan dia?" balas Izzat pendek.
" Aku.. Aku.. Nak,tapi..Wafeey?"
" Wafeey tu aku akan uruskan . Jangan risau lah" Izzat menenangkan Bakhtiar yang kusut itu.
" Sekarang nih. Kau pergi mandi. Sebelum tidur, istikharah dulu . Insha Allah kau akan dapat pentunjuk bukan dari aku atau ummi kau . Tapi daripada Pencipta kau."
"Baiklah" balas Bakhtiar yang keletihan. Lantas bangun dan meragut tuala untuk ke bilik air.
" Weh , Sorry ahh pasal tumbukan yang manis tadi" Bakhtiar memohon maaf.***************************
YOU ARE READING
Bestfriend ke suami?
RomancePada waktu persekolahan, Wafeey, Aneesa dan Bakhtiar mungkin bestfriends yang takkan mungkin boleh dipisahkan . Tiba tiba, pada tingkatan 3, Wafeey menyatakan isi hatinya pada Aneesa, dan mereka berjanji tidak akan berpisah selamanya . Bagaimana pul...