"Mak cik, jom saya tolong mak cik lintas jalan ye? Lori dah nak lalu tu, kita cepat ye?" ujar Aneesa yang cuba membantu seorang mak cik tua melintas jalan. Dia mempercepatkan langkahnya bersama makcik tersebut untk mengelakkan dri dihon lagi oleh lori tersebut.
Aneesa yang baru melarikan diri dari restoran itu berlari dan berhenti untuk melintas jalan untuk sampai ke seberang sana yang mempunyai sebuah port teksi tiba tiba ternampak seorang wanita yang berumur ingin melintas jln tpi di hon oleh sebuah lori. Itu tandanya lori itu ingin mengejar masa.. Banyak teksi yang sedang menunggu pelanggan yang ingin menuju ke sesuatu destinasi di seberang sana.
"Macam mana ni? Alah, teksi tu boleh tnggu aku.. Baik aku tolong mak cik tu." Ujar Aneesa yang memang gemar membantu.
"Terima kasih ye nak.. Mak cik tak nampak sangat jalan kat depan tu.. Maklumlah, mata makin rabun.." ucap makcik itu.
"Sama sama mak cik.." kata Aneesa sambil melambai lambai ke arah makcik tersebut.
"Ha.. sekarang aku kena cari teksi utk balik ke rumah.. Tak nak aku duduk kat situ lama lama. Sakit hati dibuatnya."
Tiba tiba, Aneesa disapa dari belakang
"Aneesa, kenapa pergi?" kata Bakhtiar dari belakang Aneesa
'Aik, macam mana mamat ni boleh kejar aku sampai sini??' desis hati Aneesa
"Aneesa, jangan lah lari macam tu aje. Saya tahulah awak lari sebab marahkan saya kan??" Tanya Bakhtiar.
"Kenapa awak setuju??" soal Aneesa pendek.
Satu lagi soalan yang bakal membuatnya terbunuh sekali lagi. Hatinya meronta akibat soalan tadi.
"Err,a...a..ada sebab, sa.. saya setuju, awak..." ujar Bakhtiar tergagap gagap.
"Apa sebabnya???" tnya Aneesa dengan lebih mendalam.
"Sebab.... Sebab saya suka awak.. Erkk.." Ujar Bakhtiar dalam keadaan muka yang agak kemerah merahan akibat menahan malu..
Aneesa akhirnya terdiam. Lidahnya kelu dek akuan yang memang boleh membuat dirinya makin lemah. Lemah semangat. Kerana dia pening sama ada dia mahu dinikahi oleh rakan baiknya sendiri untuk menjaga hati mama kesayanganya atau berkahwin dengan pasangan yang dicintainya, Wafeey, serta mengabaikan hati ibunya sendiri.
"Kenapa perlu awak suka saya??...Isk..Isk.. Kenapa??" soal Aneesa yang separuh menangis itu.
"Ermm, Aneesa, jangan lah menangis. Maaf buat awak macam ni. Saya buat ni untuk jaga hati ibu saya."
"Hati ibu awak yang awak kesah, hati saya ni??"soal Aneesa
"Saya berjanji saya akan cuba buat awak mencintai saya ,dan saya berjanji akan menjaga hati awak sebaik yang mungkin, Aneesa.. Itu janji saya."
"Macam mana saya nak lupakan Wafeey, Bakhtiar?? Cuba awak fikir, Bakhtiar. Jika awak kahwin dengan saya, mungkin awak akan sakit hati kerana mengahwini orang yang tidak akan pernah cintakan awak.."
"Saya yakin dengan allah. Jika Allah mengatakan bahawa awak mencintai saya, maka itu lah yang akan berlaku, jika sebaliknya, saya redha."
Aneesa tidak mampu berkata apa apa lagi kerana Bakhtiar telah membuktikan perasaannya terhadap dirinya amatlah ikhlas. Selepas itu, Aneesa dibawa oleh Bakhtiar ke kereta. Bakhtiar menghantar Aneesa pulang untk menenangkan hatinya yang sedang keadaan tidak stabil.
'Semoga kau akan mencintaiku, Aneesa.' Kata Bakhtiar di dalam hatinya.***********************************
"Minggu ini saya hantar rombongan meminang ke rumah awak ye, Cik Afisyah. Awak mesti terima kan ? So, minggu depan kita buat majlis pertunangan terus lah ye?" kata Puan Zahidah.
"Ye lah, baguslah begitu, makin cepat anak kita kahwin, makin cepat kita berbesan ye.."
Bakhtiar yang berada di hujung pintu biliknya terdengar perbualan ibunya yang sedang sibk merancang masa depannya di telefon. Bersemangat betul umminya mahu dia berkahwin. Tak sabar sabar timang cucu lah tu..
Beberapa hari kemudian, Bakhtiar dan ibunya sedang bersiap siap untuk ke rumah Aneesa. Kata ibunya, hari ini mereka akan menghantar rombongan meminang Aneesa.
"Ummi, bila tarikh kami bertunang? Kenapa awal sangat??"
"Minggu depan ,sayang. Kenapa? Excited ke?" kata ibunya sambil tersenyum.
"Bukan excited, ummi.. Tapi, tak rasa macam awal sangat ke? Aneesa dah la tak cintakan Bakhtiar."
"Tapi, Bakhtiar cintakan Aneesa, bukan??"
"Bakhtiar, dah tahu Aneesa tu macam tu, pujuklah dia. Bakhtiar mampu pujuk hati dia, sebab A'ar ikhlas cintakan dia, kan??" nasihat umminya
"Ye lah, ummi. Thanks sebab faham perasaan A'ar."
"Most welcome , my dear son.." ucap Puan Zahidah**********************************************
"Annesa , hari nih kita ada tetamu istimewa . Annesa pergi siap ye? Arah Puan Afisyah kepada anak tunggalnya itu. .
"Tapi siapa ma?" soal Annesa yang merasa curiga. Kerana dia seakan-akan tahu siapakah gerangan orang yang bakal bertandang di rumah teres dua tingkat milik keluarganya .
" Sayang pergi je siap . Diorang da nak sampai". Pujuk mamanya.
"ok.." balas Annesa pendek bagi menuruti kehendak mamanya ituu.Tidak lama selepas itu. Kedengaran bunyi kereta Merc Benz meluncur masuk ke dalam "porch" rumah Annesa.
"Assalamualaikum ." salam diberi oleh Puan Zahidah yang datang bersama Tengku Asyraff , ayah kepada Tengku Bakhtiar.
Salam yang diberikan dapat didengari oleh Annesa dengan jelas. Dan suara itu sememangnya tidak asing lagi baginya, bakal ibu mertua.
"Annesa sayang , meh sambut tetamu kita nih " ayah Annesa mula bersuara .
" Ohh aunty . masuklah..." Annesa berpura-pura seperti tidak menjangka kehadiran dua orang tua itu yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarganya sendiri.
Annesq berlalu pergi ke dapur bagi memberi ruang kepada orang tua bercakap. Dia tahu , mereka pasti akan membincangkan hal pertunangan dia dan sahabat baiknya, Bakhtiar.Namun , apa boleh buat kalau ibu bapa mereka sendiri yang berkehendak sedemikian.
Sememangnya,Annesa dan Bakhtiar mempunyai satu persamaan yang memang ketara. Iaitu , hormat kepada orang tua. Sesuai kan??
Lalu , Annesa duduk bersendirian di atas kerusi di meja makan yangterletak di dapur sambil memikirkan masa depan yang dia tidak pernah dapatbayangkan. Kahwin dengan kawan baik kepada teman lelaki ? Tak kah gila tuh ?
********************************************
YOU ARE READING
Bestfriend ke suami?
RomancePada waktu persekolahan, Wafeey, Aneesa dan Bakhtiar mungkin bestfriends yang takkan mungkin boleh dipisahkan . Tiba tiba, pada tingkatan 3, Wafeey menyatakan isi hatinya pada Aneesa, dan mereka berjanji tidak akan berpisah selamanya . Bagaimana pul...