14

5 0 0
                                    



"Aneesa, kita nak duduk mana ye?" tnya Bahktiar kepada Aneesa setelah masuk ke dalam kapal terbang.

"Hurm, tak tahu lah awak..." kata Aneesa

"Hah.. Kita duduk dekat sana, nak?" cadang Bakhtiar

"Jomlah..." balas Aneesa

Bakhtiar dan Aneesa segera bergerak ke arah tempat duduk pilihan mereka. Bakhtiar segera mengangkat bagasi mereka ke tempat letak bagasi di kapal terbang tersebut. Selepas itu, mereka pun melabuhkan punggung mereka di tempat duduk.

"Ouh, selesanya..." kata Aneesa

"Mestilah, layanan dan keselesaan kapal terbang ini di tahap terbaik di Malaysia." Terang Bakhtiar

"Nanti kita mendarat di mana ye?" Tanya Aneesa

"Kita akan mendarat di Lapangan terbang Icheon di Korea selatan."

"Awak.. Terima kasih ye sebab sanggup temankan saya ke korea ye?"

"Tak apa, saya paham.."

Spanjang prjalanan Aneesa masih memikirkan tentang Wafeey. Dia masih mencintai Wafeey. Wafeey ialah cinta pertamanya. Siapa yang mampu melupakan cinta pertamanya dalam masa yang singkat.

Beberapa tika kemudian, Aneesa pun terlentok ke bahu Bakhtiar dan terlena. Bakhtiar yang sedang mengantuk juga akhirnya menyandarkan kepalanya ke Aneesa. Mereka tertidur dalam keadaan yang 'Sweet Scene' di dalam kapal terbang.

*************************************************************************

"Oit, mamat frust!! Temenung ke??" kejut Ilham dari arah belakang Wafeey.

"Ish, kau memang saja kan bagi aku sakit hati kan??" jerkah Wafeey dalam separh terkejut.

"Aloh, lek arr.. Aku nak bagi suasana jadi riang sikit. Kau tu dah me'mandom'kan suasana rumah ni.."

"Ye lah. Sapa tak sedih weh? Cuba kalau Halina tu tinggalkan kau and then kahwin dengan orang lain. Apa kau rasa??"

"Sedih laa...."

"Ha, macam tu la perasaan aku sekarang..."

"Haaa... Aku ada bawa something dari Malaysia... Nak tengok tak?"

"Apa benda?"

"Adalah.."

Ilham pun segera memanjat tangga dan mengambil sesuatu dari biliknya. Selepas itu, dia pun turun ke ruang tamu kembali untuk menunjuk 'benda' yang dia bawa dari Malaysia.

"Eh, ni bkan ka beg yang kau tak bagi aku sentuh masa kita duk kemas kemas rumah ni?"

"Ha, betul lah tuu.."

"Weh, macam pelik jaa. Kau jangan bawa benda benda gila pulak.. Lain macam dah ni. Siap tak bagi aku sentuh gi.."

"Cuba lah teka?"

"Tak tahu lah.."

"Ini dia!!" kata Ilham sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam beg.

Wafeey yang sedang menunggu Ilham mengeluarkan 'benda' itu dri dalam beg menutup mata kerana dia takut Ilham akan menyakatnya lagi. Ilham memang suka menyakat Wafeey. Ada kali itu, dia menyakat Wafeey dengan serbuk garam yang dikatanya syabu. Dia telah meletakkan bungkusan itu di dalam poket baju yang dipakai oleh Wafeey untuk solat di rumah. Wafeey memang sudah ketar lutut kerana dia telah membawa bahan haram tersebut. Memang teruk Ilham kerjakan Wafeey.

"Buka lah mata tu.. Nak tengok macam mana?" kata Ilham.

"Ok,Wah!! VCD player dan set karaoke!!"

"Hehe, aku bawa sebab aku takut bosan duduk kat sini,nanti bolehlah aku berkaraoke.."

"Memang stail lah kau ni. Aku ingat kau nak kenakan aku lagi."

"Tak dak lah, aku dah bertaubat buat benda yang akan buat aku ditabuh teruk oleh kau.. Memang teruk aku kena, tak mau lah aku buat dah.

"Tapi kau ada bawa cd karaoke?"

"Mestilah ada! Dan aku ada satu lagu yang men'describe' perasaan kau tu."

"ya ka? Pasang lah cepat!!"

Ilham pun segera memasang wayar CD player tersebut di televisyen. Ilham pun memasang CD tersebut. Wafeey pun mahu mendengar lagu yang dikatakan oleh Ilham yang menggambarkan perasaannya.

Tiba tiba dia mendengar intro sebuah lagu yang sudah lama dia tidak dengar.

"Ha, nilah lagunya.. Nah, nyanyi cepat!!"kata Ilham sambil menyerahkan sebuah microphone kepada Wafeey.

"Ok!! Lagu ini bertajuk Masih Mencintainya.. Lagu asal dari kumpulan Papinka."

Jika teringat tentang dirimu,

Berlinang air mataku,

Ku rindu saat saat bersamamu,

Kasih sayangmu padaku..

Namun kini kau bukan milikku,

Dan berakhir sudah cintaku,

Biarkan saja hatiku bicara,

Ku masih sayang padamu...

Aku selalu mendoakanmu agar kau bahagia bersama dirinya,

Selamanyaa.....

Mengapa mudahnya, hatimu mendua,

Kulapangkan dada walau aku terluka,

Semoga bahagia, bersama dirinya,

Kerna kau telah memilih dia..

Bertapa sakitnya apa yang ku rasa,

Tuhan kuatkan lah hatiku yang terluka,

Semoga ku bisaa tuk melupakannya,

Kerna kumasih mencintainya...

Wafeey pun melutut ke lantai selepas menyanyikan lagu tersebut. Dia telah mengeluarkan segala isi hatinya selepas menerima kenyataan Aneesa telah berkahwin. Ilham pun segera meluru ke arah Wafeey yang sudah separuh menangis.

"Sekarang aku dah tahu isi hati kau, Wafeey. Sedihnya..Isk3.."kata Ilham dalam keadaan sebak melihat rakannya sedih sehingga melutut begitu sekali.

"Aneesa.....Aneesa.... Aneesaaaa!!!!!!!!!!" kata Wafeey dalam nada yang sayu.

Bestfriend ke suami?Where stories live. Discover now