Beberapa hari kemudian,...
"Hello,Zaty? Bila you nak sampai ni?" kata Puan Afisyah kepada jurusolek yang akan menyolek muka Aneesa sebelum majlis perkahwinannya bermula di telefon.
"Ala, relaxlah Puan Afisyah, I akan sampai lagi sepuluh minit from now, okay?" ujar Zaty di telefon.
"Ye lah, cepat ok??" keluh Puan Afisyah sebelum meletakkan telefon.
"Aneesa! Aneesa! Dah siap ke belum? Juru solek dah nak sampai ni!" pekik Puan Afisyah dri arah ruang tamu.
"Ye mama, Aneesa nak siap dah.." kata Aneesa yang sedang bersiap siap memakai busana pengantinnya yang berwarna hijau muda.
"Cantik jugak ye..." kata Aneesa sambil menari berpusing pusing di depan cermin biliknya.
"Eh, apa yang aku buat ni? Tak kuasa aku!!"
Aneesa masih dibelenggu rasa serba tak kena kerana dia masih tidak mahu menerima hakikat yang dia bakal berkahwin dengan orang yang dia langsung tak cintai. Selepas ini, dia akan dinikahkan oleh jurunikah di masjid, dan dia akan rasmi menjadi isteri Bakhtiar.Oh, tidak!
"Oh Wafeey, kenapa tak ada tindak balas dari kau ye?" Tiba tiba telefon Aneesa berdering menandakan ada panggilan yang masuk ke telefon Aneesa. Tertera di skrin nama Wafeey.
"Yesss!! Wafeey mesti nak bagitau something ni.." teriak Aneesa
Tiba tiba panggilan tersebut terputus. "Ala, kenapa putus ni??" ujar Aneesa
Masuk pula satu mesej dari Wafeey.
"Haaa, yang ini mesti nak gantikan panggilan tadi.." kata Aneesa sambil tersenyum. Dia harapkan supaya Wafeey mengatakan dia akan menyelamatkan Aneesa dari perkahwinan ini. Wafeey akan bailk ke Malaysia demi Aneesa! Oh, sungguh membahagiakan.
Aneesa dengan segera membuka peti mesej dan membuka mesej yang diterima dengan cepat.
'Aneesa, kau pergilah kahwin dengan Bakhtiar tu. Aku tak kisah langsung, lagipun itu kan kawan baik kau, sesuai sangat. Lupakan ja aku di sini. Aku dah ada orang lain. Okay, Well, semoga berbahgia dengan Bakhtiar. Salamm dari London.'
Aneesa terkedu apabila membaca mesej yang disangka akan mengembirakan hatinya pada hari ini, tapi sebaliknya memusnahkan, meranapkan, menghancurkan hatinya. Sudah lama dia menunggu Wafeey membalas cintanya yang dikirim dari Malaysia, dan ini balasannya? Memang benar kata kakak angkatnya, Yana Syafeeqah. Sekarang, dia sudah terkena.Aneesa kini jatuh melutut di hadapan cermin dan menangis teresak esak. Dia telah menggelarkan dirinya 'Si Bodoh' kerana menunggu cinta yang dicurangi dari Wafeey. Kenapa Wafeey? Kenapa?
Tiba tiba jurusoleknya telah sampai di muka pintu.
"Eh, Aneesa? Kenapa ni? Jangan lah menangis. Awak nak kahwin hari ini. Jom, kita bersolek ya. Bangun jom.." pujuk Zaty yang sudah sampai dengan berbeg beg alat solek dan segala pekakas yang sesuai untuk menyolek pelanggannya.
Aneesa akur dengan takdir dan cuba menerima hakikat. Dia bangun dan terus duduk di depan meja solek. Zaty dengan cepat menyolek Aneesa.
'Aku dah tak boleh bergantung dekat mamat tak guna yang kat London yang tengah berfoya foya dengan perempuan lain. Aku kena bangkit, lupakan dia Aneesa!' desis hati Aneesa. Selepas ini, dia akan menuruti arahan ibunya yang menyuruh dia menjadi isteri kepada Bakhtiar. Dia akan berusaha menerima Bakhtiar. Wlaupaun dia tahu, itulah satu perkara yang paling susah baginya.
***************************************************************************************
"Aku nikahkan kau dengan Aneesa Qisara binti Firdaus dengan mas kahwin sebanyak RM5,555 tunai" kata jurunikah tersebut.
Bakhtiar memalingkan muka ke arah Aneesa yang sedang berdebar debar menunggu dirinya digelar isteri.
"Aku terima nikahnya Aneesa Qisara binti Firdaus dengan mas kahwin sebanyak RM5,555 tunai..."
"Alhamdulillah......." Kata jurunikah tersebut.
Akhirnya Bakhtiar dan Aneesa telah sah menjadi suami isteri pada detik ini. Bakhtiar perlahan lahan bangun dan berjalan ke arah Aneesa dan duduk di hadapan Aneesa. Kini, Aneesa miliknya. Aneesa dengan berdebar debar menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan suaminya yang sah,Bakhtiar. Aneesa perlahan lahan mencium tangan Bakhtiar dengan perasaan yang agak sebak. Setelah Aneesa bersalaman dengan Bakhtiar, Bakhtiar dengar tertibnya mengangkat kepala Aneesa untuk mengucup dahinya sebagai tanda dia amat mengasihi wanita itu. Tiba tiba, Aneesa rebah di pangkuan Bakhtiar. Keadaan menjadi sedikit kalut kerana pengantin perempuan telah pengsan selepas majlis pernikahnnya.
*********************************************************************************************
YOU ARE READING
Bestfriend ke suami?
RomancePada waktu persekolahan, Wafeey, Aneesa dan Bakhtiar mungkin bestfriends yang takkan mungkin boleh dipisahkan . Tiba tiba, pada tingkatan 3, Wafeey menyatakan isi hatinya pada Aneesa, dan mereka berjanji tidak akan berpisah selamanya . Bagaimana pul...