"Mama, kita nak pergi mana ni?" soal Aneesa yang keluh kesah duduk di sebelah ibunya yang sedang memandu.
"Ala, sayang, sayang ikut je. Sayang mesti suka punya lah." Balas puan Afisyah
Berkerut seribu dahi Aneesa dibuatnya. Entah ke mana kereta BMW 3.0 SE itu menuju.
Tidak lama selepas menikmati perjalanan yang menimbulkan tanda tanya terhadap Aneesa, ibunya memberhentikan kereta di sebuah restoren makanan korea yang sememangnya jadi kegemaran Aneesa yang merupakan peminat tegar KPOP. Oppa sini, oppa sana.
Ibunya melulu masuk ke dalam restoran tersebut seakan akan tahu di mana hendak dituju. Lain pula si Aneesa, nelangkah lemah sekali walaupun di dalam hatinya ada sekelumit rasa suka kerana berada di restoran yang amat dia gemari.
"Assalamualaikum," kedengaran Aneesa disapa seseorang.
'Ibu Bakhtiar???!!' kata Aneesa di dalam hati.
"Wa.. waalaikummussalam, mak cik buat apa dekat sini?" soal Aneesa yang inginkan kepastian.
Ibu Bakhtiar hanya tersenyum melihat kebinggungan yang melanda anak muda yang baru berumur 21 tahun itu.*************************************
"Duduklah dulu sayang.." ujar Puan Afisyah kepada anaknya.
"Ya Allah, dah lama kita tak jumpa ye? " kata ibu Aneesa yang teruja menemui rakan karibnya.
"Ha'ah. Kita tak jumpa dah sejak form 3 kan? I guess? Balas Puan Zahidah
Setelah beberapa minit perbualan kosong itu berlalu, tiba tiba Tengku Bakhtiar datang dari arah belakang lantas duduk di sebelah Aneesa.
"A..Aneesa.. Qi..Qisara..Hai.." gugup Bakhtiar.
Hati Aneesa yang sebelumnya sekadar gementar tiba tiba berubah menjadi tidak tentu arah.
"Apa ni , mama??!!" soalan yang ditujukan kepada ibunya.
Bakhtiar agak tersentap dengan soalan yang ditujukan itu seakan akan tidak mahu menginginkannya pergi. Namun, atas permintaan ummi tercinta, Bakhtiar turuti jua dan terpaksa menebalkan muka."Mama, jawablah..Buat apa kita dekat sini? " soalam yang ditujukan bertubi tubi oleh aneesa kepada ibunya.
"Sayang, biar mama jelaskan, ok?"
"Sbenarnya mama and ummi Bakhtiar dah lama berkawan..."
"Straight to the point, mama!" pintas Aneesa terhadap ibunya yang belum habis bercakap.
"So, Kami bercadang memang mahu berbesan.." balas ummi Bakhtiar."Ouh.. Berbesan..." lega Aneesa.
"Kejap!!! Berbesan!!!??? Maksudnya saya , Bakhtiar...??" Jelas Aneesa yang tersentak akibat jawaban sebentar tadi. Baru dia sedar apa masksud bersirat 'berbesan' tesebut."Ya, kahwin, sayang.." balas mama Aneesa.
"But, mama.." Aneesa cuba untuk memujuk mamanya dari meneruskan niat murni itu.
"It's for your own sake, my dear." Katan mama Aneesa sambil tersenyum.
"Kamu bagaimana , Bakhtiar??" soalan maut itu telah ditujukan kepadanya.
"aduhh, Macam mana ni? Aku nak.. Tapi.. Wafeey??? Ya Allah, kusutnya..."soal hati Bakhtiar.
Tapi, entah bagaimana satu senyuman yang sangat ikhlas telah terukir di wajahnya sekilas soalan maut itu diajukan."Senyum tu tanda setujulah tu.."
Bakhtiar kelihatan terpinga pinga dan kelihatan riak wajah Aneesa yang sedikit bebal mungkin kerana senyuman Bakhtiar yang telah memberikan jawaban,"Ya, saya setuju." itu tadi.
Mata Aneesa berlinangan air mata dan kelihatan seperti kaca yang sedang bersinar. Namun di sebalik keindahan matanya itu,tersembunyi seribu jeritan hati yang menolak perkahwinan yang bakal berlaku tidak lama lagi. Itu kerana cintanya terhadap Wafeey ibarat laut yang tiada bertepian dan ibarat gunung yang tak berpuncak.Lalu , Annesa meragut begnya dan keluar dari restoran dengan tergesa-gesa sambil menahan sebak di dada.
Honkkkkk !! * bunyi hon sebuah lori*
***************************
YOU ARE READING
Bestfriend ke suami?
RomancePada waktu persekolahan, Wafeey, Aneesa dan Bakhtiar mungkin bestfriends yang takkan mungkin boleh dipisahkan . Tiba tiba, pada tingkatan 3, Wafeey menyatakan isi hatinya pada Aneesa, dan mereka berjanji tidak akan berpisah selamanya . Bagaimana pul...