11

155 2 1
                                    

"Ha, bila nak sampai ni??" ujar mama Aneesa yang sedang kalut menghias rumah sempena hari petunangan anaknya, Aneesa
"Pukul 10 setengah rsanya sampailah kami, tunggu ya..?" balas ummi Bakhtiar.
Hari ini ialah hari pertunangan mereka iaitu Aneesa dan Bakhtiar. Hari yang agak menyakitkan kepala Aneesa yang runsing memikirkan Wafeey. Kenapalah Wafeey tidak angkat call nya?
Hisyh, kenapa dia tak angkat call aku ye? Hurm, aku hntar mesej je lah, moga moga dia tahu aku akan bertunang tak lama lagi,huh.." keluh Aneesa kesedihan.
Hari ini mungkin hari yang bahagia buat kedua dua ibu bapa mereka, dan mungkin juga bahagia untuk Bakhtiar yang mencintainya.
Puan Zahidah yang sdang sibuk mencari kunci keretanya memanggil Bakhtiar dari arah ruang tamu.
"Bakhtiar, ada nampak kunci kereta ummi tak?"
"Tak ummi, ummi letak mna ummi?"
"Hurm, ha'ah, ada di bilik ummi.!" Ingat Puan Zahidah
"Bakhtiar, jangan lupa bawa cincin tu ya??" peringat umminya.
Aneesa telah memilih cincin yang sememangnya sesuai dengan warna kulitnya, jarinya, memang perfect sekali.
"Aneesa, err, awak pilihlah cincin yang awak suka.." ujar Bakhtiar di kedai Habib Jewels di situ.
"Urm, awak nak saya pilih ke? Nanti mahal merungut pulak!"
"Tak apa, demi awak, segalanya murah bagi saya.." pesan Bakhtiar.
Aneesa begitu tersentuh dengan kata kata bakhtiar. Tidak tahu bagaimana hatinya sudah mula menerima bakhtiar. Cuma dia masih ingatkan Wafeey, itu lah krisisnya.
"Yang ini cantik tak?" soal Aneesa kepada Bakhtiar.
"Ehh, cantik lah...! Pandai awak pilih.." puji Bakhtiar
"Urm, terima kasih.. " ucap Aneesa dengan malu. Dia sudah mula malu bila melihat Bakhtiar tersenyum suka apabila melihat cincin yang dipilihnya disarungkan ke jari manisnya dan ditunjuk kepada Bakhtiar untuk diminta pendapat. Dia rasa bahagia apabila pilihannya diterima dengan hati yang memang setuju tanpa sebarang halangan.
Bakhtiar lantas mengeluarkan dompetnya dan lantas berkata pada promoter tersebut supaya membungkus cincin tersebut. Dia memilih untuk membayar secara cash. Wang tersebut sebenarnya wang yang dia simpan sendiri dan bukannnya wang pemberian umminya untuk dibelanjakan.
Tiba tiba Bakhtiar disapa dari belakang. "Bakhtiar, cepatlah, Ibu Aneesa dah tunggu kita tu." Ujar umminya.
"Oh yelah ummi.."
Mereka segera bergerak masuk ke dalam perut kereta dan terus menyusur ke rumah Aneesa. Puan Zahidah tidak sabar mahu meyarungkan cincin tersebut ke jari manis Aneesa untuk menandakan Aneesa itu bakal menantunya merangkap tunang Bakhtiar dan juga bakal isteri Bakhtiar.

***********************************
"Aneesa, dah siap ke? Bakhtiar dan kawan mama dah nak sampai tu."
"Ya mama, Aneesa dah siap." Ujar Aneesa kepada mamanya.
Aneesa telah meyarungkan baju kurung moden Pahang yang berwarna hijau kekuning kuningan dan juga bertudung plain berwarna hijau muda. Memang Aneesa kelihatan begitu ayu memakai pakaian sebegitu. Sebelum ini, dia hanya memakai baju blause yang simple dan bertudung plain serta berseluar sleck. Kadang kadang dia memakai baju jersey yang memang menjadi kebiasaannya.
"Wah, cantiknya anak mama hari ini, jarang mama nak tengok anak mama pakai macam ni.." puji mama Aneesa
"Eh, mana ada mama, biasa biasa sahaja.."
Tiba tiba ada seorang jiran mereka memanggil mereka dari arah luar.
"Puan Afisyah, bakal besan awak dah sampai!!!"
"Ouh ya ka??!! Kejap yee...!" balas puan Afisyah.
Aneesa yang pada mulanya tenang tiba tiba menjadi gelabah dan berdebar debar, kerana sebentar nanti dia akan ditunangkan dengan orang yang lain , bukan buah hatinya Wafeey. Dia juga resah kerana Wafeey tidak menghubunginya langsung. Adakah Wafeey memang mahu dia berkahwin dengan Bakhtiar, kawan baiknya sendiri, atau Wafeey telah melupaknnya?
"Wafeey, if you love me, please call back!!!" desis hati Aneesa.
Tiba tiba, satu mesej telah menerjah masuk ke dalam peti masuk telefonnya. Mesej dari mamanya sendiri.

'Aneesa, kawan mama nak masuk jumpa Aneesa ni,
bersedia ehh, cover tau :) .'

Aneesa bertambah berdebar debar menanti ketibaan bakal ibu mertuanya untuk meyarungkan cincin pertunangan mereka.
"Uih, ketar lutut ni.." kata Aneesa bersendirian
Setelah pintu biliknya telah dibuka oleh ibunya, ibu Bakhtiar tersenyum riang melihat Aneesa yang sedang sedia menunggu dirinya.
"Bakhtiar, mari bagi cincin tu." Panggil Puan Zahidah kepada anak kesayangannya itu.
Bakhtiar yang pada mulanya tenang jiwa tiba tiba menjadi berdebar debar melihat Aneesa yang berpakaian ayu sebegitu. Dia terpaku dan terdiam. Dia kelu. Dia telah terpegun dengan kecantikan Aneesa yang sebelum ini dia tidak pernah lihat. Aneesa berpakaian tradisional? Sungguh cantik sekali!
Ibu Bakhtiar dengan segera mengambil cincin tersebut dan perlahan lahan meyarungkan cincin tersebut ke jari manis Aneesa. Aneesa yang kelihatan begitu gerun melihat cincin tersebut perlahan lahan menyarungi jari manisnya.
"Oh tidak, aku akan jadi tunang Bakhtiar!! Wafeey!!!!" jerit hati Aneesa sekuat kuatnya.
Akhirnya Aneesa selamat menjadi tunang Bakhtiar. Aneesa masih tidak dapat menerima dia telah ditempah oleh Bakhtiar, dan Wafeey tidak boleh merampasya lagi. Haram hukumnya mengganggu tunang orang.

***************************************


Bestfriend ke suami?Where stories live. Discover now