"Aneesa okey tak , doktor?" Tanya Bakhtiar dalam keadaan resah.
"Ouh,isteri awak okey sahaja, Cuma tekanan darah dia agak rendah tadi, mungkin disebabkan terkejut."
'Terkejut?? Apa yang dia terkejut? Takkan sebab aku dongakkan kepala dia tadi? Tak mungkin, mesti ada sebab lain..' desis hatinya. Bakhtiar dapat rasakan sesuatu telah berlaku terhadap Aneesa sebeluum majlis pernikahannya berlangsung tadi.
"Mesti ada apa apa ni..."
Bakhtiar segera memapah Aneesa masuk ke kereta untuk dibawa pulang. Dia agak risau dengan keadaan Aneesa yang masih tidak sedarkan diri.Dengan segera dia membawa keretanya pulang kerumah. Setelah sampai ke rumah Bakhtiar mendukung Aneesa menaiki tangga hingga sampai ke biliknya. Selepas itu, dia membaringkan Aneesa di atas katil biliknya. Dan dia baru sedar bahawa telefon Aneesa ada bersamanya, di dalam poket. Bakhtiar perlahan-lahan menyeluk poketnya dan mengambil telefon Aneesa ketika Aneesa masih tidak sedarkan diri..
Dia membuka peti mesej telefon isterinya dan dia terlihat satu mesej dari Wafeey yang diterima oleh Aneesa sebelum majlis pernikahannya. Akhirnya, dia sudah tahu mengapa Aneesa begitu.
"Haa, mesti sebab mesej ni. Tapi bukan ke Wafeey tu sayang sangat dekat Aneesa? Kenapa dia buat macam tu? Aneesa punyalah cintakan dia.. Sanggup kau buat macam ni, Wafeey??!!" marah Bakhtiar kepada Wafeey yang telah mempermainkan hati Aneesa.
Tiba tiba umminya memanggil dirinya dari bawah.
"Bakhtiar,kejutkan Aneesa suruh dia turn makan ubat ye, suruh dia berjalan sikit, barulah cepat sihat.." kata umminya.
"Oklah, ummi.." blas Bakhtiar.
"Aneesa, bangun awak.. Awak ok tak??" soal Bakhtiar kepada Aneesa yang sudah separuh sedar.
"Ouh, saya ok saja." Kata Aneesa
"Ummi suruh awak turun, makan ubat, awak kenalah berjalan sikit, barulah cepat ok.. awak, awak pening ke?"
"Ouh, saya agak pening lah.."
"Oh ya ka? Meh, saya tolong papahkan awak, ok?" pinta Bakhtiar.
"Eh, tak apa lah.."
"No, jom bangun.." kata Bakhtiar.
Bakhtiar memapah Aneesa turun dari tangga dengan perlahan lahn kerana dia tidak mahu isterinya terjatuh dan menambah sakit lagi. Cukuplah kesakitan yang diberi oleh Wafeey terhadap Aneesa. Dia tidak mahu isterinya disakiti lagi.
Setelah sampai di meja makan, Bakhtiar perlahan lahan meletakkan Aneesa di atas kerusi dan dia segera pergi ke dapur untuk mengambil beberapa biji Panadol serta segelas air untuk Aneesa.
"Nah, telan ubat ni.. Lepas makan ubat baru makan ye.. nanti saya suapkan.. Awak tu tak stabil lagi.." kata Bakhtiar dengan penuh prihatin.
"Ok, terima kasih ye..." balas Aneesa. Tidak mungkin dia boleh bangun dari tempat duduknya kerana kalau dia bangun dari tempat duduknya, mungkin dia akan tumbang begitu sahaja.
**************************************************************************
Beberapa ketika selepas Aneesa sihat dari sakitnya, Aneesa turun untuk menonton televisyen sebaik sahaja mengemas biliknya dan bilik Bakhtiar. Setelah beberapa minit menonton televisyen sambil duduk di atas sofa, tiba tiba secawan air teh telah dihidang di hadapannya.
"Nah, minumlah, saya buat untuk awak.." kata Bakhtiar.
"Urm.."kata Aneesa sambil menggelengkan kepalanya. Bakhtiar tahu Aneesa sengaja berbuat demikian. Bakhtiar kena mengambil hati Aneesa sekarang.
YOU ARE READING
Bestfriend ke suami?
RomancePada waktu persekolahan, Wafeey, Aneesa dan Bakhtiar mungkin bestfriends yang takkan mungkin boleh dipisahkan . Tiba tiba, pada tingkatan 3, Wafeey menyatakan isi hatinya pada Aneesa, dan mereka berjanji tidak akan berpisah selamanya . Bagaimana pul...