TERBANG

1K 44 3
                                    

Burung-burung berterbangan berlegar-legar di ruang angkasa. Riz melabuhkan punggungnya di atas sebuah bangku kayu di sebuah taman rekreasi yang terletak di pinggiran ibu kota. Bangku itu bagaikan sudah mengenali punggungnya yang sering dilabuhkan di situ setiap pagi Ahad.

Golongan marhaen kelihatan sedang menikmati pagi Ahad mereka sebelum menempuhi pagi Isnin pada esoknya. Mereka asyik dengan aktiviti masing-masing.

Seorang lelaki yang wajahnya pecah rumah sedang berbual mesra dengan seorang gadis jelita yang diyakni kekasihnya sambil berjoging mengelilingi taman rekreasi tersebut. Seorang lelaki tua pertengahan usia yang sedang berjoging pantas memotong lelaki sado yang menjadi perhatian ramai anak gadis di taman itu. Sepasang suami isteri yang kelihatan bahagia sedang memimpin anak kecilnya yang diyakni baru mula menapak.

Riz memendam rasa cemburu. Bukan mencemburui lelaki berwajah pecah rumah yang berjaya memikat gadis jelita, bukan lelaki tua yang masih kuat walaupun usia semakin meningkat, bukan lelaki sado yang menjadi idaman ramai malah bukan juga pasangan bahagia yang sedang meluangkan masa dengan anak mereka.

Tetapi dia cemburu dengan burung-burung yang berterbangan. Burung-burung yang bebas berlegar-legar di udara. Burung-burung yang boleh terbang ke mana sahaja yang mereka mahu. Riz amat cemburu. Dia tidak mahu apa-apa dalam dunia ini kecuali satu perkara: dia mahu terbang.

**

Pagi Isnin. Tidak kiralah pelajar sekolah, kakitangan kerajaan mahupun swasta sudah pasti tidak akan menggemari hari ini. Sedang sibuk rakan sepejabatnya menyiapkan assignment, Riz hanya duduk di mejanya.

Diam tidak berbuat apa-apa. Hanya memikirkan perjalanan hidupnya yang semakin sukar. Mana tidaknya, malam tadi tunangnya memutuskan ikatan pertunangannya hanya melalui SMS. Celah mana kesalahannya penat dikorek namun Riz masih tertanya-tanya di mana silapnya. Riz sudah banyak menghabiskan wang simpanannya semata-mata untuk menjalinkan ikatan pertunangannya. Dari Iphone 6s sehinggalah beg tangan LV, sanggup di belanjakannya demi perempuan itu. Namun apakah daya, perempuan itu mahukan pasangan yang lebih kaya darinya.

Tidak cukup dengan itu, Riz baru mendapat call dari pihak bank yang mengatakan keretanya yang dibeli secara ansuran akan ditarik sekiranya tidak melangsaikan pembayaran selama enam bulan dalam tempoh beberapa hari lagi. Dahulu, dia seorang yang mempunyai kewangan yang stabil namun setelah menjalinkan perhubungan dengan tunangnya itu, pengurusan kewangannya terumbang-ambing.

Riz menarik nafas panjang. Dia cuba untuk memberikan komitmen yang baik terhadap pekerjaannya. Matanya terus menumpu ke arah skrin monitor komputer di meja kerjanya. Assignment banyak masih menimbun. Dia mendengus.

**

Jam tepat pukul dua belas tengah hari. Waktu lunch. Rakan sepejabatnya yang lain terus menuju ke restoran yang berdekatan. Tiada seorang pun yang membawa bekal harini maklumlah hujung bulan. Gaji dah masuk. Riz terpaksa ikat perut semata-mata untuk melangsaikan segala hutangnya.

Riz naik ke bahagian rooftop bangunan pejabat tempat dia bekerja. Dia merasakan cukup tinggi berdiri di situ. Burung-burung yang berterbangan lebih tinggi membuatkan dia bertambah cemburu.

"Aku nak terbang!"teriaknya.

"KAU BETUL-BETUL NAK TERBANG?" Satu suara garau membuatkan Riz tersentak.

"Siapa kau?!"

"KAU TAK PERLU TAHU SIAPA AKU. KAU CUMA PERLU JAWAB SOALAN AKU."

"Ya. Aku nak terbang!"

"BUNYI MACAM SERIUS. BAIKLAH AKU AKAN TOLONG KAU."

Riz memapar ekspresi gembira. Suara itu seolah-olah memberi harapan baru untuknya. Tidak tahu kenapa dia terlalu yakin mempercayai suara yang entah datang dari mana. Tiba-tiba, ada sesuatu keluar dari bahagian belakangnya. Sesuatu yang berbulu pelepah. Sesuatu yang mengibar-ngibar. "Sayap! Aku ada sayap! Aku boleh terbang!" Riz menjerit kegembiraan.

"YA MANUSIA. KAU PUNYAI SAYAP SEKARANG. TERBANGLAH MANUSIA, TERBANGLAH DENGAN SAYAPMU ITU."

**

"Kalau apape jadik kat Riz kau kena bertanggungjawab." Sarah memang tidak puas hati dengan tindakan sepupunya, Marsha.

"What? Apasal pulak aku yang kena? "

"Kau boleh pulak buat-buat tanya. Berlakon innocent pulak. Aku lempang jugak minah ni. Aku kenalkan dia kat kau sebab kau layak dapat dia. Dia tu caring, penyayang dah tu baik pulak and kau senang-senang putuskan pertunangan korang. Dia ada everything kot."

"Not everything."

"What do you mean by 'not everything'. Baru tunang mintak handbag LV, mintak Iphone 6s, mintak tu mintak ni. Senang kau kata not everything."

"Ugh. That's enough Sarah."

"Kau ni memang materialistikkan!"

"You're wrong about me. Aku bukan materialistik cuma cari laki yang boleh tanggung kehendak aku je. Do i make myself clear?"

"Tauke kasino pun boleh bankrap lah kalau kau jadik bini dia.. kau ni memang-" Sarah terdiam tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Matanya tertumpu ke arah rooftop sebuah bangunan yang diyakni tempat Riz bekerja. Riz!

"Memang apa?"soal Marsha lalu terpandang apa yang sedang diperhatikan Sarah. "Oh my god! Riz."

Orang ramai mula mengerumun di perkarangan bangunan. Kereta polis kelihatan baru sahaja tiba diikuti dengan trak bomba.

**

Riz bangga. Bangga apabila orang ramai memberi perhatian kepadanya, bangga dengan sayapnya. Dia mengibar-ngibarkan sayapnya.

"KAU TUNGGU APA LAGI. TERBANGLAH"

Riz terus terjun dari bangunan dua puluh tingkat itu. Sayapnya dikibarkan. "Aku terbang! Wuhuuuu!" Riz menyorak kegembiraan. Dia terbang mengelilingi kota metropolitan itu. Semakin lama semakin tinggi dia terbang mengalahkan burung-burung di bawah dengan bangganya. Riz turun ke bawah semula. Orang ramai yang berkerumun menarik perhatiannya ditambah pula tempat orang berkerumun itu di hadapan bangunan pejabat tempatnya bekerja. Sekujur tubuh terkaku longlai tidak bermaya menyembah bumi. Darah mengalir deras membasahi sebahagian laluan pejalan kaki. Riz amat kenal dengan pemilik tubuh itu. Pemilik tubuh itu adalah dia.

"KAU CUBA MELAWAN FITRAH MANUSIA! MANUSIA TAK BOLEH TERBANG! TAK AKAN!"

URBANWhere stories live. Discover now