Sebuah kereta Proton Exora berhenti perlahan tidak berapa jauh dari sebuah kereta Proton Wira yang tersadai di tepi jalan.
"Ini ke keretanya Ustaz'?"soal Haji Sabirin."Ye lah kut. Hah tu diorang."Ustaz Izhar menundingkan jarinya ke arah dua orang individu yang sedang bertungkus-lumus memperbaiki enjin Proton Wira itu.
"Eh jomlah turun."kata Haji Sabirin.
Mereka berdua keluar dari perut kereta. Angin bayu meniup kencang menghempas ke muka Ustaz Izhar. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena bakal berlaku.
-----
Kereta Proton Wira menderu perlahan memasuki kawasan Madrasah Al-Amin. Ustaz Marzuki menghela nafas lega. Akhirnya dia tiba juga di sekolah pondok yang terletak jauh di kawasan pedalaman. Malam semakin pekat. Hujan pula mula merintik sedikit demi sedikit.
"Macam tak ada orang je..."gumam rakannya, Adam.
"Memanglah...tengoklah jam. Dah pukul berapa sekarang ni, nak dekat pukul 1 pagi."balas Marzuki sambil mengerling ke arah jam tangan digitalnya.
Marzuki dan Adam keluar dari perut kereta pantas segera mengetuk pintu kayu yang catnya sudah mula luntur.
"Teruk sangat dah keadaan madrasah ni...tak ada ke mana-mana syarikat kosmetik nak taja..."
"Entahlah...tak glamour lah sponsor sekolah pondok..."balas Adam selamba.
Setelah memberi salam yang ketiga, barulah pintu dikuak perlahan. Seorang gadis bertudung labuh muncul di hadapan mereka berdua.
"Ni Ustaz Marzuki yang ganti Ustaz Sheikh tu ke?"soal gadis itu lembut.
"Iya...saya Ustaz Marzuki, yang ni saudara Adam."Marzuki memperkenalkan Adam kepada gadis itu.
Adam melemparkan senyuman manis kepada gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu malu.
"Saya Neesha. Sekejap ya, saya pergi panggil Bonda Hajah..."kata gadis itu.
Hajah Rosnaida merupakan pengetua di Madrasah Al-Amin. Selepas kematian suaminya, Haji Amin yang merupakan pengasas madrasah itu, dialah yang menggalas jawatan sebagai pengetua di madrasah itu. Kesemua warga madrasah tersebut akan memanggilnya Bonda Hajah kerana dia lebih selesa dengan panggilan itu.
Bonda Hajah ketika itu baru sahaja mahu memulakan qiamulailnya. Neesha berlari anak menuju ke biliknya.
"TUK! TUK!"
"Bonda...Ustaz Marzuki dah sampai..."
Pintu dikuak. "Suruh mereka tunggu sebentar ya. Bonda nak salin pakaian sebentar."
Neesha hanya menurut. Dia kembali semula mendapatkan Marzuki dan Adam.
"Ustaz...dan encik Adam..jemputlah masuk."pelawa Neesha.
Marzuki dan Adam melabuhkan punggungnya di atas sebuah sofa kayu yang beralaskan kusyen. Tiada berapa empuk namun selesa sahaja jika duduk di atasnya. Tidak berapa lama kemudian, Bonda Hajah menyambut kehadiran mereka.
"Assalamualaikum..."Bonda Hajah mengucap mesra.
"Waalaikumusalam."balas Marzuki dan Adam serentak.
"Ada dua rupanya ya."
Marzuki tergelak kecil. "Macam tu gamaknya. Saya pun tak rancang nak bawa Adam ni tapi disebabkan dia tengah cuti sem, eloklah kalau saya bawa dia ni."
"Adam ke namanya... Adam ni student ke?"
"Ha'ah. Saya student UIA."
"Bakal Ustaz ni Bonda Hajah. Itu yang saya bawa dia sekali nak bagi dia pengalaman."jelas Marzuki.
YOU ARE READING
URBAN
Short StorySebuah himpunan cerpen yang berlatarbelakangkan tema urban dan kontemporari.