REVOLUSI

368 11 0
                                    

"Keknis Everdin." Snow White merenung tajam sesusuk tubuh seorang gadis yang sedang lemah terbaring di katil hospital. Cermin kaca lutsinar memisahkan mereka. "Bagus sangat ke dia ni?"

"So far so good. Berdasarkan research yang saya lakukan, memang tidak dinafikan budak perempuan ni memang terbaik. Kita boleh gunakan dia untuk propaganda revolusi ini."maklum Platak, ketua orang kerdil merangkap mastermind revolusi ini.

Snow White angguk faham. "Saya tak kisah apa yang awak nak buat tapi tolong ya, jangan gagalkan misi ini. Saya nak kerajaan saya balik. Dan saya nak ratu gila tu mati di depan mata saya.

Snow White duduk bersandar di bilik pejabatnya. "Perempuan gila! Kau musnahkan hidup aku! Kau musnahkan keluarga aku! Dan sekarang kau harus bayar segalanya!" Snow White gelak mengilai. Dendam kesumat terhadap ibu tirinya tak akan pernah pudar. Misinya hanyalah satu; merampas semula kerajaannya.

----

Mata Keknis terbuka. Sedikit pedih akibat cahaya lampu neon yang terlalu terang. Dia memeriksa tubuhnya, penuh berselirat dengan wayar.

"Keknis dah sedaq!"teriak adiknya, Brimrose yang baru sahaja keluar dari tandas.

"Chek kat mana ni?"soal Keknis.

"Kita kat tempat selamat. Kak doksah la risau."

"Mak pi mana?"

"Mak pi market, beli timun."

Efifi bergegas masuk ke dalam bilik wad di mana Keknis ditempatkan setelah mendengar teriakkan Brim. Dia berjalan lenggang lenggok mengayakan rambut palsunya yang menyerupai pohon bonsai berwarna merah jambu.

"Keknis, hang dah sedaq kah." Efifi berjalan menghampiri Keknis.

"Hang ni siapa?"soal Keknis kehairanan.

"Alaa hang ni. Macam sinetron pulak dok hilang ingatan. Ni Efifi laa...hang punya dresseq dulu."

"Efifi? Awat hang pakai lagu ni? Dah serupa kedai aksesori. Seriau chek." Keknis terkejut beruk. Efifi yang dikenalinya dulu adalah seorang lelaki metroseksual yang digilai ramai. Tetapi sekarang, Efifi tidak ubah seperti seorang pondan gila yang menjadi ikon fesyen badut. "Dengan baju ropol ropol bagai. Apa kena hang ni? Buang tebiat ka apa."

"People change noo."

Keknis hanya menggeleng. "Change kepala tengkorak hang."

"Pita mana?"

Efifi dan Brim hanya diam membisu.

"Chek tanya, Pita mana?"

Suasana masih sunyi. Tiada jawapan.

"Hangpa semua ni pekak ka!?"teriakkan itu didengari oleh beberapa individu yang kebetulan sedang lalu dan bertugas di situ.

Pita Mellark, seorang pembuat roti pita termashyur di negara itu. Keknis dan Pita pernah bercinta namun setiap kali mahu ke arah yang lebih serius pasti akan ada halangan yang menimpa contohnya ni. Kejadian lori tong gas meletup yang memisahkan mereka.

----

"Baby...tolong picit badan I. I tired la yang." Ratu Rose Marimar berkeletah manja.

Pita hanya mendengus. Nak tak nak terpaksalah dia mengurut badan perempuan tua yang sudah rumah kata pergi kubur kata mari itu. Nak buat macam mana, kos sara hidup yang menghimpit memaksanya untuk menjadi anak ikan kepada Ratu."I datang."

"Alololo...baby ni, senyumlah sikit. I panas ni...you tak panas ke? Bukak baju you. Please."

Pita meluat namun terpaksa akur. Dia menanggalkan bajunya. Tubuhnya sedikit sasa dan terdapat beberapa petakan pada perut menaikkan nafsu Ratu.

"Nyum...nyum...dap!"kata Ratu kegersangan.

"TUK! TUK! TUK!"

Bunyi ketukan pada pintu menaikkan kemarahan Ratu. Baru sahaja dia mahu mula bersenggama. Pita tersenyum gembira. Dia bersyukur tak perlu memicit tubuh wanita tua berkedut dan gempal itu.

Ratu menyarung kot bulu pandanya. Pintu dibuka. "Beta kata tinggalkan beta sendirian, bukan?"

"Mmmaafkan patik Tuanku, tapi patik ada khabar penting."

"Apa lagi khabar penting? Hari Ahad pun nak kacau ke? Beta nak bersenggama pun susah. Cis!"

"Puak pemberontak dalam perjalanan ke empangan hidroelektrik kita. Mereka berkemungkinan besar membawa bom C4."maklum pegawainya.

"Tak boleh jadi ni! Kalau empangan kita meletup, maka tiada bekalan elektrik di negeri ini. Kerahkan tentera kita ke-"

Kata-kata Ratu sempat dipintas oleh keadaan sekeliling. Seluruh negeri itu gelap. Ratu teraba-raba mencari telefonnya. Sementara itu, Pita yang sudah sedia maklum dengan keadaan ini terus memakai cermin mata night visionnya. Dengan pantas dia menyelusup keluar dari istana.

----

"Kami ada tugas besar untuk awak Keknis."maklum Snow White.

"Huh?"Keknis termangu.

"Kami mahukan awak jadi BurungUnta kami."

"What the f?"

BurungUnta merupakan simbol pemberontakan di Tanah Qu Bur ini. Sesiapa yang memakai pin BurungUnta dianggap sebagai pemberontak yang mahu menentang ibu negeri Tanah Qu Bur iaitu negeri Kapital yang menjadi markas golongan kapitalis di Tanah Qu Bur ini. Mengapa BurungUnta dipilih menjadi tanda pemberontakkan ini tiada siapa yang tahu.

"Chek tak berani. Chek tak kuat."

"Keknis, tolong. Kami merayu. Demi rakyat Tanah Qu Bur ini."Platak cuba merayu.

"Maafkan chek. Chek tak berani nak ambik risiko. Chek tak nak mati muda! Chek nak kahwin!"

"Pita dalam genggaman Ratu."Snow White bersuara.

"Apa dia?"

"Pita telah diculik Ratu dan dipaksa menjadi hamba seks Ratu."bohong Snow White.

Mata-mata individu-individu lain di sekeliling membungkam tercengang dengan kata-kata Snow White kerana mereka tahu perkara yang sebenar. Namun mereka hanya mengiyakan kata-kata Snow White demi masa depan negara.

"What the f?! Perempuan tua dah nak mampuih pun perangai serupa dajal!"

"Jadi BurungUnta kami. Hapuskan Ratu dan awak dapat selamatkan Pita. Selamatkan Pita bermakna awak boleh kahwin."tambah Snow White lagi.

"Baiklah! Saya akan jadi BurungUnta!"tegas Keknis.

Snow White tersenyum. Begitu mudah dia brainwash Keknis.

Bersambung...



URBANWhere stories live. Discover now