SESAT

390 14 0
                                    

Reza menutup rapat novel indienya. Sudah satu novel berjaya dikhatamkan namun penerbangannya masih belum berakhir. Tingkap memang sudah ditutup. Diluar cuaca tidak berapa elok. Hujan lebat. Kilat sabung menyabung. Reza mengalami astraphobia. Dia takut dengan benda yang berbunyi kuat contohnya bunyi petir dan guruh.

"DUMMM!"

Kilat menyambar pesawat yang dinaikinya. Interior pesawat itu malap lalu gelap secara tiba-tiba lampunya terpadam. Namun hanya beberapa saat perkara itu berlaku. Keadaan kembali normal. Jantung Reza bagaikan mahu terhenti. Dia cuba bertenang mengambil nafas. Sebotol air mineral diteguk.

Dia memerhati sekeliling. Entah kenapa keadaan dan suasana berbeza. Penumpangnya tidak sama kedudukannya. Seperti dia telah di teleport kan ke pesawat lain. Pakaian mereka juga berlainan. Tidak kasual pakaian mereka semua mempunyai warna yang sama, putih.

Malas mahu berfikir panjang, Reza segera melelapkan matanya. Harap-harap apabila dia membuka matanya, dia telah sampai ke tanahair Malaysia. Sudah terlalu lama dia di Melbourne, Australia. Rindunya terhadap negara ibunda bukan kepalang. Matanya terkatup rapat.

-----

"Sir,sir."seorang pramugari menggoncang tubuh Reza perlahan.

"Huh?" Reza menggosok kedua-dua belah matanya.

"We're arrived to destination, sir."maklum pramugari itu sambil melemparkan satu senyuman manis.

"Oh..okey. Thanks."ucap Reza lantas bingkas bangun. Sungguh tidak sabar mahu melantak makanan Malaysia.

Reza turun bersama penumpang yang lain menuju ke kaunter imigresen. Dia memerhati sekeliling. Sungguh berbeza keadaan lapangan terbang itu semenjak tiga tahun dia tidak kembali ke negera itu.

"Sila berikan passport dan kad pengenalan."arah salah seorang pegawai yang bertugas di situ. Uniform pegawai disitu juga telah bertukar. Berwarna putih.

Pegawai itu merenung tajam ke arahnya. Tangannya terus menekan interkom. "Security."

Reza tersentak. Dia mula cemas pada masa yang sama tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah dia lakukan. Dua orang pengawal berpakaian serba putih menghampiri Reza.

"Maaf encik, sila ikut kami ke bilik siasatan."arah salah seorang pengawal keselamatan itu.

----

Hampir sepuluh minit Reza menunggu di dalam bilik siasatan itu. Dibalik cermin lutsinar, seorang lelaki bercermin mata baru tiba sedang berbual dengan pegawai yang menahannya di kaunter imigresen sebentar tadi. Beberapa minit kemudian, lelaki berkaca mata itu masuk ke dalam bilik siasatan tempatnya menunggu. Tangannya mengenggam passport milik Reza.

Lelaki itu duduk bertentangan dengan Reza. "Hi, saya Aliantra. Saya pegawai yang akan menyiasat encik."maklumnya lalu terus meneliti passport dan kad pengenalan serta tiket penerbangan Reza.

"Hmm...so nama encik, Muhammad Reza bin Saifudin. Nama yang unik. Urmm...dari Malaysia?"soalnya.

"Iya."

"Malaysia tu kat mana?"

Reza tersentak. "Bangang betul dia ni?! Abis yang kau tengah pijak ni kat mana? Mongolia?"getusnya dalam hati. "Err...Malaysia tu sinilah."

Aliantra bermuka pelik. "What? Sini Lavistrict. Ibu negara Kapital."

"Pebende tu?"soal Reza pelik. Walaupun dahulu dia sering tidur dalam kelas geografi, tetapi dia seratus peratus yakin bahawa tiada negara bernama Kapital."Wait. Jap. Ini prank ke apa?"

"Banyaklah kau punya prank. Macam mana kau boleh lepas naik pesawat tu?!"soal Aliantra mula bernada serius. Tiada lagi perbualan formal.

"Macam biasalah. Dekat Melbourne Airport. Beli tiket and masuk flight."

"Melbourne tu dekat mana?"

Reza menekup tapak tangannya ke muka. Kepalanya mula kusut. "If this is a prank. Please stop it now. Tak lawak k." Reza mendengus.

"This is not a prank! Reza, kau jangan main-main dengan aku. I ask you nicely tolong jawab dengan serius. Melbourne tu kat mana?"soal Aliantra bernada marah.

"Melbourne tu dekat Australia lah!" Reza sudah hilang sabar.

Aliantra menekan butang pada interkom. "Karesya, tolong bawa peta dunia segera."

Seorang wanita awal puluhan memasuki ke dalam bilik siasatan. Karesya segera meletakkan segulung peta dunia ke atas meja. Peta dunia itu dibentangkan.

"Okey. Ini Kapital atau 'Malaysia' seperti yang awak katakan tu. Jadi tadi awak kata awak terbang dari mana?"

"Melbourne, Australia."

"Okey cuba tunjukkan kat mana kedudukan negara tu."arah Aliantra.

Reza cuba mencari kedudukan negara Australia. Dia menjumpai bentuk peta negara itu namun nama yang tertera pada peta itu berlainan. "Ni....tapi kenapa kat sini nama dia lain?"soal Reza skeptikal.

"Itu negara Talia. Memang dari dulu nama negara tu cemtu. Tak pernah berubah. Tolong jangan buang masa saya ya. Tolong jujur sekarang. Macam mana awak boleh lepas semasa pemeriksaan sebelum memasuki pesawat tu? Ni ha tiket flight awak pun pelik. MAS Airline, saya tak pernah dengar pun nama syarikat penerbangan macam tu."

Reza hanya membisu seketika. "Tolong hentikan semua ni. This is not funny."

Aliantra tergamam. Dia pula yang mula kusut. Akhirnya dia mengalah. "Alright. I think our conversation ends here. Thank you for your cooperation. Malam ni meringkuk la kau dalam lokap!" Aliantra terus bangun keluar dari bilik itu. Pintu sengaja dihempas kuat.

Kini tinggal Karesya dan Reza di dalam bilik itu. "Apa kau buat dekat sini?!"soal Karesya bernada cemas.

"Huh?"

"Macam mana kau boleh masuk ke alam ni?"

"Alam?" Reza skeptikal.

"Yes. Kau dah ceroboh masuk ke dalam alam ni. Aku tau Malaysia tu wujud. Aku pernah ke sana dulu. Aku pernah ke alam sana dulu. Tapi kau? How the fuck you get in here?!"

"I have no clue! But masa dalam flight tadi, ada something weird happened."

"Like what?"

"Ada petir menyambar flight yang aku naik. Then dalam flight tu tetba gelap. Bila lampu semua on balik penumpang dah lain. Orang lain. Bukan orang yang sama masa aku naik flight kat Melbourne tu."

"Oh my god. Nampaknya petir tu dah teleport kau ke alam Dimensi 2."

"Dimensi 2?"

"Yes. Dimensi 2. Dalam dunia ni ada 7 Dimensi. Alam yang kau diami adalah alam dari Dimensi 1. Tak lama dulu ada satu perjanjian melibatkan ke tujuh-tujuh dimensi ni. Tiada siapa dibenarkan dari mana-mana dimensi dibenarkan untuk berkunjung ke dimensi lain."

"Tapi kau sendiri cakap yang kau pernah ke Malaysia dulu?"

"Yes. Masa tu perjanjian belum termaktub lagi. Kau kena pergi dari sini sekarang. Kalau pihak kerajaan tahu pasal ni, diorang takkan benarkan kau hidup. Trust me."

"Aku nak kena pergi mana?" Reza mula ketakutan.

Karesya terdiam. Dia sendiri tak tahu. Dari luar kedengaran siren polis dan deruan helikopter menghampiri. Karesya segera keluar menghampiri cermin gelas lutsinar yang memisahkannya dengan keadaan luar. Sebuah kereta limosin hitam, beberapa buah Humveer dan kereta polis dan sebuah helikopter yang dinaiki Perdana Menteri berhenti di perkarangan lapangan terbang itu. Menteri Pertahanan keluar dari perut limosin itu. Beberapa orang tentera bersenjata menghampiri pintu masuk pejabat mereka. Nyawa Reza semakin terancam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 27, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

URBANWhere stories live. Discover now