PANGGILAN

409 22 0
                                    

"Mie, aku pi toilet sat. Hang cover aku sat no. Tak tahan nak terkucil ni."kata Rish.

Amie mendengus. "Hmm... kau memang takda keje lain. Hmm... pergilah sana. Jangan lama sangat."

Rish terus bergerak pantas menuju ke tandas. Memang sudah tidak tahan.

Tinggallah Amie sendirian di dalam konti radio itu. Minggu ni memang giliran dia dan Rish untuk bertugas dari 10 malam hingga 10 pagi. Bangunan stesen radio Ara Fm itu kosong. Hanya ada dia dan Rish sahaja di dalam. Pengawal keselamatan yang lain semua di luar. Tapi tidak ada guna pun pengawal-pengawal keselamatan itu. Semuanya membuta makan gaji buta.

Dia memandang sekilas akhbar di tepi mejanya. Terpapar berita tentang pembunuh bersiri yang masih belum ditangkap terpampang di muka hadapan akhbar berat sebelah itu. Meremang bulu roma. Tambahan lagi, malam ini akan dibincangkan topik mengenai pembunuh bersiri itu. Walaupun pihak polis tidak menggalakkan topik itu dibincangkan atas dasar tertentu, majikannya Zilda tetap mahu topik itu dibahaskan di dalam slot Malam Seram Ara yang akan ke udara beberapa minit sahaja lagi.

"Aduh...manalah mamat ni. Ni mesti dah kencing sambung berak. Siut tul lah."omel Amie sendirian.

[Rosma Mansuh]: Admin...ble nk start Mlm srm Ara.. akk smpai dh siap buat rambut. Lama akk tnggu.

[Ahmad Emas Lan]: adooii...mne malam seram ara ni. berjendul dahi gua menunggu.

[Ayah Berani Kulup]: setengah jam ayah tnggu. bila nak start. jngan smpai ayah report.

[Najeeb Razach Efron]: mau jadi buaya lah hantu lah. aku taknak dengar lagu lagii. kate nak discuss psal pembunuh bersiri tu.... aduhh ni yg buat aku nk mencuri lgi ni...

Amie memicit-micit kepalanya. Halaman Facebook rasmi Ara Fm dibanjiri komen pendengar-pendengar yang hampa akibat slot Malam Seram Ara tidak diudarakan. Mereka semua teruja dengan topik yang akan dibincangkan pada malam ini. Stesen radio ini sahaja yang berani membahaskan isu ini. Stesen radio lain hanya gigit jari. Telefon pintarnya berdering. Dia mendengus. Nampaknya bukan dia seorang sahaja yang sedang memjenguk halaman Facebook itu. Majikannya yang bossy turut meneliti setiap komen.

"Hello...boss"

"Kenapa tak on-air lagi? Those listeners dah marah dah!"

"Boss.. I teng-"

"You jangan macam-macam Amie. Walau ape pun jadik on-air sekarang. Now!" Panggilan dimatikan Zilda. Amie menyeranah.

Dia terus ke udara. Persetankan kawannya yang mungkin sedang terkena buasir di dalam tandas. Selepas membuat pengumuman tentang slot berkenaan, berdesup-desup panggilan masuk.

"Baiklah, panggilan pertama untuk malam ini. Siapa nama?"

"Ah? Nama ah? Nama wa Jie Es Tee.."

"Hah Jie Es Tee... dari mana ya?"

"Dari itu Balakong.."

"Baiklah, apa pendapat uncle tentang pembunuh bersiri yang kini masih berleluasa di luar sana?"

"Ayoo... itu wolang ah, manya suwey woo. Ikut suka hati itu dia punya bapak mau kasi bunuh sama olang. Ingat ini negala tada undang-undang ka? Siaw ah wei"

"Setuju dengan uncle. Uncle ada pernah terserempak dengan pembunuh ni atau pernah nampak mayat yang dibunuh pembunuh ni secara live?"

"Tak pernah."

"Itu saja ke uncle?"

"Ya."

Panggilan dimatikan. Buang masa sahaja menjawab panggilan pertama tadi.

"Panggilan disambungkan ke pemanggil seterusnya. Baiklah, boleh saya tahu siapa di sana?"

"Ah ye. Najeeb Razach Efron. Panggil Jeeb je."

"Baiklah, Jeeb dari mana?"

"Presint 9, Putrajaya."

"Saya ada terbaca komen awak di Facebook, awak kata nak mencuri. Nak curi apa ye?"soal Amie sengaja mahu mengoyangkan pendengarnya.

"Curi hati kekasih hati saya, dia ada komen sekali."

"Rosma Mansuh tu ke?"

"Hihi..."

"Baiklah, tanpa membuang masa ceritakan serba sedikit tentang pembunuh bersiri yang berjaya menggegarkan negara baru-baru ini."

"Ini teori saya jerlah. Mohon diambil sebagai info ringan."

"Ye..ye."

"Kalau kita lihat mangsa-mangsa yang dibunuh dengan kejam, semuanya adalah individu yang pernah mengkritik pemnumuh tersebut."

"Tapi bagaimana pulak dengan mangsa yang pertama?"

"Mangsa pertama adalah seorang wanita dan mungkin itu adalah kekasihnya. Mungkin ada sebab tertentu dia buat macamtu. Pada pandangan saya, dia tidak berniat untuk membunuh mangsa yang seterusnya namun memandangkan mangsa-mangsa tersebut mengkritik hebat si pembunuh, itu membuat pembunuh rasa tercabar."

Amie mengangguk faham. Masuk akal apa yang diperkatakan oleh salah seorang pendengarnya. "Itu sahaja ke Encik Jeeb?"

"Nampaknya itu sahaja, saya tak berani yang ulas lebih mengenainya."

"Baiklah, terima kasih Encik Jeeb." Talian diputuskan. "Masuk akal juga apa yang diperkatakan Encik Jeeb. Jadi kita ni hidup jangan terlalu lancang berkata-kata. Okey..oh nampaknya ada panggilan lagi."

"Hello."

"Hello, ni s-"

"Tolong cik! Tolong... Saya tak tau nak buat apa. Saya namp-"

"Kenapa ni encik?"

"Saya nampak pembunuh bersiri tu. Saya nampak dia tengah bunuh orang dekat tandas. Tolong! Saya takut sangat."

Amie terkejut. Panggilan ini akan menaikkan reputasi steseb radionya. Dia kena korek lebih dalam. "Encik, encik bertenang. Pergi jauh dari situ. Jangan bagi pembunuh tu nampak cik."

"Dia korek usus orang yang dia bunuh tu. Dia siat-siat kulitnya. Matanya dicungkil. Tolong, dia dah nak dekat. Tolong!"

"Ikut apa yang saya cakap! Pergi jauh cari bantuan. Jangan bagi dia nampak cik. Cik dekat mana sekarang."

"Tak boleh cik setiap kali tengok nampak cermin saya nampak pembunuh tu......saya dekat belakang cik."

Amie tersentak. Terpaku, tergamam. Perasaan bercampur baur. Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangannya ke belakang. Seorang lelaki tersenyum dibelakangnya. Matanya membungkam. Percikan darah memenuhi mukanya.

"AAAAAAAAAAA!" Amie menjerit ketakutan. Jeritan di dengar seluruh pendengar di Malaysia. Tikaman demi tikaman. Darah memancut-mancut keluar. Suara Amie lemah longlai merayu bantuan diperdengar oleh pendengar radio yang sedang melayani Ara Fm namun tiada seorang pun yang dapat membantu. Hanya dapat mendengar penderitaan dalam ketakutan.

URBANWhere stories live. Discover now