"Sunny, palli... Nanti oppa tinggal karang." Panggil seorang namja yang bernama Sehun.
"Okay, Sunny turun ni." Sunny pun turun dari tangga dengan berhati-hati.
"Kenapa lam........ Cantiknya saeng oppa ni." Puji Sehun yang melihat Sunny berpakaian dress putih.
"Mianhae lambat, cantik ke?. Sunny nak cari dress yang sesuai. Dress ini sesuai ke dengan majlis tu?" Tanya Sunny yang berpakaian dress berwarna putih.
"Sesuai sangat. Dah jom."
"Oppa, mana Kris oppa dengan Kai oppa?" Tanya Sunny.
"Dia orang ada dekat luar." Kata Sehun.
Sunny dan Sehun pun keluar dari rumah yang mereka berempat tinggal.
"Kenapa la.... Wow.. Ini mimpi ke apa? Kris tampar aku." Kai yang memandang Sunny macam tak percaya dan menyuruh Kris menampar nya.
Pang.... Satu tamparan ke muka Kai membuat muka Kai merah. "Aduhhh.... Sakitlah.. Ini bukan mimpi. Kenapa tampar kuat sangat." Kai mengadu sakit akibat ditampar oleh Kris. "Kau yang suruh aku tampar kau, aku buatlah." Kata Kris.
"Sakit ke oppa?" Tanya Sunny dan mendekati Kai. "Sakit sikit. Tapi Sunny cantik betullah malam ni." Puji Kai kepada Sunny.
"Cantik macam cinderella." Puji Kris pula kepada Sunny. "Taklah sampai macam cinderella la. Oppa-oppa Sunny ni pun handsome." Puji Sunny kepada Kai, Kris dan Sehun.
"Handsome ke? terima kasih, Sunny." Ucap Kris kepada Sunny. "Akulah yang handsome la." Kata Kai yang tak puas hati.
"Akulah.."
"Aku."
"Aku."
"Aku."
Mulalah pergaduhan mulut diantara Kris dan Kai. Sunny dan Sehun hanya boleh menggelengkan kepala.
"Sudahlah... Kris oppa, Kai oppa. Semua oppa Sunny ni, handsome. Dah jangan nak bergaduh lagi, nanti dah tak handsome dah." Kata Sunny membuatkan Kris dan Kai berhenti bergaduh.
"Oppa ni tak handsome ke?" Soal Sehun kepada Sunny. "Sehun oppa pun handsome. Semua oppa Sunny ni handsome, bergaya dan baik." Sunny tersenyum manis didepan Sehun, Kris dan Kai.
"Dah jom."
°°°°°°°°°°°°««««Di majlis itu»»»»°°°°°°°°°°°°
Setelah setengah jam berada didalam kereta akhirnya sampai juga ke majlis tersebut. Tengok seperti ramai orang disitu.
"Oppa, ini ke majlis tu?" Kris pun mengangguk. "Ramainya orang. Oppa, Sunny takutlah." Kata Sunny kepada Kris, Kai dan Sehun.
"Kenapa takut? kan oppa ada." Balas Sehun yang berada ditempat duduk belakang bersama Kai. "Bukan Sunny takut. Cuma Sunny tak selesa je." Kata Sunny sambil melihat ramai orang keluar masuk ke majlis itu. "Takpe, oppa ada disebelah Sunny okey." Kata Sehun.
"Okey, oppa janji jangan tinggalkan Sunny? kalau oppa tinggalkan Sunny... Sunny tak bercakap dengan oppa selama sebulan." Sunny memandang Sehun. "Baik, oppa janji." Kata Sehun. "Dah jom keluar." Ajak Kris dan keluar dari kereta.
Setelah mereka keluar dari kereta mereka berjalan ke majlis yang ramai orang. Kris, Kai dan Sehun hanya menahan untuk tidak bertindak mengigit orang yang mereka selalu mencari mangsa seperti waktu sebegini.
"Selamat datang. Silakan masuk." Kata pelayan yang berada didepan pintu masuk.
Sebenarnya majlis itu adalah majlis birthday anak vampire yang ke lima. Dan Kris, Sehun dan Kai dah berbincang sebelum pergi ke sini.
..........................(Flashback)··························
Semasa Sunny berada di dapur mereka bercakap sesuatu.
"Sehun, nanti bila dah sampai kat majlis tu kau bawa Sunny jalan-jalan kat sekitar situ. Ingat ni. Aku harapkan kau je, Sehun." Kata Kris. "Okey." Balas Sehun.
Dalam masa itu Sunny sedang berjalan ke arah ruang tamu sambil membawa tiga cawan kopi. Dan dalam masa itu juga Sunny terdengar perbualan mereka.
'Kenapa pula? ini mesti ada apa-apa ni.' Kata Sunny dalam hati.
Dan Sunny pun berjalan ke ruang tamu dengan muka yang ceria. Buat macam tak tahu apa yang mereka bertiga cakap tadi.
°°°°°°°°°°°°°°°(End Flashback)......................
"Saeng, jom pergi sana?" Ajak Sehun kepada Sunny. "Okay. Tapi Kris oppa dengan Kai oppa macam mana?" Tanya Sunny. "Takpe. Kitapun bukan pergi jauh sangat. Jom." Sehun pun menarik lembut tangan Sunny. Sunny pun berjalan mengikut Sehun dari belakang sampai Sehun tak melepaskan pegangan tangannya dari Sunny.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°[SKIP]·······························
"Comel betullah budak tadi tu." Kata Sunny sambil berjalan ke arah kereta bersama dengan Kris, Kai dan Sehun. "Sape? anak kawan oppa tu ke?" Tanya Kris kepada Sunny. "Hmm.. Betul. Sape nama dia, Oppa?" Sunny berhenti berjalan dan memandang Kris. Kai dengan Sehun pun berhenti berjalan dan memandang ke Kris. Kris pun memandang Kai dan Sehun.
"Namanya Laira." Kata Kris. "Oo... Sedap nama tu. Macam nama abeoji dan eomma dia, kan?" Balas Sunny dan berjalan ke arah kereta. Kris, Kai dan Sehun pun berjalan ke arah kereta.
"Kai oppa, Boleh tak Sunny nak duduk belakang dengan Sehun oppa?" Pinta Sunny. "Boleh, Duduklah. Oppa duduk depan ya...." Kata Kai. "Hmm.. Okay." Sunny pun masuk ke dalam kereta tempat duduk belakang.
Dalam perjalan balik. Dalam kereta sunyi tak ada suara. Kai yang berada ditempat duduk depan pun menoleh ke belakang untuk melihat Sunny. Sehun yang terpandang Kai menoleh ke belakang terus menegur. "Oi.. Kai, Kau kenapa?" Kai yang mendengar terus berkata... "Aku nak tengok Sunny. Itu dah tertidur.." Kata Kai dan menoleh ke depan semula. Sehun pun memandang Sunny. Dengan dia tak sedar, dia terpandang leher Sunny.
"Sehun, Kau nak buat apa tu? Tahan je." Tegur Kris yang sedang memandu sesekali Kris ada menoleh ke belakang untuk melihat Sunny. "Okay, Aku tahan." Kata Sehun dan memandang ke luar tingkap.
Secara tak sengaja Sunny yang tertidur itu terjatuh ke peha Sehun dan membuat Sehun terkejut. "Kesian saeng oppa ni." Kata Sehun perlahan tapi dapat didengari oleh Kris dan Kai yang berada dihadapan.
Sehun pun menanggalkan sut nya dan menutup badan Sunny. Kelihatan Sehun gembira melihat Sunny tidur. Muka yang comel dan manis itu membuatkan Sehun tersenyum setiap hari.
To Be Continued........
Assalamualaikum..
Macam mana okay tak? Best tak? Boring ke? Pendekkan? Sorry kalau tak best dan membosankan...
Okay kalau korang tak faham korang boleh comment saya.. Dan saya akan cuba update lagi nanti, k?..
Assalamualaikum..
YOU ARE READING
My Brother Is A Vampire??!!... [KaiKrisSehun Fanfiction]
VampireSunny adalah adik kepada tiga orang namja yang digelar vampire. Tapi Sunny tidak tahu yang tiga orang namja yang dia dah menyayangi seperti abang sendiri itu adalah vampire. Tapi rahsia tiga orang namja itu telah terbongkar dan membuatkan Sunny yang...