Part 7

97 5 3
                                    

Hampir dua bulan Sehun pergi meninggalkan Sunny dan Sunny juga risaukan dengan keadaan Sehun.

Dalam dua bulan itu juga Kris dan Kai selalu bergaduh akibat Kai selalu meninggikan suara pada Sunny. Sunny selalu menangis dan kadang-kadang dia tak nak keluar bilik. Sunny hanya terperap di dalam bilik.
Kris selalu memujuk Sunny bila dia menangis. Kai yang selalu memarahi Sunny berasa bersalah. Entah mengapa dia selalu memarahi Sunny tanpa sebab. Sunny tidak berbuat salah pun kena marah dengan Kai.

Lovina selalu memerhatikan Sunny. Dia vampire, dia boleh menggunakan kuasa sihir pada Kris dan juga Kai. Dia sebenarnya mahu menjauhkan Kris dari Sunny.

Sehun selalu datang ke rumah untuk melihat keadaan Sunny. Sehun juga berasa geram pada Kai. Walaupun dia sudah meninggalkan rumah itu tapi hati dia risaukan dengan keadaan Sunny.

"Sunny, oppa pergi kerja dulu ya? Sarapan ada kat dapur. Nanti saeng makan ya?.." Ujar Kris dari luar bilik Sunny. Tidak ada respon dari Sunny.

Pintu bilik Sunny berkunci. Kris hanya mengeluh. Kris pun pergi ke tempat kerjanya. Kai sudah keluar lebih awal dan tidak bersarapan.

Sunny yang berada di dalam bilik hanya berpeluk bantal. Setelah terdengar bunyi kereta milik Kris pergi, Sunny keluar dari bilik.

Sunny pergi ke dapur untuk makan. Setelah habis makan, seperti biasa dia akan mengemas rumah. Sunny tidak lupa juga untuk mengemas bilik Kris, Kai dan Sehun.

Walaupun Sehun sudah meninggalkan rumah itu, Sunny tetap mengemas bilik Sehun. Sunny tak nak bilik Sehun berhabuk.

Setelah habis mengemas rumah, Sunny duduk di ruang tamu dan membaca buku-buku milik Sehun. Dia tidak bosan walaupun dia sudah membaca buku-buku itu berulang-ulang kali. Dia berasa rindu pada Sehun.

"Oppa... Oppa kat mana.. Sunny rindu oppa.."

Sunny mengalihkan pandangannya keluar tingkap untuk seketika dan dia ternampak Sehun sedang berdiri ditepi pagar.

"Sehun oppa!..." Sunny terus bangun dan keluar dari rumah.

Bila dia berada diluar rumah, Sehun tidak ada. Sunny melihat sekeliling tapi tetap tidak ada. Sunny mengeluh.

"Oppa..."

Tiba-tiba sebuah motor berhenti di depan rumah. Sunny memandang orang itu. Rupanya postman.

Postman itu turun dari motornya dan berjalan ke Sunny dengan sebuah kotak.

"Ini rumah cik Sunny ke?" Tanya postman itu. Sunny mengangguk.

"Nae. Saya Sunny." Jawab Sunny.

Postman itu memberikan kotak yang dia pegang tadi kepada Sunny.

"Sila tanda tangan disini."

Setelah postman itu pergi, Sunny masuk ke dalam rumah dengan kotak tadi. Sunny hairan dengan kotak itu.

"Apa dalamnya ya.." Sunny duduk di sofa dan membuka kotak tersebut.

Di dalam kotak tersebut ada beberapa gambar, surat dan ada tiga helai baju. Sunny pelik. Sunny mengeluarkan pakaian tersebut dari kotak dan letak di atas meja. Sunny mengambil surat dan membaca.

Surat itu tertulis...

"Hai Sunny.. Aku cuma nak bagi tahu kau yang kau duduk serumah dengan vampire. Mungkin kau tak nampak yang tiga orang yang kau sayang tu adalah vampire.. Dan nama kau bukan Sunny. Sunny, nama tu diberi oleh Kris. Aku cuma nak kau berhati-hati je.. Takut-takut vampire yang duduk serumah dengan kau tu gigit kau macam orang-orang lain. Ya aku tahu mungkin kau tak percaya.. Kau rasa vampire tu ada dalam drama dan movie je.. Tapi hakikatnya vampire itu memang ada. Kalau kau tak percaya kau tengok gambar-gambar yang aku hantar tu."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Brother Is A Vampire??!!... [KaiKrisSehun Fanfiction] Where stories live. Discover now