"Oppa... Oppa, Bangunlah dah pagi ni." Kejut Sunny. Sehun yang berada disebelah Sunny hanya berpura-pura tidur. "Oppa bangunlah... Dah pagi ni, Nanti terlambat pergi kerja." Kejut Sunny lagi kepada Sehun.
Satu ketukan dipintu bilik Sunny. "Sunny, Dah bangun ke?" Tanya Kai yang berada diluar bilik. "Dah oppa. Masuklah." Sunny pun cuba lagi untuk kejutkan Sehun. "Oppa, Bangunlah.." Kai yang baru masuk terus berjalan ke arah katil.
"Kenapa ni, Sunny?" Tanya Kai. "Ini tengoklah, Sehun oppa ni." Kai yang menengok Sehun yang tidur tahu yang Sehun hanya berpura-pura tidur. "Dah, Sunny pergi mandi. Biar oppa kejutkan dia, Ya." Kata Kai kepada Sunny.
"Baiklah." Sunny pun turun dari katil dan terus mengambil tuala. "Kejutkan Sehun oppa tau." Kata Sunny. "Okey." Sunny pun masuk ke bilik air.
"Sehun, Bangunlah dah pagi ni." Kejut Kai. "Sunny dah masuk bilik air?" Soal Sehun yang mata masih tertutup. "Dah, Bangunlah." Sehun pun bangun dan memandang Kai.
"Kau ni dah kenapa? Sejak bila kau boleh tidur ni?" Soal Kai dengan nada yang memperli. "Sejak Sunny jadi dongsaeng kitalah." Sehun pun bangun dan berjalan keluar dari bilik Sunny. "Kau nak pergi mana tu, Sehun?" Tanya Kai. "Aku nak masuk bilik akulah. Nak mandi." Sehun pun terus hilang dari pandangan Kai.
"Hmm... Macam-macam betullah, Sehun ni." Kai pun keluar dari bilik Sunny dan berlalu pergi ke dapur.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°(Di dapur)°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Di dapur Kris tengah menghidangkan makan diatas meja makan. Semua makan manusia. Sejak Sunny hadir dalam hidup mereka ni, Mereka bukan seperti dulu lagi. Mereka kena hidup seperti manusia didepan mata Sunny. Sejak Sunny hadir dalam hidup mereka ni semua berubah. Seperti Kris yang selalu dingin, sekarang berubah menjadi lebih kurang dingin. Kai yang dulunya tak nak dengar cakap sekarang semua berubah, Kai menjadi lebih baik dan dengar cakap. Sehun yang dulu selalu balik rumah pada lewat malam sekarang berubah, Sehun selalu berada dirumah dan seperti hidup disayangi oleh Sunny.
"Sunny dah bangun?" Tanya Kris yang ternampak Kai yang baru duduk dimeja makan. "Dah." Jawab Kai. "Kau ni dah kenapa, Kai?" Soal Kris yang pelik dengan Kai. "Takde apa." Kai pun mencapai segelas air yang berada diatas meja. "Hmm... Macam-macam betullah kau ni, Kai.".
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Setelah Sunny habis mandi, Dia terus keluar dari biliknya. Dan berlalu pergi ke dapur.
"Oppa, Nanti oppa nak pergi kerja, Kan?" Tanya Sunny yang melihat Kris dan Kai yang berada dimeja makan. "Hmm... Boleh ke duduk rumah sorang-sorang?" Soal Kai. "Boleh.." Jawab Sunny.
"Sehun oppa, Mana?.." Sunny yang melihat Sehun yang tak ada terus bertanya. "Ada, Dalam bilik dia. Nanti dia keluarlah tu." Kata Kai. "Oo.."
"Ada orang sebut nama oppa ke tadi?" Tanya Sehun yang terdengar Sunny sebut-sebut namanya. "Takde orang sebut nama kau la, Sehun.." Kata Kai.
"Dahlah oppa, Janganlah bergaduh." Ujar Sunny. "Betul cakap saeng tu. Korang kalau tak bergaduh sehari tak bolehkan." Kata Kris.
Kai dan Sehun hanya mendiamkan diri, Kalau melawan ada pula yang kena ketuk nanti dengan Sunny. Dan Sehun pun duduk dimeja makan.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Setelah mereka habis makan. Sehun, Kris dan Kai harus pergi ke tempat kerja mereka.
"Betul, Sunny boleh duduk rumah sorang-sorang?" Tanya Sehun. Dia risau akan Sunny yang duduk rumah keseorangan tanpa ada teman dirumah.
"Oppa, Oppa tak yah risau. Nanti kawan Sunny datang teman kan, Sunny.." Kata Sunny untuk tenangkan Sehun.
"Kawan?.. Namja ke?, Yeoja?" Soal Kris. "Kawan yeoja la, Oppa.." Jawab Sunny.
"Anyeonghaseyeo... Sunny.. Kita orang dah datang ni..".
"Ah.. Tu kawan Sunny dah sampai." Sunny pun berjalan laju ke pagar rumah. Sunny pun membuka pagar rumah dan kelihatan kawan Sunny iaitu Minah dan Shinhye. Dan Sunny terpandang dua orang namja yang tidak dikenali.
"Korang, Itu siapa?" Tanya Sunny pada Shinhye dan Minah. "Itu.... Namja chingu kita orang lah." Shinhye tersenyum manis pada namja chingu dia. Dan Minah terpandang Kris, Kai dan Sehun hanya memandang macam nak memakan orang je.
"Sunny, Oppa kau tak pergi kerja lagi ke?" Tanya Minah. "Nanti kut.." Sunny memandang Kris, Kai dan Sehun. Dan mereka bertiga tersenyum bila Sunny memandang mereka.
"Sunny, Ini Zhang Yixing kau panggil jer Lay oppa." Namja chingu Shinhye hanya tersenyum je.
"Yang ini Kim Jongdae kau panggil Chen oppa. Tapi jangan nak berlebih pula." Kata Minah.
"Okey." Balas Sunny pantas.
"Saeng, Siapa tu?" Tanya Sehun. "Ini kawan saeng ni datang." Kata Sunny.
Sehun pun memandang Kai dan Kris. Dia rasa aura yang sama dengan mereka, Tapi bersama dengan kawan Sunny. Mereka pun berjalan ke arah Sunny dan kelihatan dua orang namja.
"Lay, Chen?.. Korang buat apa kat sini?" Tanya Kris pada Namja chingu Shinhye dan Minah.
Sunny, Shinhye dan Minah pelik dan berpandangan sesama sendiri.
"Eh?!!.. Kris, Kai lama kita tak jumpa." Kata Lay. "Sehun, Aku tengok kau macam tak cukup makan je ni?" Kata Chen kepada Sehun yang baru kelihatan.
"Sekejap... Oppa, Oppa kenal mereka berdua?" Soal Sunny kepada Kris, Kai dan Sehun. "Sape yang tak kenal.. Inikan kawan oppa." Kata Kai sambil memegang bahu Sunny.
"Oppa, Oppa pun kenal oppa Sunny ni?" Sekarang Shinhye menyoal Lay. "Mana tak kenal nya, Ni kawan serumah oppa dulu." Jawab Lay sambil tersenyum pada Shinhye.
"Korang kerja apa sekarang?" Tanya Kris. "Aku sekarang ada restoran. Chen ni pula baru je buka kedai buku kat sebelah restoran aku." Ujar Lay.
"Oo... Senanglah nanti." Kata Sunny. "Apa yang senang nanti, Sunny?" Tanya Minah.
"Yalah, Nanti senanglah Sehun oppa beli buku." Jelas Sunny. "Oo.."
"Okaylah, Oppa pergi dulu ya." Kata Lay untuk meminta diri. "Nak pergi mana?" Soal Shinhye. "Nak pergi restoran la, Honey." Tetiba jer muka Shinhye menjadi merah. "Okaylah.." Kata Shinhye. "Oppa pergi dulunya." Balas Lay dan dengan pantas Lay mencium dahi Shinhye.
Setelah mencium dahi Shinhye, Lay terus berlari ke keretanya. Shinhye terkejut atas perbuatan Lay itu. Mukanya menjadi lebih merah akibat malu.
"Oppa pun nak pergi ni." Ujar Chen. "Okaylah, Hati-hati tau." Kata Minah kepada Chen. "Okey, Bye.." Chen pun berlalu pergi ke kereta Lay.
"Oh!!... Oppa pun kena pergi kerja ni." Kata Kris yang baru teringat dia patut pergi kerja sekarang ni.
"Kris, Cepatlah nanti aku lambat la..." Panggil Kai yang sudah berada di kereta Kris. "Yalah.." Kris pun pergi ke keretanya dan masuk ke dalam kereta.
"Oppa pergi dulu ya." Kata Sehun kepada Sunny. "Okay." Balas Sunny.
Sehun pun berlalu pergi ke kereta Kris dan masuk ke dalam kereta.
Setelah kereta Kris hilang dari pandangan Sunny. Mereka bertiga terus masuk kedalam rumah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
To Be Continued......
Macam mana? Best tak? Boring ke? Sorry kalau lambat sambung.. Idea sekejap ada sekejap takde.. Sorry..
Gambar yang kat atas tu.. Cerita pertama saya. Kalau sudi bacalah.
Okaylah kalau korang tak faham, korang boleh comment. Okaylah, Bye........
![](https://img.wattpad.com/cover/51888548-288-k16878.jpg)
YOU ARE READING
My Brother Is A Vampire??!!... [KaiKrisSehun Fanfiction]
VampirgeschichtenSunny adalah adik kepada tiga orang namja yang digelar vampire. Tapi Sunny tidak tahu yang tiga orang namja yang dia dah menyayangi seperti abang sendiri itu adalah vampire. Tapi rahsia tiga orang namja itu telah terbongkar dan membuatkan Sunny yang...