Bab 10

2.3K 64 15
                                    

TARIKH yang ditetapkan sudah tiba.

Hari untuk mengambil keputusan ujian yang telah mereka jalankan.

Mula-mula sekali Thia yang sampai dulu. Barulah Adil. Mereka selang satu jam saja.

Thia bercakap terlebih dahulu dengan jururawat di kaunter mengenai keputusan ujian yang dia lakukan tempoh hari.

Jururawat tersebut hulurkan keputusan X-ray dan lain-lain keputusan kepada Thia.

"Cik diarahkan jumpa pakar," beritahu jururawat kepada Thia.

"Jumpa pakar?" soal Thia, sedikit hairan.

Kenapa sampai perlu jumpa pakar? Tak boleh beri jawapan sekarang ke?

"Keputusan semua dah keluar. Doktor yang arahkan cik jumpa pakar. Cik pergi tingkat tiga bawa ni. Jumpa pakar sekarang juga," kata jururawat sambil tulis sesuatu di atas laporan Thia.

Thia tambah gusar. Apa yang tak kena ni?

Janganlah ada apa-apa masalah. Dia sakit kepala saja. Sakit lain tak pernah. Kenapa harus jumpa pakar bagai?

"Terima kasih."

Thia malas nak bertanya lebih lanjut. Kalau tanya lebih-lebih karang, buat dia bertekak dengan jururawat saja. Baik cepat-cepat dia beredar.

Thia berjalan ke lif selepas itu.

Sebenarnya dia memang tak tentu arah ketika itu. Menipulah kalau dia tidak rasa sesuatu. Mesti ada sesuatu yang tak kena kalau sudah disuruh rujuk kepada pakar.

Kalau setakat biasa-biasa saja, takkan sampai ke pakar. Bodoh-bodoh Thia pun pasti dapat membaca maksud yang tersirat.

Thia duduk di hadapan doktor pakar bersama debar yang masih tidak surut-surut.

Makin kecut dia jadinya. Inilah kali pertama dia bertemu dengan doktor pakar.

"Apa khabar cik hari ni?" soal doktor dengan ramah bersama senyuman.

Namun senyuman doktor itu bukanlah penawar bagi segala gelora.

Thia tahu, semua tu sekadar penyedap perasaannya saja.

Dia bukannya budak-budak lagi sehingga tidak dapat menangkap maksud yang tersirat.

"Sihat."

Sepatah Thia jawab menandakan yang dia sebenarnya tidak mahu berlengah lagi.

Thia mahukan keputusan segera. Makin berlengah, makin dia rasa tidak sabar.

"Macam mana sakit kepala?"

"Sekarang ni semakin kerap sakit kepala. Rasa loya." Thia berterus terang tentang penyakitnya.

Itu yang dia rasa sejak kebelakangan ini.

Doktor angguk beberapa kali. Kemudian dia perhatikan wajah Thia. Reaksi seperti keberatan untuk bercakap.

"Cik Fathia, saya mahu Cik Fathia dengar baik-baik apa yang saya nak cakap ni dan saya harap Cik Fathia boleh terima dengan tabah."

Thia bertenang. Namun gelora di dalam dadanya hanya Tuhan yang tahu.

Dia memang syak ada sesuatu yang tidak kena. Mendengar nada suara doktor juga, Thia semakin yakin.

"Saya sudah bersedia, doktor," balas Thia dengan wajah yang tenang.

"Cik Fathia..."

Doktor sebut nama Fathia. Kemudian dia diam. Seperti sedang menanti satu kekuatan untuk bercakap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 21, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tercipta UntukkuWhere stories live. Discover now