Part 1

735 32 1
                                    

" Hm sayang , abang rasa kita kena bawa juga min jumpa pakar tradisional . Min kena sekolah . Kalau Min tak bercakap , macammana Min nak sekolah ? " pujuk Zhariff kepada Julia sementara Julia menyenduk nasi ke dalam pinggan Zhariff .

" Saya bukan taknak bawa dia bang . Tapi abang tahu kan saya tak percaya benda benda tu " balas Julia .

" Tapi sampai bila ? Takkan nak biar Min terperuk macam tu ? Nak dia jadi macam hantu ?! " Marah Zhariff

" Yang abang nak marah marah kenapa ? Kita dah usaha . Abang sendiri dengar doktor kata anak kita sihat . Jasmin tu okay bang . Kita kena banyak bercakap dengan dia . Tu je " lenting Julia pula .

" Usaha awak cakap ? Itu usaha . Ju , Min tu bukan anak awak sorang . Sekarang ni Min tu anak saya juga dan saya ayah dia ! Saya berhak usahakan yang terbaik untuk anak saya ! "

" Ikut abang lah ! Kalau abang nak bawak sangat , abang baw..... !!! "

" Panggggg !!!! "

Belum sempat Julia membalas pedas ayat Zhariff , bunyi kaca pecah kuat bergumang di dalam rumah . Kedua mereka berpandangan . Segera mereka berlari ke anak tangga kerana risau apa apa berlaku kepada Jasmin , ratu hati mereka .

CERMIN MILIK MINWhere stories live. Discover now