Disebabkan insiden itu , Jasmin dijaga oleh neneknya , Anizah .
Waktu ni , semua percaya yang Jasmin boleh berkata kata . Yalah , pastikan kematian ngeri ibu dan ayahnya mejadi kes polis dan Jasmin lah lubuk polis mencari maklumat . Namun siapa percaya budak kecil yang comel ini pembunuh ibu dan ayahnya sendiri ? Jadi sementara polis masih mencari bukti tentang pembunuhan itu , Jasmin tidak dibenarkan menjadi asuhan orang lain kerana pihak polis mendakwa mereka risau sekiranya Jasmin jatuh ke tangan orang yang salah yakni pembunuh . Jadi mahu tak mahu , Anizah lah yang terpaksa membela min .
Anizah merupakan ibu kepada Julia . Tudungnya labuh . Imannya kebal . Hajah Anizah . Sudah berapa kali menunaikan haji dan umrah . Iyalah , orang berada . Jasmin diauruh mengaji , disuruh sembahyang . Namun biasalah , dah nama " anak hantu " lagi mahu dia buat tu semua. ? Ha bingar lah kampung baru dengan suara tangisan anak itu .
Anizah kian lama kian mensyaki sesuatu namun dia berdiam diri . Dia yakin dia harus mencari jalan keluar kepada masalah ini .
Suatu hari , dia membelikan Jasmin pelbagai kasut dan barang barang persekolahan yang lain dan yang menjadi kesayangan Jasmin ialah beg galas berwarna merah yang mempunyai lukisan cermin tangan di hadapannya . Jasmin terlalu gembira sehinggakan dia menyimpan seluruh koleksi cerminnya ke dalam beg itu .
Anizah jarang bercakap dengan Jasmin kerana nalurinya kuat mengatakan anak itu bukan sebarang anak . Dia hanya menberi keperluan sambil memerhati gaya anak itu . Bagus juga untuk Min sebab dia pun tak suka bercakap dengan orang . Bagi dia , benda tu semua melecehkan . Merimaskan .
Anizah telah membuat keputusan , walau apa pun yang terjadi dia mesti berusaha menormalkan anak itu . Jadi Anizah mengambil keputusan untuk menyekolahkan Jasmin .
YOU ARE READING
CERMIN MILIK MIN
HorrorMin . Seorang budak perempuan paling pelik di sekolah tu . Rambut dia tersikat rapi berdendan . Rambut depan panjang menutup mata . Putih gebu . Mulut kecil comel . Persis anak patung . Yang pelik nya dia , dia pergi kemana pun dia galas beg sekolah...