Part 6

694 28 13
                                        

Jasmin menjeling tajam . " Farina , tunggu saja nasib kau " desis hati Jasmin .

" Okay kelas diam sekarang . Farina , tunggu lepas kelas ya cikgu nak jumpa . Okay , sekarang kita nak Jasmin memperkenalkan diri jadi cikgu mintak semua sila bagi perhatian ya " Cikgu Hikmah cuba untuk meredakan keadaan kelas yang bising selepas kejadian Farina menjerit tadi . ' Haih budak budak ni tak tahu jaga hati orang langsung ! Anak siapa la ni ! ' Rungut hati cikgu Hikmah .

Hikmah senyum ke arah Jasmin sambil memeluk dan mengusap ngusap bahu Jasmin . " Takpe sayang , kenalkan diri awak ya " Jasmin senyum nipis . Membalas budi .

" Nama saya Jasmin . Ya , saya anak yatim . Saya berumur 8 tahun tapi saya baru bersekolah . Saya harap awak semua sudi berkawan dengan saya " Jasmin menitiskan air mata drama !

Satu kelas tahun 1 Anggerik terpesona dek kecomelan Jasmin . " Baik kelas , semua baik baik sahaja ya dengan Jasmin . Jasmin awak duduk disebelah Farina ya " Hikmah mengarahkan Jasmin untuk duduk di sebelah Farina memandangkan hanya disitu sahaja tempat duduk yang kosong .

Jasmin melangkah dan berlabuh di sebelah Farina . Farina jeling dan senyum sinis . " Ibu saya cakap parents awak mati pelik . Mesti korang ni berdosa kan " Bisik Farina pada Jasmin menempah maut . " He...He...He...He...." Jasmin ketawa sambil menunduk ke bawah .

" Awak ni kenapa ?! Perempuan pelik !! " Farina memekik apabila Jasmin mencengkam hujung kaki farina . " Cikgu..cikguu.... tolong pindahkan dia...." Farina teresak esak menahan sakit cengkaman kuku Jasmin pada kakinya .

" Ya Allah !! Farina !! Jasmin !! " Teriak Hikmah sambil tergopoh gapah berlari ke arah mereka .

Kelas bingar . " Murid murid keluar sekarang " Hikmah mengarah . Tegas . Maka berpusu pusu lah kanak kanak tahun 1 Anggerik keluar dari pintu hadapan . Kecoh lah sekolah pokok hitam hari itu .

CERMIN MILIK MINTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang