Part 3

683 35 1
                                    

Di masa yang sama .

Selepas Julia melihat kaki suaminya yang berdarah teruk dek kaca , Julia panik . Terjengkit jengkit dia menaiki anak tangga . Walaupun sebenarnya sedikit sahaja tangga yang ada di rumahnya namun entah kenapa langkahnya dirasanya begitu jauh pada pagi itu .

Hati nya mula tak sedap hati mendengar suaminya teriak hebat di bawah .

" Ya Allah , abang " Desis hatinya . Namun dia tidak mungkin berpatah balik . Dia harus segera mendapatkan Min , anaknya .

" beberapa langkah lagi Ju , kau nak sampai dah " hati Julia memberi semangat . Selesai saja mendaki anak tangga , Julia segera berlari dengan semahunya ke hujung tingkat 2 itu . Bilik Jasmin .

Namun dalam kelincahan kakinya berlari , dia tersadung dek sesuatu yang keras dan dia terhumban ke depan . Jatuh . Tersembap muka Julia ke lantai .

" Auh... " dia mengaduh . Dia lekas bangun dari keadaan tertiarap itu dan kemudian dia sedar , dua gigi hadapannya patah . Dia terkejut namun ada yang lagi penting harus diselesaikan . Dia kembali bangun di dalam kesakitan dan berjalan dengan berhati hati ke arah bilik Jasmin .

Sampai di muka pintu , dia mendengar suara kanak kanak tergelak dan bercakap . Setahunya anaknya itu tidak boleh bercakap . Bercakap pun tidak mahu ! Inikan gelak begitu . Dia menyelak daun pintu dan mengintai . Anak matanya mencari cari kewujudan anak kecil itu .

Sekali lagi dia terkejut . Apa yang dicarinya tiada namun dia terpana dengan apa yang dilihatnya . Berbaris cermin tersusun di seluruh dinding anaknya . Itu tidak aneh ! Tetapi bayangan di cermin itu .

Sebiji mata yang mengintai intai . Itulah refleksi pada cermin cermin itu .

Dia cemas dan matanya terasa begitu pedih . Hatinya musykil . " Apa semua ni ?! " Dia cuba mengumpul semangat dan dia bertekad untuk masuk ke dalam bilik itu tanpa menghiraukan mata mata pada cermin itu .

Dia menapak dan sekali lagi dia terkejut . Muncul budak perempuan berusia lapan tahun di hadapannya tersengih . Ya . Itu Jasmin .

" Mama ... pa pa dah takde . Mama mesti suka kan ? Tiada siapa boleh marah mama lagi " Kata kanak kanak itu .

" Huh , sejak bila jasmin boleh bercakap ?! " desis hatinya . Jasmin memandangnya tepat . Seolah olah mendengar isi hatinya .

" Mama nak jadi macam papa ? " Jasmin berkata sinis sambil melihat bola mata ibunya .

" Min taknak jumpa tok ! Min taknak !!!! " Jasmin menjerit . Benar , apa yang terlintas di fikiran Julia ialah dia fikir ada patutnya dia bawa sahaja Jasmin ke pakar tradisional .

Namun fikirannya itu membuatkan kanak kanak itu marah . Jasmin terus memandang cermin cermin di belakangnya . Cermin cermin itu retak !

Cermin yang retak itu seolah olah mempunyai kuasa yang berhubung dengan Jasmin . Jasmin mengangkat jari kelingkingnya dan membaca sejenis jampi serapah .

" angs suko ma wat laka humpa Julia soko "

Dan cermin cermin retak itu berderai dan serpihannya yang tajam terbang ke arah julia .

" Selamat tinggal Mama " Kata Jasmin dan dia berlalu pergi .

Kaca dari cermin menembus badan Julia seperti peluru .

" AHHHHHHHHHH " jeritan kuat itu menggemparkan kawasan kejiranan itu .

Julia mati .

Orang ramai berpusu ke banglo itu dan apa yang merek lihat ?

Kanak kanak comel menangis meratapi kematian ibu dan ayahnya yang mati dalam keadaan ngeri !

Mereka tidak tahu.....

CERMIN MILIK MINWhere stories live. Discover now