New Place, New Guys

797 54 0
                                    

Tempat di New York yang saya tulis adalah rekaan semata-mata. Tak ada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah mati.
______________________________________

Hazard's POV
     
         AKU hanya memandang jirat(kubur) kedua ibubapaku. Tiba-tiba ada tangan yang memeluk bahuku. Aku memandang siapakah gerangan orang itu. Taylor William iaitu adik ayahku. Dialah yang akan menjaga aku selepas ini.

         Aku memberikan senyuman kepadanya. Dia membalas. "Hazard tabah ye sayang. Pasti ada hikmahnya. Lepas ni aunty akan jaga Hazard. Balik nanti Hazard kemas barang Hazard then kita terus pindah ke New York. Okay??" Jelas Aunty Taylor kepadaku. Ahh sudah, pasti disana nanti aku akan janggal. Aku mengangguk.

          Kes ibubapaku masih disiasat oleh pihak polis. Pisau yang aku guna untuk membunuh ibubapaku sudah selamat aku bungkus dalam plastik lalu aku buang di sungai yang berada tidak jauh dari rumahku setelah polis pulang dari rumahku. Hahah, bijakkan aku??

          SEMUA barang sudah aku kemaskan. Aku turun ke bawah lalu menuju kearah kereta Limousin milik Aunty Taylor untuk letak barang dan selepas itu aku masuk kembali kedalam rumah itu untuk kali yang terakhir. Kayakan dia? Tidak seperti mendiang ibubapaku, bekerja keras mencari duit siang malam, abaikan anak-anak tapi masih miskin. Huh!!

         "Hazard dah siap kemas sayang?" Tanya Aunty Taylor apabila aku sampai ruang tamu. "Sudah aunty. Tapi aunty, rumah ni siapa yang duduk?" Aunty Taylor memandangku lalu menuju kearahku. "Rumah ni kita akan jual. Duitnya kita boleh guna untuk persekolahan Hazard." Jelasnya. Aku hanya mengangguk. "Jom kita gerak. Hey, gerak sekarang." Arah Aunty Taylor pada si pemandu. Dia mengangguk. Kereta itu pun bergerak menuju ke New York.

     Setiba sahaja di New York Aunty Taylor menyuruh pembantu rumahnya untuk membawaku kebilik yang bakal kudiami. Bibik itu mengemas semua pakaianku. Aku merebahkan diri diatas katil bersaiz king. 'Esok aku akan berpindah ke kolej baru. Kolej bertaraf antarabangsa pulak tu. Arghhhhhh!!! Pasti aku akan keseorangan.' Getus hatiku. Entah bila mata aku terlelap tanpa aku sedar. Bangun-bangun saja, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.

       Aku turun ke bawah. Aunty Taylor sedang bercumbuan dengan seorang lelaki yang entah siapa. Aku tidak kenal. Aku berdehem. Mereka tersedar lalu menjarakkan diri mereka. Masing-masing mengesat bibir masing-masing. "Hazard dah bangun sayang?? Meh sini aunty kenalkan, ini Phillips tunang aunty." Aku hanya memandangnya. Dia menghulurkan tangan dan tanpa teragak-agak aku menyambut. "Is this your nephew that you already talk to me last night?" Soalnya pada Aunty Taylor. Aunty Taylor hanya mengangguk.

     Ahh, laparnya!!  Tanpa aku hiraukan mereka,aku berlalu pergi keruang makan untuk mengisi perutku yang sedang berbunyi. Sudah sehari aku tidak makan. Tidak mahu aku berkabung hanya kerana dua orang yang tak guna itu. Aku mengambil spagetti carbonara yang berada diatas meja. Tak ada sosej ke? Aku menuju kedapur.

     "Hey!, tolong berikan saya sosej!" Arahku kepada bibik yang berada di dapur. Dia memandangku dengan pandangan yang sedang ketakutan+ bersalah. "Apa pandang-pandang?!! Aku suruh bagi tu, bagi jelah. Susah sangat ke?! Just masukkan sosej dalam microwave 1 minit lepas tu bagi aku, susah ke?!" Herdikku. Bahunya ternaik sedikit menandakan dia terkejut dengan herdikanku.

        Dia cepat-cepat menuju ke freezer dan mengambil bungkusan sosej. Aku tersenyum sinis. Aku menuju ke meja makan dan duduk. Tidak lama kemudian bibik itu memberikan 2 sosej kepadaku. "Kau boleh bla." Arahku padanya. Dia berlalu pergi.

        "Hey Hazard, you can't eat meat. Your parents just died. It's our custom to not eat meat if our family dead. Throw away the sausage in the trash now!!"  Tiba-tiba Aunty Taylor muncul dan menyuruhku membuang sosej. Aku hanya mengendahkannya.

        "Hazard, please now!" Dia              menjerit lagi kepadaku. Aku memandangnya tajam. "Aunty, it just custom. We will not die if we break the rules. Now is modern times. People right now will ignore the custom. So, can you just rilex?" Dengan nada geram aku berkata pada Aunty Taylor. Aku dengar dia mengeluh.

______________________________________

No One POV

      Hazard melangkah masuk kedalam Louisin College. Ramai gadis-gadis memandang Hazard dengan pandangan yang menggoda, tetapi Hazard tidak mengendahkannya.

     Dia menuju ke pejabat dekan untuk mengetahui dimana kelasnya. Dia mengetuk pintu. Apabila perkataan masuk didengari, dia memulas tombol dan masuk. "Good Morning Sir." Tegur Hazard ramah kepada dekan collegenya. Dekan itu mengukir senyuman.

      "So, youlah Hazard yang Taylor daftarkan tu?" Tanyanya pada Hazard. Hazard lantas mengangguk. "Saya Adry Limme, dekan awak. Ini jadual dan student card awak. Awak boleh menuju kekelas awak di blok Almond tingkat dua." Arahnya sambil menyerahkan jadual dan kad pelajar pada Hazard. Hazard berlalu pergi.

       Hazard blur. Dia tidak tahu dimana blok Almond. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Hey boy, your face look like you have a problem. Are you new student here?" Tiba-tiba seorang gadis dengan dress atas lutut tanpa lengan menegurku. "Yes, I'm new student here and of course as a new student I don't know were my class. Can you take me to the Almond's block?" Hazard meminta pertolongan pada gadis itu. Gadis itu mengukir senyuman menggoda. "Yess... of...course I can show you......." Gadis itu berkata dengan suara yang menggoda. Hazard menelan air liurnya.

       Mereka menuju ke blok Almond." Inilah blok Almond. By the way, awak kelas apa?" Tanya gadis itu. Hazard memandangnya lalu menjawab.
"Physic 1A." Gadis itu tiba-tiba berdiri dihadapan Hazard dengan muka terkejut."Wow, seriously?!! You and me in the same class babe!!" Dia menjerit. Hazard mengerutkan dahi. Kuat gila menjerit.

      Mereka menuju ke Kelas Physic 1A yang terletak di tingkat dua blok Almond. Setiba sahaja dihadapan kelas, kelihatan seorang guru  sedang berdiri dihadapan kelas. Hazard mengetuk pintu. Guru itu menandang Hazard dan gadis disebelahnya. Gadis itu menuju kearah guru itu dan membisikkan sesuatu. Guru itu mengangguk. Gadis itu menyuruh Hazard masuk.

        "Can you introduce yourself?" Gadis itu berbisik pada telinga Hazard. Hazard mengangguk. Semua mata tertumpu padanya. "Hey guys, my name Hazard William. I'm new student here. Nice to meet you guys!" Bicara Hazard. "Okay Hazard. My name is Michelle. I am your  chemistry subject teacher. You can seat anywhere you want." Arah Michelle. Hazard mengambil tempat disebelah gadis itu.

      "Hye Hazard. Saya Kayla. Nice to know you huh!" Kayla memulakan bicaranya. Hazard hanya senyum dan mengangguk. Selepas itu mereka menumpukan pada subjek kimia yang diajar oleh Michelle.

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Wow 1018 words. Hahaha..
Bab ni macam tak bestkan??
Haha saye tau tu!
By the way, saya harap anda semua tetap enjoy, okey??

❤AN❤

      

      

          

Young KillerWhere stories live. Discover now