-Finale Part-

737 55 6
                                        

Hazard menuju ke airport. Dia memerhati keadaan disekelilingnya. Takut-takut ada polis yang mengecamnya lagipun dia berpakaian pelik.

Hazard menuju ke kaunter. Dia memberikan passport kepada orang yang jaga kaunter. Mujur gambar dipassport gambarnya ketika berusia 14 tahun. Mukanya sedikit berubah dalam tempoh 2 tahun itu.

"Encik, tolong tanggalkan mask and cermin mata. Saya ingin memastikan bahawa passport ini memang benar milik encik." Pinta orang itu. Hazard menggelabah.

"Arrr, passport tu memang milik saya. Lagipun saya batuk-batuk. Saya pakai cermin mata pun sebab saya sakit mata. Takut berjangkit nanti." Hazard memberikan alasan. Penjaga kaunter mengerutkan muka.

Penjaga kaunter itu mencapai telekom. "Hello, tolong datang kaunter sekarang." Orang itu meletakkan kembali gagang telefon.

Hazard semakin panik. Dia mengundur setapak demi setapak. Dia memusingkan badan. Dia melihat dikanannya. Kelihatan 2 orang lelaki lengkap dengan seragam polis menuju kearahnya.

Tanpa berfikir panjang, Hazard mengatur langkah seribu. Polis itu mengejarnya.

Dia penat berlari. Dia memandang sekeliling. Ada seorang perempuan ingin keluar dari kereta. Hazard menuju kearahnya.

"Keluar!! Bagi kunci kereta kau!! Cepat!!" Arah Hazard pada perempuan itu. Perempuan itu cepat-cepat menyerahkan kunci keretanya apabila Hazard menunjukkan pisau rambo.

Hazard memandu kereta tanpa arah tuju. Dia memandang cermin yang menampakkan arah belakang dipandang. 1 kereta polis mengejarnya. Siren berbunyi.

Hazard menuju kesatu jalan yang agak sunyi. Tiba-tiba kereta itu tersengguk-sengguk. 'Arghh!! Shit!! Time cam nilah kau nak buat hal!' Gerutu Hazard dalam hatinya.

Dia keluar dari kereta. Dia menyembunyikan diri di sisi kanan kereta. Polis dah keluar dari kereta.

"Hazard, keluar dari situ!! Awak perlu serahkan diri sekarang!" Hazard seperti mengenali suara itu. Inspektor Edward!!

"Hazard, saya cakap lagi sekali, keluar!!" Edward mula berang. Dia geram apabila tidak menerima respon dari Hazard.

BANG!!BANG!!

Hazard kaget. Edward melepaskan tembakan keudara. Hazard pun naik berang. Dia mencapai bag galasnya. Dia mengeluarkan pistol miliknya.

"Aku takkan keluar. Aku tak salah! Asal kejar aku hah?!!" Hazard menjerit. Edward semakin geram.

"Kalau awak tak salah, kenapa awak lari dari kami? Itu bermaksud awak memang salah. Baik awak keluar. Serah diri. Mungkin hukuman awak akan dikurangkan." Edward cuba menahan geramnya. Dia memujuk Hazard.

Hazard tersenyum sinis. Dia mengintip sedikit polis melalui tingkap yang lutsinar itu. Apabila polis leka sedikit, Hazard menuju ke hutan yang terdapat dihadapannya.

Polis mengejar Hazard apabila menyedari Hazard melarikan diri. "Hazard berhenti sekarang atau aku akan lepaskan tembakan!" Edward tidak mampu lagi menbendung amarahnya.

Hazard tetap meneruskan larian." Hey bodoh, berhentilah sengal. Kau nak mati ke?!!" Edward mula mengeluarkan kata-kata kesat.

Hazard tidak mengendahkan. Edward geram. Dia melepaskan tembakan kearah Hazard. Anggota polis yang lain juga melepaskan tembakan. Hazard pon apalagi, dia pun ikut join melepaskan tembakan kearah polis.

Bang punya bang akhirnya tembakan Edward mengena tepat pada jantung Hazard. Serentak dengan rebahan Hazard, langkah Edward terhenti sementara.

Young KillerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang