Hazard's POV
Selama ini aku cintakan Kayla bagai nak rak tapi ini balasan dia pada aku. Perempuan memang tak guna!!
Kayla, aku akan balas dendam dekat kau. Kau takkan terlepas daripada aku. Aku benci kau!!
Aku mencapai telefon milikku diatas katil. Aku mendail nombor seseorang.
"Hello, Hazard ni. Hazard nak minta tolong sikit....................." Hazard tersenyum penuh makna. Dia meneruskan perbualan.
******
Aku membelek senjata yang akan aku guna untuk membunuh Kayla. Aku simpan senjata itu semula. Aku selitkan diseluar bahagian belakang.
Akhirnya Kayla tiba. Kayla membawa sesuatu ditangannya. Aku tersenyum. Akhirnya step 1 aku berjalan lancar.
"Hazard, saya dah bawa apa yang awak minta. By the way, saya ada something nak cakap dengan awak." Kayla memandang ke bawah.
Aku hanya memerhatikan kelakuan dia. Aku mengeluarkan senjataku dari belakang. "Kayla, boleh Hazard peluk Kayla?" Kayla seperti terkejut mendengar permintaan aku.
Dia mendepakan tangannya. Aku mendekatkan jarakku dengannya dan.... SHHHHH....SHUK!!
Aku menekankan lagi pisau itu kedalam perutnya. Aku tekan dengan penuh kebencian. Darah keluar dari mulutnya dan terkena sedikit di bajuku.
"Ken......na...na..pa Haz....Hazard b..buat....Kayla m...mac...macam ni? Ap..apa salah... Kayla??" Suara Kayla menahan kesakitan.
Aku hanya tersenyum penuh kesenangan. "Masa aku terserempak dengan kau and Eric dekat hotel Almiano 4 bulan lepas... kau cakap Eric tu just sepupu kau. Mula-mula aku fikir positif bila kau kenalkan aku sebagai kawan kau depan Eric. Mungkin sebab kau tak nak family kau tahu. Okay..itu aku dapat terima. Tapi bila aku nampak kau bersweet-sweet dengan dia aku mula pelik. Aku siasat. Kau ada hubungan dengan dia!! Aku tak dapat terima benda tu!! Aku ugut Eric supaya tinggalkan kau. Tak sangka malam tu jugak dia bla dari sini. Hahah! Rancangan aku berjaya! Tak sang....." Kata-kataku terhenti apabila aku mendengar orang menjerit. Aku memandang.
Mimpi ngeri yang selama ini aku cuba elakkan datang. Aku cuba lari dan akhirnya aku berjaya meloloskan diri. Aku menarik nafas lega.
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Aku memandang setiap sudut rumah lama yang ku singgah untuk sementara. Kayla.....
Kayla, kasih yang kubunuh 1 jam yang lalu. Aku tersenyum puas tapi dalam masa yang sama aku takut kerana.....
Flashback
Kata-kataku terhenti apabila aku mendengar orang menjerit. "Hey,Hazard jangan buat!!" Aku memandang.
Habis! Inspektor Edward. Aku dahlah tak pakai topeng. Aku lari dengan laju. Tubuh Kayla yang sedang menggelupur menahan sakit ditikam aku biarkan. Tapi perasaan kesian tiba-tiba hadir.
Ahhh, lantak dialah. Dia penyebab semua yang berlaku sekarang. Dia yang curang. Bukan salah aku.
Sudah jauh aku berlari. Aku terpandang satu rumah usang. Aku menuju kesitu. Biarlah aku tidur disini untuk semalam.
End Of Flashback
Aku memandang jam. Pukul 10 malam. Aku mengambil keputusan untuk tidur. Tidurku malam ini beralaskan lengan dan berselimut dengan jaketku.
Tidurku malam itu tidak berapa nak lena sebab ada nyamuk. Banyak pulak tuh. So, aku asyik bertepuk jelah.
Aku rasa tidurku tidak lebih dari 8 jam.
YOU ARE READING
Young Killer
Mystery / ThrillerHazard seorang pemuda berusia 16 tahun. Kerana satu kejadian, dia sanggup membunuh kedua ibubapanya. Dia tidak kira, orang yang mencari pasal dengannya harus mati tak kira dengan apa cara sekalipun. Hazard bersekolah di Louisin College yang ditanggu...