Kerana Tidak Sentuh

622 42 3
                                    

        Taylor murung setelah mendapat tahu Phillips mati.
         Pada malam kejadian, setelah Hazard pergi meninggalkan rumah Phillips, 40 minit kemudian siren polis bergema di kejiranan Phillips. Jiran Phillips yang mendengar bunyi tembakan telah menghubungi polis.

         Setelah 2 minggu polis menyiasat, tiada cap jari ditemukan. Hanya 2 pucuk pistol ditemukan pada tangan Phillips dan Eryn. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai suicide(bunuh diri).

           Hazard memandang Taylor yang sedang termenung. "Haih, tak sangka aku dapat makcik bodoh. Dah tahu tunang dah curang still masih sayang." Hazard bercakap sendirian.

            "Aunty, Hazard keluar dulu, nak jumpa Kayla." Hazard berlalu pergi meninggalkan Taylor yang asyik termenung.

****

         "Hoi!" Hazard terkejut. Dia menoleh kearah belakang. "Loh, Kayla kenapa buat Hazard terkejut. Kalau Hazard ada penyakit jantung macam mana? Entah-entah Hazard dah jalan!" Kayla hanya mendengar bebelan Hazard. Dia tersenyum.

         "Kenapa senyum-senyum? Memang nak Hazard mati eah?" Soal Hazard. Kayla memandangnya. "Hazard sayang Kayla tak?" Kayla memainkan jari Hazard. "Kenapa tanya macam tu? Mestilah Hazard sayang Kayla!" Hazard menegaskan apa yang dikata.

          Kayla memandang mata biru milik Hazard. Hazard memandang pandangan itu. "Kalau Hazard sayang Kayla kenapa Hazard tak pernah sentuh Kayla?" Hazard kaget dengan soalan Kayla.

           "Sebab tu je ke?" Hazard menjongketkan keningnya. Kayla mengangguk. Hazard mengeluh.

           "Sayangku Kayla, Hazard tak sentuh Kayla bukan bererti Hazard tak sayang Kayla. Cuma Hazard tak bersedia. Hazard harap sangat Kayla faham. Kita baru 16 tau?"Terang Hazard.

           Kayla mengeluh. Dia tak faham dengan Hazard ni. Amerika Syarikat merupakan Negara yang sosial tapi kenapa Hazard tak sosial. Ah, Hazard ni tak fahamlah!

          "Ermm, tak apalah Hazard. Kayla balik dulu. Ada hal sikit. Kita jumpa lagi ya?" Kayla meminta diri. Hazard mengangguk. Dia berlalu pulang.

          Setiba saja dirumah Kayla terus menghempaskan diri diatas tilamnya.
"Kayla, mama dah siap masak. Jom makan!" Jerit Mary memanggil Kayla." Jap ma, nanti Kay turun. Kalau dah lapar sangat makanlah dulu."

           Kayla bangun dari pembaringan. Dia menuju kearah balkoni diluar biliknya. Dia memandang bandar New York yang sibuk. Bandar ini juga mempunyai lebih kurang 10 kumpulan gangster. Tapi dia tak kesah sebab dia tak pernah buat masalah dekat situ lagipun ayahnya polis.

            Tiba-tiba mata Kayla tertumpu pada seorang jejaka. 'Handsomenya!!' Hati Kayla berdegup kencang. Lelaki yang boleh dikatakan agak berketak itu tersenyum kearahnya. Kayla membalas.

            Kayla turun kebawah untuk menemui lelaki itu. "Hye, budak baru ke?" Tanya Kayla pada lelaki itu. "Aa'ah. By the way, can I know your name, princess?" Lelaki itu berkata dengan nada yang boleh buat perempuan cair.

            Kayla tersipu malu. " I Kayla, you?" Kayla bertanya. "I Eric." Kayla mengangguk.

          "Nice to meet you. How old are you?" Eric bertanya lagi."16." Jawab Kayla pendek..
 
           Maka bermulalah sesi perkenalan mereka. Masa berlalu dengan cepat. Hubungan Kayla dengan Hazard semakin lama semakin renggang.

           Hazard semakin pelik dengan perangai Kayla yang asyik nak mengelak bila dia ajak jumpa.

           "Aku akan siasat kenapa Kayla mula jauhkan diri dari aku. Kalau sebab busy aku tak kesah tapi kalau sebab lain...... jagalah kau!" Hazard membebel sendirian.

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Okay AN tau part ni tak best! Haha...
Tpi mungkin part lepas ni okay sbb dibantu oleh kawan dan adik AN..
Hope gempaklah..
Haha...
K bye☺

         

Young KillerWhere stories live. Discover now