QAIRA memandang langit malam. Sinaran bulan menerangi ruang gelap. Tampak cantik dan indah. Angin malam menyapa tubuh. Tenang. Otaknya sedang ligat mencari ilham sambil jari jemarinya menekan papan kekunci. Laju jemarinya menaip kisah yang sedang dicipta.
Senyuman terukir di bibir dengan tiba-tiba ketika menaip bahagian yang romantik. Alangkah indahnya jika apa yang dicoretnya selama ini adalah dirinya sendiri. Pasti dia tidak perlu memikirkan soal jodoh. Soal lelaki. Sudah tentu jodoh telah ditetapkan. Pasti hero bertemu dengan heroinnya walau dugaan datang melanda.
Namun, semua itu tidak mungkin akan berlaku dalam hidupnya. Kisah itu hanyalah rekaan semata-mata. Seperti kisah yang dicoret oleh penulis-penulis lain. Terkadang dia menginginkan kisah sebegitu dan dia berharap kisah itu akan berlaku dalam hidupnya.
"Tak mungkin aku akan dapat lelaki seperti Hafizi. Seorang yang romantik, caring dalam tegas dan cool. Mustahil aku akan dapat seperti Aeril. Seorang suami yang penyabar, soleh dan tegas dalam kelembutan," bicara Qaira, sendirian.
Keluhan ringan terlepas daripada bibir. Dia menongkat dagu di hadapan laptop. Memikirkan jalan cerita yang seterusnya untuk novel terbaharunya itu.
"Takkan nak macam Zahrin. Cerewet, pemarah, perengus dan segala macam perangai nakal. Tapi, dia romantik dan pelindung."
Qaira masih lagi berfikir. Satu persatu nama-nama hero ciptaannya meniti di minda. Mencari kelebihan dan kekurangan kepada setiap hero-heronya itu.
"Mamat tu?" ujar Qaira kemudian.
Wajah pemuda yang memperlekehkannya siang tadi meniti di tubir mata. Rasa geram mendengar kata-kata pemuda itu. Ikutkan hatinya yang panas, mahu dihempuk pemuda itu. Siapa sebenarnya pemuda itu? Adakah dia orang kanan Haji Saiful?
"Huh! Ingat dia bagus sangat ke? Selamba badak saja nak kritik aku," geram Qaira. Jemarinya laju menekan huruf. Serta-merta dia mendapat idea untuk menulis.
"Aku nak masukkan mamat tu dalam cerita aku ni. Watak antagonis!" sebut Qaira sambil ketawa nakal. Laju jemarinya menaip. Rasa mudah untuk meneruskan penulisan sebaik sahaja mendapat ilham.
'Kenapa jantung aku berdegup kencang tatkala melihat wajah pemuda itu? Adakah pemuda itu lelaki yang aku cari selama ini?'
"Err... apasal pulak aku taip macam tu?" soal Qaira, sendirian.
'Emilia mengimbas semula kata-kata yang pernah diucap di hadapan Haris. Jika seorang lelaki dapat membuat jantungnya berdegup laju, lelaki itu merupakan calon atau jodoh untuk dirinya. Adakah pemuda itu calon yang dicari selama ini?'
"Siapa pemuda tu?" soal Lija, tiba-tiba.
Qaira terkejut dan berhenti menaip. Dia menoleh ke belakang buat seketika.
"Siapa pemuda yang dah berjaya buat jantung cik penulis kita ni berdegup kencang?" soal Lija lagi sambil melabuhkan duduk.
"Bila masa pulak jantung aku?" soal Qaira pula bernada serius.
"Bukan jantung kau ke?"
"Bukan!"
"Habis tu, siapa yang kritik kau siang tadi?"
Qaira membisu. Bagaimana Lija tahu tentang itu? Adakah melalui Ainul?
"Handsome tak?"
"Ainul beritahu kau, kan?"
YOU ARE READING
Calon Suami Buat Novelis
RomantikDi antara calon-calon itu semua, siapa yang terpilih untuk menjadi suami kepada seorang novelis bernama Tia Alisya. Selamat membaca!