"AWAK dah gila ke? Buat keputusan tak guna otak," tegur Qaira bernada geram.
"Aku tak gila lagi dan aku buat keputusan dengan akal yang waras. Faham!" tegas Hadif.
"Awak ingat kahwin tu semudah ABC ke?"
"Yup! Semudah ABC. Kita pergi kursus. Kita kahwin and then kita duduk serumah. Hidup berumah tangga. Mudah, kan?"
Qaira terkedu. Hadif pandai membidas kata-katanya.
"Guna otak tu sikit. Nama saja penulis novel. Tak boleh nak fikir," kutuk Hadif, selamba. Cebikan diberikan kepada Qaira.
"Sedapnya mulut mengata aku," geram Qaira, berbisik. Tajam matanya ke wajah selamba Hadif. Ikutkan hati, mahu ditenyeh mulut Hadif dengan cili padi. Baru puas hatinya.
"Kau setuju ke tidak?" tanya Hadif kemudian.
"Kita ikut perancangan awal. Kenal dulu. Kemudian jumpa parents. Then, kahwin. Itupun kalau awak nak kahwin dengan saya la," cadang Qaira.
Hadif menghela nafas ringan. Wajah Qaira ditatap buat seketika. Perlukah dia mengikut perancangan asal?
"Actually, saya tak ready nak kahwin lagi. Sebab tu la saya tolak kesemua calon ibu saya. Kalau kita ikut perancangan asal, mana la tahukan dalam masa tu pintu hati saya terbuka dan bersedia untuk berkahwin."
Qaira menjelaskan kedudukan sebenar. Itulah yang sebenarnya. Dia belum bersedia untuk berumah tangga. Pintu hatinya belum terbuka untuk ke arah itu. Adakah disebabkan kenangan lama membuatkan pintu hatinya tertutup buat lelaki?
Hadif tidak membalas. Otaknya sedang ligat berfikir.
"So, macam mana?" tanya Qaira seraya memandang wajah Hadif.
"Aku tetap dengan keputusan aku," tegas Hadif lalu beredar dari situ.
"No way!" bidas Qaira.
Tanpa berlengah, laju dibawa langkah mengekori Hadif. Cuba untuk menyaingi langkah pemuda itu. Dia perlu merayu Hadif. Jika Hadif tidak bersetuju, dia perlu mencari jalan lain asalkan Hadif setuju.
"Awak, please! Kita ikut perancangan asal," kata Qaira sedikit merayu.
"Aku tetap dengan keputusan aku." Hadif masih lagi bertegas.
"Okey! Macam ni. Kita ikut perancangan asal selama tiga bulan. Lepas tu kita fikir step seterusnya," cadang Qaira.
Hadif mematikan langkah. Dia menoleh ke wajah Qaira.
"Boleh tak? Tiga bulan!" pinta Qaira sambil mengerlipkan mata.
"No!" jawab Hadif berlalu pergi.
"Haisshhh!!! Sakit hati aku dengan mamat ni. Kalau macam tu, baik aku cancel saja rancangan ni. Tak kahwin lagi bagus. Senang hati aku. Tak pun aku terima saja calon ibu aku tu. Tak payah nak peningkan kepala fikirkan soal jodoh," bebel Qaira kepada dirinya sendiri.
"Kalau awak tak setuju, kita cancel! Saya tak berminat dengan rancangan awak tu," laung Qaira sedikit meninggi. Puas hatinya ketika ini.
Termati langkah Hadif mendengar kata-kata Qaira. Dipusingkan tubuh dan memandang ke arah Qaira yang sudah pun melangkah pergi dari tempat itu.
"Aduh! Minah ni memang nak kena betul. Punya baik aku rancang, dia nak spoilkan rancangan aku," geram Hadif sambil mengepal tangan. Dia merengus dan meraup kasar wajah.
YOU ARE READING
Calon Suami Buat Novelis
RomanceDi antara calon-calon itu semua, siapa yang terpilih untuk menjadi suami kepada seorang novelis bernama Tia Alisya. Selamat membaca!