"MACAM mana awak kenal dengan saya?" tanya Qaira, berkerut dahi.
"Saya cam wajah awak masa awak larikan diri daripada seseorang hari tu," jawab Ikhwan lalu tersenyum.
"Oh, lupa pulak. Masa tu saya berlindung dekat Hadif."
Ikhwan sekadar tersenyum.
"Awak dari mana?"
"Baru lepas jumpa dengan Hadif."
Qaira mengangguk dan tersenyum.
"Hadif dah cerita semuanya pada saya. Awak dan dia..."
"Cerita? Alamak!"
"Kenapa?"
"Malu!"
Ikhwan yang mendengar ketawa.
"Dah berapa lama awak berkawan dengan dia?" tanya Qaira sekadar ingin tahu.
"Sejak dari semester pertama di UM," jawab Ikhwan, ramah.
"Satu universiti. Kiranya lama juga la. Kalau awak sebaya dengan dia, tentu umur awak dalam 27 tahun. Betul tak?"
"Ya, betul!"
"Dia tu berlagak bagus."
Tergelak Ikhwan mendengarnya.
"By the way. Apa yang dia suka dengan yang tak suka?"
"Awak nak siasat tentang dia ke?"
"Tak adalah sangat. Sikit-sikit tu adalah."
"Awak tak tanya dia?"
"Tanya dia? Huh! Baik tak payah. Tak pasal-pasal, saya yang kena balik."
Ikhwan ketawa kecil. Kepala menggeleng perlahan.
"Loyar buruk pun ada juga."
"Hadif tak macam tu sebelum ni."
"Maksud awak?"
"Apa yang berlaku di sekeliling menyebabkan dia berubah."
Qaira tidak membalas dan hanya mendengar.
"Tapi saya suka dengan perubahan Hadif. Sekurang-kurangnya dia tak fikirkan masalah lalu."
"Masalah? Masalah apa?"
"Awak akan tahu nanti."
Qaira hanya tersenyum. Ada baiknya dia tidak bertanya lagi. Pasti Ikhwan tidak sudi bercerita. Lagipun, dia dan Hadif dalam proses mengenali. Lambat laun, dia akan mengetahui tentang Hadif.
Setelah sejam berbual, Ihwan meminta diri untuk beredar. Qaira turut sama meninggalkan restoran itu. Apa yang diperkatakan oleh Ikhwan ada benarnya juga. Jodoh dan maut di tangan Allah. Kalau dah tercatat di Luh Mahfuz yang dia dan Hadif berjodoh, walau apa pun rintangan, pasti akan terjadi.
Nafas ditarik dan melepaskannya ringan. Peribadi Ikhwan mengingatkan dia kepada seseorang. Siapa? Rasa tenang ketika berbual bersama Ikhwan. Pemuda itu sering melontarkan kata-kata nasihat. Beruntung Hadif mempunyai sahabat baik seperti Ikhwan. Saling mengingati antara satu sama lain.
"Asfan!"
Terpacul nama itu daripada bibirnya dengan tiba-tiba. Serta-merta langkahnya mati.
"BANYAK lagi ke pages yang kau kena siapkan?" tanya Lija, prihatin.
"Aku target dalam 500 pages. Sekarang dah masuk 400 lebih," jawab Qaira, perlahan.
YOU ARE READING
Calon Suami Buat Novelis
RomanceDi antara calon-calon itu semua, siapa yang terpilih untuk menjadi suami kepada seorang novelis bernama Tia Alisya. Selamat membaca!