Bab 8

250 12 0
                                    

HAJI Saiful menarik nafas dan melepaskannya ringan. Dia menyandarkan tubuh sambil otaknya ligat memikirkan sesuatu. Entah apa yang sedang difikirkannya itu dia sendiri tidak pasti. Adakah Hadif Asyraf yang sedang difikirkannya?

Haji Saiful bangun dari duduk. Dia menghampiri almari lalu mencapai bingkai gambar yang berada di atas almari itu. Potret keluarga tersemat di dalam bingkai tersebut. Matanya menatap wajah Hazleen dan Hadif silih berganti. Buah hati pengarang jantungnya dan Hajah Halijah selama ini.

Seminit kemudian, disentuh lembut wajah Hazleen buat seketika. Anak sulungnya yang kini berada entah di mana. Puas dia mencari namun pencariannya hanya sia-sia. Anaknya membawa diri entah ke mana. Rasa kesal menghuni di hati ketika ini.

Rasa kesal yang tidak mungkin hilang begitu sahaja. Disebabkan keputusannya yang lepas, Hazleen merana dan Hadif menyimpan perasaan benci terhadapnya. Apa juga keputusan yang dibuat, pasti akan ditentang oleh Hadif. Keputusan dengan menjodohkan Hazleen dengan anak rakan businessnya merupakan satu kesilapan besar yang pernah dilakukan selama 53 tahun dia hidup di bumi Allah.


"LEEN tak setuju!" tegas Hazleen bernada keras.

"Ayah tetap dengan keputusan ayah!" tegas Haji Saiful.

"Kalau Kak Leen tak setuju, ayah tak boleh paksa Kak Leen untuk setuju," sampuk Hadif. Membela Hazleen.

"Kamu jangan nak masuk campur Hadif. Ini antara ayah dengan kakak kamu."

"Kak Leen kakak Dif. Sebagai adik, Dif ada hak untuk melindungi Kak Leen."

"Sudahlah bang. Kita bincang perkara ni kemudian," celah Hajah Halijah. Tidak mahu anak-beranak itu berbalah sesama sendiri.

"Walau apa pun keputusan ayah, Leen tetap tak setuju. Leen tetap tak nak kahwin dengan pilihan ayah," tegas Hazleen lalu beredar dari situ. Dengusan kasar terlepas daripada bibir.

"Hazleen! Hazleen!" panggil Haji Saiful. Namun, panggilannya itu tidak bersambut. Hazleen pergi meninggalkan mereka di ruang tamu itu.

"Ayah ni terdesak sangat ke sampai nak kahwinkan Kak Leen dengan anak rakan business ayah tu?" Sinis Hadif bertanya.

"Hadif!" tegur Hajah Halijah. Kurang senang dengan kata-kata Hadif. Sebagai seorang anak, perlulah menghormati ayah walau apa pun yang berlaku.

"Ayah tetap dengan keputusan ayah. Ayah ada hak ke atas Hazleen, Hadif Asyraf," tegas Haji Saiful lalu beredar dari situ.

Hadif hanya memandang. Dia mendengus kasar. Melepaskan kemarahan.

"Ayah buat macam tu ada sebabnya. Kami nak yang terbaik untuk anak-anak kami," suara Hajah Halijah turut beredar dari situ.


"TUAN haji!" tegur Wahida dari arah muka pintu bilik.

Haji Saiful tersentak. Lamunannya yang panjang berterbangan entah ke mana. Diseka air mata yang meniti di tubir mata buat seketika. Sejak bila dia menitiskan air mata, dia sendiri tidak pasti. Adakah kerana Hazleen, dia menitiskan air mata?

"Ada apa Wahida?" soal Haji Saiful kemudian.

"Kita ada meeting, tuan haji," beritahu Wahida.

Haji Saiful memandang jam di dinding. Masa sudah merangkak ke pukul 10.00 pagi. Hampir dia terlupa dengan mesyuarat pengurusan.

"Hampir saya terlupa, Wahida. Terima kasih kerana mengingatkan saya," suara Haji Saiful bernada perlahan.

"Saya hanya menjalankan tugas tuan haji," balas Wahida dan keluar dari bilik itu.

Haji Saiful hanya mengangguk dan tersenyum. Setelah menstabilkan emosi, dia mencapai telefon bimbit dan melangkah menuju ke bilik mesyuarat.

Calon Suami Buat NovelisWhere stories live. Discover now