Balqish mengetuk meja yang diperbuat daripada jati itu dengan jari jemarinya. Tanya . Tak . Tanya .Tak . haish balqish berkira mahu bertanya pasal her future husband dekat kayla ataupun tidak. kalau silap tanya , kang naya dia nanti. bukan tak kenal kayla macam mana kalau bab yang dia tidak suka . tapi dia kena tanya juga. haish.
Suapan terakhir kayla telah mengangunya untuk makan . Dia menyedari akan kelakuan balqish seperti cacing kepanasan. dahi dimuka kayla telah berkerut berlapis-lapis.
" kau ni dah kenapa aqish ? kena sampuk ke apa ?" berang kayla.
balqish menanyangkan garis giginya yang putih itu. kantoi sudah. haha
" err takde apa-apa " tipu balqish.
" aku kenal kau bukan semalam tau. aku kenal kau sejak kau belum reti nak cuci berak sendiri. kau jangan nak tipu aku. "
" choww jangan nak memandai ea. kenal sejak aku tak reti cuci berak sendiri sangat kan " kata balqish dengan tidak berpuas hati. boleh pulak kayla kata macam tu. nak reka-reka cerita pulak. haish.
" betul pulak. kau kalau nak cakap something dekat aku , cakap jelah. " ujar kayla.
" errr aku kalau aku cakap kau jangan marah taw " minta balqish
" hmm tengok soalan kau macam mana. "
"err.. kau dah buat apa yang aku suruh haritu ?"tanya balqish
kayla meletak sudu dan garfu di atas pinggannya lalu menolaknya sedikit. setelah itu , dia mengelap mulutnya yang ada saki baki makanan dengan menggunakan napkin berwarna peach.
Dia tahu apa yang mahu diperkatakan oleh sahabatnya itu. " sudah . banyak kali jugak lah aku buat solat istiqhar tu " kata kayla.
" wahh habistu ada pertunjuk dari-Nya tak ? " tanya balqish dengan teruja.
" Entah lah " jawab ringkas kayla.
balqish kerut dahi. " entah lah ? what do you mean ? " tanya balqish.
" yaa entah lah. huh. entahlah mimpi aku tu adalah rancangan dari Allah S.W.T atau pun hanya permainan syaitan. " kata kayla.
" seriously ? cerita lah dekat aku , kau mimpi apa " gesa balqish.
"nanti-nantilah aku cerita " kata kayla yang sudah bangun dari tempat duduknya.
balqish terkebil-kebil melihat kayla yang sudah bangun. mana aci cerita nanti. tapi kata-kata itu hanya dalam hati sahaja.
" kau nak pergi mana kayla ?" tanya balqish.
" balik lah. aku tunggu dekat kereta taw sementara kau nak bayar " ujar kayla.
hampeh punya kawan. aku yang kena belanja . bebel balqish tapi kakinya tetap melangkah ke kaunter bayaran. even cafe ni milik akak dia , tapi dia kena bayar jugak. hahaha
Firash membelek-belek surat khabar Harian Metro satu per satu. Dan apabila dimuka surat terakhir , dia meletakkan surat khabar tersebut di atas meja berkaca. Satu tajuk pun tidak menarik perhatian dia untuk membacanya.
Rara menghampiri firash sebaik melihat abangnya.
" abang ash kenapa ?" tanya rara yang sudah berada posisi didepannya.
firash mengangkat kening kanannya. Entah datang dari mana , tiba-tiba tanya kenapa? haduh-haduh..
" apa yang kenapa ?" tanya firash balik.
" Rara tengok dari tadi abang ash duk tak tentu arah. tv pasang tapi tak ditengok bazir tahu tak ? ingat abang ash bayar ? " bebel Rara.
" suka hati abang ash lah. lagipun abang ash ada bayar okey. " kata firash.
" yelah tu. lagi satu abang ash belek-belek surat khabar tapi tak baca dah kenapa ?"
" takde satu pun yang menarik. " jawab ringkas firash.
" yelah tu. rara kenal abang ash bukan sehari dua taw tapi tak dah bertahun-tahun. tanda lahir abang ash pun rara boleh tahu kat mana. " bebel rara lagi.
" haish budak tak cukup unur ni. banyak pula dia bercakap mengalahkan nenek kebayan tahu ?"
rara mencebik. nenek kebayan ? huh tak patut-patut. " abang ada masalah ke ?" tanya rara
firash terdiam seketika.
"abang ashh jawablah pertanyaan rara ni."
mengeluh.
" kalau abang ash cerita pun bukan rara boleh tolong pun. "
" siapa kata ? abang ash cerita baru rara boleh tolong." petah rara
" abang ash kata. dah lah ketot ada hati nak tolong.. blah lah" ejek firash.
Rara muka tidak puas hati. sesuka hati je cakap dirinya ketot. Dia berlalu pergi dengan mulut yang muncung..
firash hanya tergelak apabila dia menang. aman sikit hidupnya. hahah
thanks for reading. hope you guys like it. vote | follow | read. hehehe
YOU ARE READING
Kahwin Kontrak ^^
RomanceCinta itu HADIR dalam benci, Cinta itu TERUCAP dalam Kontrak, Cinta itu MEKAR dalam senyuman, Cinta itu akan terus BERSINAR. Kerana itulah aku memilih untuk bersama.... Cover poster by : @cikdrimkacer