part 11

7.1K 158 3
                                    

' saya ada duit lah.' berang balqish.

' habistu kalau ada duit bayar lah.'

' kan saya dah kata, wallet saya tertinggal. nanti saya datang balik.'

' noo saya tak percayakan awak. especially orang macam awak yang suka guna teknik lapok ni.'

balqish sudah hilang sabar. dah 2 jam dia bertikam lidah dengan owner cafe ni. wallet ni satu hal. time macam ni pula dia nak tertinggal. tak boleh ke tinggal besok je.

' macam mana saya nak buat encik percayakan saya?' balqish berkata lemah lembut.

' adaaa. cik bayar je bil ni sekarang'

' Encik,duit saya dekat dalam wallet. Dan wallet tu Tertinggal kat rumah.
saya memang betul-betul takde duit simpanan sekarang ni. come on encik,rupa saya ni ada nampak macam tak mampu nak bayar ke encik?'

owner cafe memandang bawah hingga ke atas. ' ahh takde-takde...cik kena bayar juga. kalau ada sepuluh orang macam cik ni,boleh bankrap saya'

balqish mengeluh. payah cakap dengan orang yang tak reti bahasa! kecik besar kecik besar je balqish tengok dia ni.bukannya aku tak bayar. petang karang aku bayar lah balik.

' encik tak bankrap lah kalau ada sepuluh orang macam saya. yang bankrapnya kalau orang tak datang langsung dekat cafe encik.' balas balqish.

'ehh kamu...' belum sempat owner cafe tersebut menyambung kata-katanya. tiba-tiba seorang pemuda kacak menghulurkan beberapa keping wang kertas kepada owner cafe itu.

' saya tolong bayarkan ' kata lelaki tadi. balqish memandang ke arahnya dengan perasaan lega.

' nasib awak memang baik sebab ada orang bayarkan. ' ujar owner cafe.

balqish membuat gaya menyampah.sumpah weh ni akan jadi kali pertama dan terakhir dia jejak kakinya di cafe ni

Dia mengatur langkah sebaik melihat lelaki tadi keluar dari cafe.

' thanks sebab tolong bayarkan tadi. haa apa nombor telefon you? ' soal balqish yang tengah mengeluarkan telefon asusnya dari beg tangan.

' you nak mengurat i ke ni?' kata lelaki tadi sambil tersengih.

balqish sudah berkerut dahi. ' eh perasannya. nanti senang lah i nak bayar hutang you. ' balas balqish yang sudah kemerahan akibat menahan malu.

' bak sini telefon you. ' arah lelaki tadi.

' hah? you nak buat apa? ' tanya balqish blur.

' nak ke taknak nombor i? kalau nak bak sini telefon tu. ' balqish menghulurkan telefonnya.

' by the way nama i iman thaqif. you boleh panggil iman je.

iman mendail nombornya di telefon balqish kemundian dia menyerah semula telefon kepada pemiliknya.

balqish berkerut dahi berlapis-lapis.

' i save nombor you. senang nanti i nak tuntut hutang i. see you next time. ' kata iman sambil mengenyitkan matanya sebelum pergi.

gila!

***

' rara makan aiskrim tu elok-elok sikit. nanti kotor baju tu karang ' pesan firash apabila rara makan aiskrim dengan gelojoh.

' yelah. rara makan elok-elok lah. ' balas Rara.

Firash mengeleng kepala. matanya tertumpu kepada kayla yang berada di hadapannya. baru dia perasan mata kayla berwarna kecoklatan. sangat cantik!

kayla tidak senang duduk apabila firash asyik memandangnya. ' tak payah pandang i macam tu boleh tak? soal kayla

' kenapa? tergoda ke ? soal firash balik.

kayla mencebik ' ehh please lah. muka macam beruk kena sembelit ' balas kayla. mati senyuman firash apabila kayla melabelkan dia sebagai beruk kena sembelit? handsome macam ni dia panggil beruk?

' korek biji mata tu baru tahu. biar kasi clear sikit.' kata firash sambil buat-buat mahu mengorek biji mata kayla.

' Abang ash, tak baik lah korek biji mata kak kayla.nanti kak kayla buta macam mana? Rara juga yang susah taw ' kata rara yang sedang menjilat aiskrim cornetto vanila

eheh sempat juga curi-curi dengar.firash mengelengkan kepalanya.

' biar lah kalau buta pun. ada ke patut kak kayla cakap abang ash muka macam beruk. abang ash punya lah handsome. '

' Betul lah apa yang kak kayla cakap tu. muka abang ash memang macam beruk yang tadi kita jumpa tu. sebiji abang ash.' usik rara. rara dan kayla tergelak terbahak-bahak. kayla terharu jap sebab adik iparnya back up dirinya. i love you rara!

firash sudah bermasam muka. kalau 2 lawan 1 mestilah 2 yang menang kan.

' sedap tiga rasa ye kutuk abang ash. dah lepas makan aiskrim ni kita terus balik. no taman. no toys. kita balik. ' kata firash.

' alah abang ash.' kata rara sambil memunjungkan mulutnya.

' takpe rara, nanti kak kayla ajak rara pergi taman yang cantik-cantik.lepastu kak kayla belanja mainan banyak-banyak. nak?' pujuk kayla. ni kiranya ganjaran lah sebabnya rara join sekaki untuk kenakan firash.

rara sudah terlompat-lompat kegembiraan. kayla tersenyum sinis dekat firash. nak menunjuk bahawa dia sudah menang gitu. jahat juga kau ni kayla.

' saraghae,unnie ' kata rara sambil membuat bentuk hati.

kayla sudah tercenggang bila dengar rara cakap bahasa korea. budak kecik berusiad 6 tahun boleh cakap korea? aku ni start mengenali dunia korea pada tahun lepas taw. hebat.

***
Kayla tercari-cari kelibat firash di seluruh tempat tetapi tiada. kayla masuk ke dalam bilik selepas putus asa mencari firash. nak tanya ummi, segan lah pulak. nanti ummi kata kayla terhengeh-hengeh kat firash.

' hah kayla napanya mundar-mandir ni? ada masalah ke?' soal puan zaiton. kayla sedikit terkejut bila puan zaiton tiba-tiba berada di pintu bilik. kayla hanya tersengih sahaja.

' takde apa ummi.kayla tengah fikir kat mana kayla letak cekak rambut. ' bohong kayla.

' owh. ni ummi dah siapkan breakfast untuk kayla. nanti kayla makan ye. jangan tunggu ummi ea.' pesan puan zaiton.

' ummi nak ke mana?' tanya kayla

' ke pasar tani sekejap. nak beli barang dapur. ' jawab puan zaiton.

' nak kayla temankan ke?' tawar kayla. setahunya walid pergi kerja pagi tadi dan firash pula dari tadi tak nampak batang hidungnya.

' tak payahlah. ummi tumpang kawan ummi. ni haa firash ada bagitahu dia dah sampai ke belum? '

kayla mengerut dahi. ' firash pergi mana ummi?' soal kayla.

' laa dia takde bagitahu kayla ke?' tanya puan zaiton balik.kayla hanya membalas pertanyaan puan zaiton dengan mengelengkan kepalanya.

' bertuah punya budak. ummi dah pesan banyak kali supaya bagitahu kamu. hmm takpe lah nanti kayla tanya sendiri ye dekat firash. ummi dah terlambat ni. take care ' kata puan zaiton.

kayla tercegat. kenapa ummi tak jawab soalan aku? wuahh.

***

hai >< sorry dah lama tak update sebab busy sangat². huhuhu sorry kalau dlm part ni ada kekurangan. ^^ have fun...

Kahwin Kontrak ^^Where stories live. Discover now