Firash menolak bagasi bersama dengan beberapa Rakan tugasnya. Hari ni firash flight ke Lombok,Indonesia.first time dia ke situ walaupun telah berkhidmat bersama Mas hampir 5 tahun.
' kau nak terus ke bilik ke,ash?' Tanya farid apabila melihat firash yang tengah ke kaunter untuk check in bilik hotel.
' terus ke bilik lah. Aku letih. ' balas firash. Mahunya tak penat. Selang dua hari majlis perkahwinannya dah kena kerja. Semua tulang rasa sakit walaupun tak banyak tolong.
' kau pulak?' Sambung firash.
'Aku macam biasa lah. Lawat kawasan dulu'jawab farid yang tersengih menampakkan Gigi putihnya.
Firash tersenyum. Tahu dah maksud farid ' lawat kawasan'. Lain tak bukan mesti nak cari port yang sesuai untuk lepak nanti. Maklum lah kita orang kat sini sampai seminggu so rugi lah kalau tak ambil peluang ni untuk cuci mata kat negara orang. Orang kata sambil menyelam minum air gitew.
' okey lah. Aku gerak dulu' kata firash.
'Haa jangan lupa nanti tunggu kat lobi. Kita lunch dengan dia orang sekali.' Pesan farid. Firash hanya memberi isyarat okey kepada farid.
Sampai je dekat bilik,firash terus baring di katil. Haila kalau ini macam katilnya mahu terlelap dia.empuk bangat!
Bing bing menandakan ada mesej masuk. Firash membaca mesej yang dihantar oleh isterinya.
- you dekat mana?- Kayla.
Firash tersenyum. Tak faham langsung dengan perangai Kayla. Sekejap membahasakan dirinya 'kau aku' lah lepastu ' I You ' pulak lah. Perempuan memang sukar ditafsir.
-why? Takkan lah I baru pergi sekejap dah rindu? *emoji heart* - firash
Kali ni firash duduk bersila. Haa seronok juga kalau sakat Kayla. Bunyi 'bing' lagi sekali menandakan mesej baru masuk.
-jangan nak perasan! Ummi suruh I Tanya you.kalau tak jangan haraplah I nak mesej you *emoji mata ke atas*-Kayla.
-eleh tak ngaku.dah tu tak payah lah mesej i kalau taknak.I pun tak hingin nak mesej dengan you- firash
Firash membelek telefon kot-kot Kayla mesejnya ke. Tapi dah 10 minit tak reply mesej. Hmm marah lah tu.getus firash.
Selepas itu dia mengambil tuala yang berada di kepala katil kemundian terus meluru ke bilik air. Dia perlu membersihkan badannya yang melekit sebelum keluar untuk lunch nanti.
_
_
_' arhh benci! ' jerit separuh perlahan. Kayla membaling telefonnya di atas katil. Benci kau firash! Orang tanya elok²,dia jawab main-main pulak. Kalau dia ada dekat depan mata kayla Sekarang ni, dah lama muka dia menjadi sasarannya. Kan best teknologi Sekarang boleh 3 dimensi.
Kayla turun ke dapur untuk bersarapan. Sampai je disitu kayla terus membuka tudung saji.
'Wahh sedapnya ' getus Kayla. Tanpa membuang masa, Kayla mengambil sudu dan pingan yang berada di dalam kabinet dapur kemudian mi goreng diletakkan di atas pingannya.
Sedap ummi masak. Sudah lama dia tidak merasa masakan daripada seorang Ibu. Ya,terlalu lama sampaikan dia sendiri tidak tahu macam mana rasanya yang dimasak oleh mummy. Arhh tetiba teringatkan mummy.
' mummy, I miss you so much ! ' jerit Kayla dalam hati.
' Kayla,Apa yang ditenungkan tu?' Soal puan zaiton. Kayla segera mendapatkan puan zaiton untuk mengambil plastik-plastik yang berisi barang.
' ummi bila balik? Tak dengar bunyi kereta pun ' Tanya kayla balik.
' hmm baru je tadi. Macam mana tak dengar kalau kayla tenung je mi tu.' Balas puan zaiton. Kayla hanya tersengih.
' manada kayla tenung. Kayla cuma fikir resepi dia.senang nanti kayla nak masak untuk firash ' tipu kayla.mukanya nak masak? Haa dalam mimpi jelah.
' laa kenapa tak bagitahu ummi? Kalau tak ummi boleh ajar masak' soal puan zaiton.
Kayla tak senang duduk. ' eh,takpelah ummi. Kayla taknak susahkan ummi.' Balas kayla .
' tak menyusahkan ummi pun. Kayla kan menantu ummi mestilah ummi tolong. '
Glurp.
Tulah kayla. Kan dah tergigit lidah sendiri- getus kayla.
_
_
_Hai. Dah lama tak update. Ada sesiapa yang masih ingat cete ni? (Baik ngaku cepat) ahahah.
Haa komen anda dialu-alukan. Nak tahu jugak respon pembaca macam mana ean. Taknak lah syok sendiri je huhuhu.
Ni last saya update taw. Lepas tu takda dah. Tunggu 1 December pulak Baru saya update lagi >< (tu kalau ada orang tunggu lah kan)
Sorry for everything. Muah ciked <3
YOU ARE READING
Kahwin Kontrak ^^
RomanceCinta itu HADIR dalam benci, Cinta itu TERUCAP dalam Kontrak, Cinta itu MEKAR dalam senyuman, Cinta itu akan terus BERSINAR. Kerana itulah aku memilih untuk bersama.... Cover poster by : @cikdrimkacer