Aku mengemaskan lagi songkok dikepala. Tisu aku masukkan kedalam poket supaya senang nanti nak lap peluh.
" amboi pengantin, handsome kemain. Ni nasib baik dah nak kahwin. kalau tak, tok dah minang kamu dengan anak perempuan tok." usik tok kadi.
semua tetamu yang hadir turut meriahkan lagi majlis dengan gelak ketawa mereka. Aku turut tersengih. pandai tok kadi buat lawak.
"ada-ada jelah tok." balas aku.
"betulah. Ehh patut lah kamu nak kahwin dengan si kayla. Rupa-rupanya bakal pengantin perempuan cantik juga. haa orang tua-tua cakap bagai pinang dibelah dua. ye indok encik radzi?" tok kadi bertanyakan kepada bapa saudaraku.
Mata aku melirik ke arah bakal isteriku. Cantik! aku tersenyun bila melihat raut wajah tersebut. persis macam drama korea yang rara tengok haritu.
"nampaknya kita boleh mulakan lah sekarang ni tok kadi." pinta tuan zainal.
" baik. sebelum itu nak tanyo dekat bakal pengantin kita ni. Bersetuju ke untuk menjadi pasangan suami isteri? " tanya tok kadi.
taknak tok.! tak ready! omel firash didalam hati. kalau betul-betul aku luah, naya aku. puan zaiton sudah memandang aku tajam.
aku senyum kelat. " se--setuju tok" gagap aku. suaraku bagai nak tak nak je keluar. ayoyo..
tok kadi kini beralih kepada kayla untuk meminta jawapan. aku melihat dia menganguk kepala tanda setuju. maybe.
Setelah itu tok kadi memberi kami borang 'aku janji' untuk kami baca dengan teliti dan faham serta menurun tanda tangan kami.kemundian borang 'aku janji' itu diserah kembali kepada tok kadi.
Aku berjabat tangan bakal daddynya.sementara tok kadi dan saksi-saksinya berada di sebelah meja. seram sejuk woo!!
" Firash Nur Raqarl bin Abdul rahman."
"ye saya"
"Aku nikahkan dikau dengan anak aku Kayla Uzmaira binti zainal abidin dengan mas kahwinnya rm10 000 tunai."
" Aku terima nikah Kayla Uzmaira binti Zainal Abidin dengan mas kahwin rm10 000 tunai."
"sah?"
"sah"
"sah"
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Aku sudah menjadi suami orang. Tetamu menandah tangan untuk membaca doa.
setelah itu majlis membatalkan air sembahyang selepas membuat solat sunat. Aku menghampiri sang isteri dengan perasaann berdebar-debar.
muka kayla aku tenung dengan kasih sayang. ehh? dah jatuh cinta ka? aku mengelengkan kepala. tidak boleh. Hati aku hanya untuk aisyah.
"haa apa lagi tu. cepatlah sarung cincin." arah farid. rakan karib aku. sibuk je lah mamat ni.
Pengapit pengantin menghulurkan sekotak cincin kepada aku. Aku mengambil cincin tersebut lalu menyarungkan di jari manis kayla. Nampak cantik. walaupun nampak sinple yang hanya bertahtahkan berlian, tapi sangat sesuai dengan pemiliknya. pandai ummi pilih.
Kemundian tangan aku dicium oleh kayla. sekejap! tak sampai lima saat pun. sah kes terpaksa ni!
dan aku disuruh oleh jurugambar untuk mencium dahi kayla. glurp. dah lah muka minah ni ketat. lagi suruh aku cium dahi dia. taknak! aku nak buat dekat aisyah je! omel firash. dengan terpaksa aku mencium dahi kayla.
***
Gambar arwah mummy ditenung. Air mata mengalir dipipi gebuku. sungguh aku terlalu rindukan arwah mummy. bukan setakat rindu tapi sedih kerana sekarang dia sudah bertukar status. status menjadi isteri kepada firash nur haikal. ehh betul ke? arghh lantak lah ada aku kisah?
"kenapa masuk terus ke bilik? kan kita kena layan tetamu. tak baik pengantin blah macam tu je. nanti apa kata tetamu. sanak saudara."tegur firash. panas juga hati dia sebaik melihat kelibat isterinya lesap begitu sahaja. nasib baik dia pandai kelentong.
aku merengus kasar. orang nak bersendirian pun tak aman.
"suka hati aku lah. yang kau nak busybody tu dah kenapa?" marah aku. dah lah menceroboh biliknya tanpa kebenaran.
firash melabuh punggungnya di atas tilam empuk. dia memejamkan matanya seketika.
" terserah. sudah solat ke ?" soalnya. dia malas mahu bertengkar.
"belum" kata kayla perlahan.
"baguslah. awak pergi mandi lepastu kita solat berjemaah."arah firash. dia sudah menanggal aksesori di pakaiannya.
aku mencapai tuala untuk membersihkan diri tanpa banyak soal.
***
Usai solat Maghrib, aku terus pergi ke dapur untuk menolong apa yang patut. mesti hairan kenapa aku rajin masuk kedapur kan kan kan. Salah satunya nak elak berada di dalam bilik bersama firash. haha pandaikan aku. yaya tak payah bagitahu. aku dah tahu lama. cehh.
" maksu, ada yang boleh kayla tolong tak?" tanya aku. dalam hati dah berdoa agar takde kerja yang perlu dibuat. haha nampak tak kemalasan kayla disitu.
" laa awatnya pengantin baru ada kat dapur ni? pergi lah layan suami hang kayla." balas maksu yang sedang mengacau rendang ayam tu.
aku sudah mencebik. layan suami? hahaha maksu memang lawak. jangan harap aku nak layan dia. kalau ada pun dalam mimpi. omel aku dalam hati
"hish maksu ni kan. taknak lah kayla." kata aku. tangan aku sudah memengang pisau. bersedia untuk memotong timun.
"segan lah tu. ni haa kamu reti ke potong timun tu?"tanya maksu lagi.
"gila tak reti maksu. ini kayla uzmaira lah maksu. semua benda pandai" lagak aku. padahal satu habrak tak reti. timun ni pun macam apa tah aku potong timun ni.
"haa nahh pergi hantar dekat laki hang kayla." arah maksu.
aku mengerut dahi. aikk bila masa pula maksu bancuh kopi?
"ni apa ni maksu?" pura-pura dalam perahu. dah tahu bertanya lagi. ehh? betul ke peribahasa aku?haha
" takkan dah tak kenal kopi,kayla oii" balas maksu.
aku tersengih bak kerang busuk. terkena sedas. aku terus ambik mug kopi dan hendak hantar kepada firash.
***
tak best kan. ya iknow. huhu sorry 4 everything. please follow || read || vote for your support..
![](https://img.wattpad.com/cover/48813249-288-k40400.jpg)
YOU ARE READING
Kahwin Kontrak ^^
RomanceCinta itu HADIR dalam benci, Cinta itu TERUCAP dalam Kontrak, Cinta itu MEKAR dalam senyuman, Cinta itu akan terus BERSINAR. Kerana itulah aku memilih untuk bersama.... Cover poster by : @cikdrimkacer