Bab 2

311 23 0
                                    

"Huarghhhhhhhhh", Taehyung sudah terbangun dari tidurnya yang terlalu lena.

Jam pada ketika itu menunjukkan jam 10 pagi. Dia segera bangun dan pergi ke dapur namun dia berpatah balik dan segera ke bilik Taemi.

Taehyung mengetuk pintu bilik Taemi.

"Yah, Pa....Kim Taemi!!!!", Taehyung menjerit-jerit nama Taemi.

Taemi yang masih tengah tidur itu terjaga sepenuhnya apabila terdengar Taehyung memanggil namanya.

Taemi membuka pintu biliknya.

Taehyung P.O.V

"Taemi!!!!!", aku memanggil nama Taemi lagi namun biliknya masih senyap.

"Tae.....", "lambatnya kau bukak pintu!!", aku menjerit lagi kepadanya.

Aku memandang mukanya, mukanya bangun tidur comel sangat. Aku tak rasa dia layak dipanggil tomboy sebab dia comel sangat dengan rambutnya yang panjang itu dibiarkan terjurai. Aku lebih suka tengok rambutnya terurai daripada dia mengikat rambutnya.

"Mwo?!!!", Taemi berkata kepadaku. Marah?!maybe sebab aku ganggu tidurnya.

"Sarapan aku mana?! Kau isteri aku! Segala persiapan aku kau kena siapkan!!!!! Aku dah lapar ni!", aku meleteri kepadanya.

Mukanya yang baru bangun tidur itu kelihatan mmmmm, keliru? Marah? Terkejut? Aku tak dapat nak tafsirkan.

"Siapa nak jadi isteri kau. Kan kita dah buat perjanjian. Sendiri-sendiri. So, kau buat segalanya sendiri ne. Bye", Taemi terus menutup pintu biliknya sebaik saja dia habis cakap.

Aku berasa bengang dengannya. Ini tak adil! Tak apa Taemi, aku keluar makan sendiri. Aku tak kisah pasal kau!

Aku pun segera mandi dan bersiap untuk keluar makan dan jalan-jalan. Daripada aku terperuk di rumah yang ada penghuni yang taknak mengaku isteri aku lebih baik aku keluar jalan-jalan.

Setelah bersiap, aku pun ambil kunci keretaku dan menuju ke pintu untuk keluar.

"Nak pergi mana tuh?", aku terdengar Taemi bertanya kepadaku.

Disebabkan tadi dia tak nak mengaku dia isteri aku, aku pun tak nak mengaku aku suami dia, lebih baik aku buat-buat tak dengar je

NO ONE P.O.V

Taemi tersinggung kerana Taehyung tidak menjawab pertanyaannya. Namun, dia hanya membiarkan saja kerana dia tidak mahu perasaannya mengambil alihnya.

Taemi mencari bahan yang boleh dimasak, namun dia hanya jumpa ramen saja.

"Ramen pon bolehlah", kata Taemi sendiri.

Taemi segera mencari periuk untuk masak ramen itu.

Dia pun segera masak ramen itu. Ketika dia hendak mencedok ramen itu, tangan kanannya terkena periuk ramen itu.

"AHHHHHH!!!", Taemi menjerit sekuat-kuatnya.

Air matanya mengalir keluar. Dia segera membasuh tangannya dengan air sejuk. Namun, kesakitan itu tidak berkurang.

Taemi bercadang untuk ke klinik tapi dia tidak tahu dimana. Dia bercadang untuk menelefon Taehyung.

Dia mendail nombor telefon Taehyung.

Tidak sampai seminit Taehyung sudah mengangkat panggilan tersebut

"Nak apa!", tanya Taehyung kasar.

"Tolong aku", kata Taemi dengan lembut.

"Buat apa aku nak tolong kau?!", kata Taehyung separa tengking.

"Tapi kau kan suami aku", kata Taemi.

"Siapa nak jadi suami kau. Kan kita dah buat perjanjian. Sendiri-sendiri. So, kau buat segalanya sendiri ne. Bye", kata Taehyung lalu memutuskan talian.

Taemi yang sedang kesakitan itu buntu untuk buat apa. Kalau dibiarkan tangannya itu akan meninggalkan parut akibat melecur.

Dengan hanya memakai seluar pendek ala-ala lelaki dan tshirt besar yang berhood serta rambutnya yang dimasukkan dalam topi, Taemi segera mengambil teksi di luar rumahnya.

Dia meminta pemandu teksi itu membawanya ke klinik yang berdekatan.

Taemi akhirnya dirawat dan dia bernasib baik kerana tangannya yang melecur itu tidak teruk sangat. Jika teruk pasti akan meninggalkan parut.

Taemi sudah diberi rawatan. Namun dia terlupa rumahnya di mana. Sedangkan alamat juga tidak diketahuinya.

"Macam mana nak balik ni!", jerit kecil Taemi di luar klinik.

Taemi bermudar-mandir di hadapan klinik itu.

Dia melihat telefonnya. Mahu menelefon Taehyung, dia tahu Taehyung marah dengannya kerana dia tidak melayan Taehyung pagi tadi.

Taemi terduduk sendirian di situ dan akhirnya tertidur.

Taehyung P.O.V

Aku pulang ke rumah setelah seharian bermain video game di rumah Jungkook.

Aku melihat jam di tanganku. Ia sudah menunjukkan pukul 8 malam. Tapi, kenapa rumah kelihatan gelap?

Aku menekan loceng rumah. Sunyi sepi, di mana Taemi ni? Dah lah tadi sewaktu aku berlawan game dengan Jimin dia menganggu aku bermain game.

Aku dah tak tahan dengan perangai dia yang boyish tu. Disebabkan dia ni layan aku macam dia lelaki, aku pon akan layan dia begitu. Jangan cabar aku Taemi. Ataupun, Tommy? Haha

Aku membuka pintu rumah dengan kunci rumah. Nasib baik aku membawa kunci bersama.

"Taemi?!!!", aku memanggil namanya namun tiada sahutan.

Arasseo, maybe dia keluar. Dia sendiri ingatkan aku, HAL MASING-MASING. So usahlah aku nak risau.

Aku menuju ke bilikku. Setelah mandi, aku pun bersiap sedia untuk tidur. Aku sudah makan dahulu tadi kerana aku yakin si Tommy ni takkan masak untuk aku. Perangai pon macam lelaki kan, aku tak rasa dia pandai masak. Aku tak tahulah kenapa omma aku mengahwinkan aku dengan lelaki. Hmph

Just Love Me Right [Kim Taehyung]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora