Taehyung P.O.V
Aku duduk termenung di ruang tamu. Banyak betul masalah kebelakangan ni.
Seol Hana..
Aku kesiankan kau. Tak sangka kau begitu menderita lepas kita putus.
Aku sedar sebenarnya sejak tadi lagi Taemi merenungku. Taemi, bukan aku taknak layan kau tapi aku benar-benar buntu! Dan ku terlalu tertekan dengan segala masalah ni.
Aku juga perasan betapa keruhnya wajah Taemi setiap kali aku tidak melayannya.
"Taehyung... oppa..........alien........", panggilnya lembut.
Rindu. Memang itu yang aku inginkan, layanan yang baik darinya tapi pada ketika ini aku benar-benar serabut. Aku rasa bersalah padanya!
"Yah!!", panggilnya lagi kali ini dia menuju ke arahku.
"Oppa!!!!", dia memanggilku lagi lalu duduk diatas ribaku.
Aku tidak menolak mahupun memeluknya. Aku hanya terdiam kaku.
"Wae..", balas aku acuh tidak acuh. Kalau nak diikutkan mahu asaja rasanya ingin memeluk dan membelai Taemi tapi apabila teringat Seol Hana terus tidak jadi! Aku masih sayangkan Seol Hana ke?
"Kenapa saya rasa macam awak tak suka dengan saya je?", tanya Taemi kepadaku.
Suara Taemi mendatar, tiada perkataan manja lagi pada diberikan padaku.
"Mana ada. Awak je yang rasa tu", jawabku lalu aku menolak badannya kerana ingin melepaskan diri dari menjawab pertanyaan Taemi.
"Ye ke? Habistu kenapa awak tolak saya? Selalu awak tak pernah pon tolak kalau saya duduk atas awak. Awak dah lain Taehyung! Awak ada perempuan lain ke? Awak tak cintakan saya kan?!", katanya dengan lantang. Taemi merenungku dengan tajam.
Aku mendengus kasar. Kesabaranku makin menipis apabila suaranya meninggi padaku.
"Awak ni dah kenapa?! Mana saya ada perempuan lain! Jangan fikir lain boleh tak?!", jeritku kepadanya lalu aku segera menuju ke bilik sebelum aku benar-benar hilang sabar.
Pintu bilikku kunci. Aku meraba-raba poket seluarku untuk mengambil telefon.
Tiada?
Ah! Mesti tertinggal kat sofa tadi!
Dashi run, run, run~ nan meonchun suga eopseo~ tto run,run, run nan eojjeol suga eobseo~
Bunyi ringtone handphoneku sayup-sayup kedengaran.
Aku segara keluar dari bilik untuk mengambil telefonku.
Tapi,
"Ooo..kau lah ye yang buat Taehyung dah tak tak layan aku? Kau memang tak ada kerja lain ke apa?! Perampas!! Babo yeoja........kau pergi mamp...."
Aku menuju ke arah Taemi dengan langkah yang marah. Dia angkat telefon aku tanpa kebenaran dan berani dia tengking-tengking pemanggil itu?
Dengan pantas, dan..
Panggg
Tanganku berasa kebas selepas menampar Taemi. Kesabaranku benar-benar sudah hilang pada saat ini.
Air mata Taemi yang menderas keluar dengan laju tak dapat menyentuh hatiku. Kali ini kemarahan mengatasi segala-galanya.
"Siapa suruh kau angkat panggilan tu?! Siapa?!!!", jerit aku kepadanya. Dadaku berombak-ombak menahan api kemarahan dalam diriku.

YOU ARE READING
Just Love Me Right [Kim Taehyung]
FanfictionPerkahwinan yang terbentuk hasil daripada pilihan keluarga. Akan wujudkah kebahagiaan? Lelaki yang romantik dan segala ciri-ciri nampyeon idaman setiap yeoja ada padanya. Namun, egonya mengatasi segala-galanya. Perempuan yang cantik dan sentiasa dis...