Taemi P.O.V
Aku dan Taehyung setia menunggu sehingga Seol Hana sedar. Kata Doktor Han, Hana mengalami kecederaan di kepalanya dan darah beku perlu dibuang segera.Dan, aku pun baru tahu yang Hana sebenarnya anak yatim. Omma dan Appanya sudah meninggal ketika dia masih kecil lagi. Kesiannya hidup Hana, kalau dulu dia ketandusan kasih sayang omma dan appanya kini dia diseksa pula oleh nampyeonnya sendiri.
"Yeobo...nah", ujar Taehyung. Dia menghulurkan roti kepadaku.
"Komawo oppa", ujarku. Roti pun rotilah. Yang penting perut aku dan perut Tae jr kenyang.
Beberapa minit kemudian, Doktor Han keluar dengan senyuman. Kalau dengan senyuman, ini bermakna Hana selamat bukan?
"Macam mana doktor?", soal Taehyung.
"Pesakit berjaya diselamatkan. Cuma sekarang ini tak boleh lawat lagi kerana pesakit masih lemah", ujar Doktor Han.
Kami hanya mengangguk.
Oleh kerana tidak dapat melawat Hana lagi, aku dan Taehyung membuat keputusan untuk balik ke rumah dahulu.
**
"Yeobo! Mana seluar oppa?", soal Taehyung dari tingkat atas rumah kami.Inilah Taehyung. Padahal seluar tu ada saja dalam almari, cuma dia yang malas nak cari. Tak jumpalah, hilanglah, dah buanglah. Macam-macam perangai dia.
Aku dengan langkah yang cepat mendaki tangga untuk ke tingkat atas.
Pintu bilik dikuak olehku dan..
"Yahh!! Oppa!", jeritku lalu aku tutup kembali pintu bilik dengan kuat.
Terdengar suara Taehyung gelakkan aku.
Huh. Michyeosseo! Taehyung dah gila agaknya! Boleh pula dia hampir-hampir buka tualanya disaat aku mahu masuk!
"Pakai baju dulu lah oppa!", arahku dari luar bilik.
"Arasseo yeobooooo", balasnya meleret.
"Yeobo dah! Cepatlah carikan seluar", ujarnya.
Aku menguak kembali pintu bilik. Huh, sebaik dia ikut arahan aku.
"Tak jumpa ke seluarnya? Kan saya dah basuh...tak akanlah tak ada langsung?", kataku geram. Yalah, haritu baru saja aku basuh. Dah simpan dalam almari pun.
"Tak jumpa.... almari pun saya tak jumpa kat mana", ujarnya manja.
Ni yang buatkan aku rasa nak hempuk orang ni. Sengaja nak buatkan aku naik atas. Aku tengah sedap-sedap makan ramen dikacaunya.
"Awak ni memang sengajakan?! Dahlah, malas nak layan!", kataku lalu segera aku keluar dari bilik. Makan ramen lagi seronok dari melayan perangai Taehyung yang entah apa-apa tu. Perangai macam alien! Pelik! Mengada!
Slurp
Ramen yang suam-suam kuku itu dimakan olehku. Mashisseo!
Sedang elok aku makan tiba-tiba datang tetamu yang tak diundang.
Aku menjeling Taehyung yang duduk di depanku. Buat muka comel konon. Nak pujuklah tu...
No okay... aku tak akan kalah dengan muka dia yang comel tu. Malam ni aku nak merajuk dengan dia... tulah, siapa suruh kacau masa aku tengah makan? Aku sejak mengandung ni kalau orang kacau masa aku tengah makan mianhae..tiada maaf bagimu.
"Yeobo marah oppa ke?", soal Taehyung.
Slurp
Aku tak layan dan teruskan makan ramen.
VOCÊ ESTÁ LENDO
Just Love Me Right [Kim Taehyung]
FanficPerkahwinan yang terbentuk hasil daripada pilihan keluarga. Akan wujudkah kebahagiaan? Lelaki yang romantik dan segala ciri-ciri nampyeon idaman setiap yeoja ada padanya. Namun, egonya mengatasi segala-galanya. Perempuan yang cantik dan sentiasa dis...