Taemi P.O.V
"Apa lagi yang kau nak? Kan aku dah cakap yang aku tak akan kembali dengan kau!", ujarku sebaik saja tiba di depan Tao. Keurae...Tao, ex-namshin aku.
"Wow, relax sunshine...", balas Tao.
Aku mengetap dengan kuat gigiku. Berdepan dengan Tao benar-benar buatkan aku geram.
"Kau jumpa aku sebab apa? Jangan bazir masa aku!"
Tao tersenyum sinis. Sumpah kalau tak disebabkan anak aku memang aku dah belasah si Tao ni. Aku ada tali pinggang dalam taekwando dan Hapkido tau. Setakat nak tumbangkan si Tao ni apalah sangat.
"Comel bila kau marah.."
Aku mengepal tanganku.
"Aku bagi kau masa 5 minit! Kau tak cakap sekarang jangan harap aku akan jumpa kau lagi! Dan, jangan sesekali kau kacau aku lagi!", bentakku.
Huh, kata-kataku langsung tak memberikan impak kepada Tao malah dia siap menyilangkan kakinya lagi.
"Aku rindu kau sunshine..."
"Rindu? Aku pun rindu jugak...rindu nak tampar kau lagi macam setahun yang lepas!", balasku.
Perutku yang sudah mula membukit, diusap lembut olehku. Aku tak boleh tertekan atau marah kerana tak bagus untuk Tae jr.
"Aku...aku bukannya curang dengan kau!"
Aku tersenyum manis. Hanya seketika lalu senyuman yang sinis terbit di bibirku.
"Heh. Bukan? Kau fikir aku ni apa? Budak kecil yang tak tahu apa kau buat? Pabo sangat ke aku, huh?", soalku. Nadaku agak keras tapi tidak terlalu tinggi.
Sabar Taemi...sabar.
"Aku tak pernah curang dengan kau, sunshine....", ujar Tao dalam nada yang romantik. Tapi, langsung tak menyentuh hati aku. Hati aku hanya penuh dengan Taehyung! Hanya Taehyung...
"Tak curang. Huh! Keurae...tak curang, cuma mengandungkan yeoja lain right?", soalku sinis.
Secara tak langsung aku teringat kembali kisah dahulu...
Flashback..
Dress pendek dan terdedah di bahu itu dibetulkan olehku. Aku pakai macam ni untuk berjumpa namja kesayangan aku je. Tao...
Harini sebenarnya harijadi aku.
Dan, aku sengaja nak buat birthday party di rumah Tao. Kerana aku tahu yang Tao tak akan ingat dengan harijadi aku. Yalah, dah 2 tahun setengah menjadi yeoja chingu dia dan aku sudah kenal sangat dengan perangainya itu. Sedangkan harijadinya pun dia lupa, bagaimana pula dengan harijadi aku?
Aku berjalan dengan angkuh melewati pintu-pintu apartmen mewah di situ. Rasa macam model pula. Hehehe

YOU ARE READING
Just Love Me Right [Kim Taehyung]
FanfictionPerkahwinan yang terbentuk hasil daripada pilihan keluarga. Akan wujudkah kebahagiaan? Lelaki yang romantik dan segala ciri-ciri nampyeon idaman setiap yeoja ada padanya. Namun, egonya mengatasi segala-galanya. Perempuan yang cantik dan sentiasa dis...