Bab 17

221 13 4
                                    

Jangan lupa VOTE T^T

*****

Taehyung P.O.V

"Oppa... ireona! Ppalli ireonaseyo!", arah Taemi. Aku yang masih terbaring di atas katil itu masih memejamkan mata biarpun sudah lama bangun.

Entah kenapa semenjak Taemi mengandung ni aku pun turut menjadi terlalu sensitif.

Kisah malam tadi terlintas di mindaku...

Flashback..

"Yeobo~", panggilku.

Taemi yang sedang khusyuk melayan Music Bank itu menoleh.

"Yeobo tengok apa?", soalku sambil mengambil tempat disebelahnya yang memang sedia ada kosong tak berpenghuni.

"Music Bank", Taemi menjawab ringkas.

"Oh", balasku. Aigoo aku ni. Dah tahu Taemi tengok apa boleh tanya lagi.

"Yeobo...", panggilku lagi.

Dan, sekali lagi Taemi hanya menoleh dan matanya tertacap kembali ke skrin tv.

Erk? Taemi betul-betul tak nak layan aku ke?

"Yeobo..sekarang siapa yang tengah perform tu yeobo?", aku melontarkan lagi soalan kepada Taemi. Saja nak tarik perhatian Taemi.

"EXO", jawab Taemi sepatah. Kenapa mata Taemi tak lepas daripada memandang skrin tv ni? Ataupun sememangnya mata dia dah melekat kat skrin tv tu?

"Taemi...", panggilku lagi. Kali ini hanya nama yang aku panggil. Aku dah mula menjadi panas hati dengan dia.

Taemi tidak menjawab dan masih fokus dengan tv.

Kerana kegeraman yang teramat. Aku bangun dan segera ke suis tv dan..

Tup

Suis tv dimatikan.

Mata Taemi mencerlung memandang diriku. Tapi, aku langsung tak menunjukkan sebarang riak. Aku merajuk dengan Taemi!

Just Love Me Right [Kim Taehyung]Where stories live. Discover now